PERSEDIAAN TEMPAT ANAK LOBSTER AIR TAWAR

Alhamdulillah Bertelur Lagi ! . Dalam dua minggu yang lepas, pada 19hb April telah buat pemeriksaan terhadap LAT (Lobster Air Tawar) yang ada di akuarium dan didapati salah seekor LAT betina telah bertelur.

Dalam anggaran 4 minggu lagi , telur-telur LAT akan menetas dan menjadi anak LAT yang banyak. Yeah! Untuk itu, aku dengan semangatnya menyediakan tempat untuk anak-anak LAT ini nanti selepas dorang lahir nanti.

Bahan yang aku gunakan untuk rumah-rumah anak LAT ialah paip PVC biasa tu. Tujuan sediakan rumah-rumah ni adalah untuk mereka bersembunyi dan selamat dari serangan. Serangan dari induk, ikan atau pun dari sesama anak LAT.

Sebelum ini juga aku pernah sediakan tempat anak LAT, apabila LAT aku bertelur tahun lalu. Ada cerita sedih tentang ini, nanti aku ceritakan di blog akan datang. huhuhu

Paip PVC dipotong-potong

Disebabkan Paip PVC yang sedia ada dirumah ni bersaiz 1.5cm, maka aku guna itu sahaja. Paip PVC tu aku potong dalam ukuran 5cm setiap satu. Berapa banyak mahu dipotong? buat permulaan ini aku sediakan 48 lubang paip. Sebab ruang di antara paip juga boleh jadi tempat persembunyian anak LAT.

Rumah anak LAT ini boleh digunakan sehingga mereka membesar sekitar 1 hingga 2 inci. Jumlah rumah ini boleh ditambah mengikut keperluan / bilangan anak itu nanti.

Proses melekatkan Paip PVC untuk rumah anak LAT

Untuk melekatkan / menyambung paip-paip pvc itu aku gunakan ‘Pistol Perekat Panas’ (glue gun) . Ianya mudah dan senang.

Sekiranya tidak ada, boleh juga gunakan ‘pengikat kabel’ (cable tie).
Tidak semestinya susunan paip seperti di atas. Ikut kreativiti dan kesesuaian.

Persediaan Rumah-Rumah Anak LAT

Setelah dilekat bersama semuanya, maka siaplah rumah persembunyian untuk anak Lobster Air Tawar kita.

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan straw minuman untuk dijadikan tempat persembunyian anak LAT ini. Tetapi disebabkan aku tiada straw di rumah dan musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini sedikit sukar untuk merayau mencari barang-barang bukan keperluan harian, makanya aku gunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah.

Mungkin sifu-sifu / guru-guru yang lebih pakar dan berpengalaman dalam penternakan LAT ini ada cara tersendiri dan tips yang lebih baik.

Aku kategorikan diri aku sebagai pemula, bermula sekitar 2018. Masih banyak yang mahu dibelajar. Kasi jadi !

Nanti kita kemaskini kejadian selanjutnya gais.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga โ€˜goblokโ€™, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!