Author Archives: budakhutaN

Kembali | Tunggang Terbalik, Ditunggang Kena Panggang

Assalamualaikum dan salam blogger.
72 hari tanpa kemaskini. Segalanya berbahagi, hilang fokus. Hilang semangat, hampir hilang segalanya. Mujur nyawa dan nafas masih dikurnia ilahi. Semua ini harus dihentikan dengan muktamad.

Dari situ pergi ke situ, tiba waktu jadi waktu… aku?

Jadi baik, buat baik…Bukan baik jadi-jadian, Bukan baik dibuat-buat,
Walau baik dibalas tidak baik, Tetap balas tidak baik dengan baik, 
Kerana akhirnya kita semua mahu baik-baik… baik


Setiap sesuatu itu pasti ada mulanya, sebabnya, caranya, aturannya sehingga akhirnya tetap saja ia tidak untuk selamanya… hanya…

Kita berada di atas bumi yang sentiasa berputar. Tidak hairanlah jika hidup kita juga ada kitaran putarannya. Sampai waktu… hanya…

Untuk Mati Kita Perlu Hidup…. Jangan lupa untuk bernafas, sebelum kau kehabisan udara…

7 kali cuba melintasi jambatan itu dalam mata yang pejam, 6 kali tidak sampai ke penghujung kerana retak dan rebah, 1 kali kerana tenggelam dek lautan…
Langit serupa kali itu membentuk lagi, dalam pejam aku hitung 1 sebelum 7.

Tembus dalam kabus.

Cahaya cahaya cahaya… percaya? Punya daya… daya bahaya… tanya? Berjaya? Hanya cahaya? Saya hanya tanya..

Walau kacau walau racau, pantau pantau galau, risau karau ‘mulau’… gagau… kau cau…

Nota:
Di atas merupakan antara coretan aku di muka buku. Peringatan dan nota untuk aku yang dahulu, esok dan kemudian.
Yang mengalami, tunggang terbalik, ditunggang kena panggang. Sampai bila? Moga tidak herot dan condong menanti rebah.
Yang melepasi, tahniah. Aku kagum.
Yang menghantar, terima kasih. Cuba lagi.
Yang membawang, mohon tambah perisa. Biar lebih.

Kalau kau jadi aku… kau akan tahu….

Misi Ke 65Kg | Sebab Seluar Selalu Koyak

Assalamualaikum semua. Seluar sempit bro!

Misi untuk mencapai berat badan ideal sesuai dengan BMI aku nampaknya tidak boleh ditangguhkan lagi. Semua kegilaan ini harus dihentikan! Eh… hahaha

Atas nama kebenaran bak kata Papazola, kedegilan harus dikalahkan. Babat dan lemak berlebihan yang degil ini harus disingkirkan. Sampai masanya untuk tampil seksi… opsss

Baiklah… bertenang. Turunkan berat badan bukanlah untuk jadi seksi dan menyahut seruan LGBT (Lelaki Gagah Beristeri Tiga) tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mempunyai diri yang sihat, cergas dan tidak lagi dibelenggu masalah lesu, sakit serta merundumnya keligatan aksi di arena pertarungan mandiri. Pergh…

Tempoh masa? Untuk turun sejumlah hampir 20 lebih kilogram, secara sihat adalah dalam tempoh 6 bulan. Melalui senaman, amalan pemakanan seimbang dan sihat. Oleh itu, aku akan cuba sehabis baik untuk mencapai sasaran sebelum tempoh itu berakhir.

Makanya, untuk memotivasikan diri dan sebagai akujanji (ketara lah bah orang gomen), aku akan catatkan perkembangan dan perjalanan menuju ke 65kg ini di blog ini. Biar blog ini menjadi saksi, ewah…

Misi ke 65kg, bermula esok!

Eh… hari ini!

error: Content is protected !!