Kisah si Belacan & si Paku

Oh, saya tidak tahu bahasa orang putih” ulas si Paku bila dia didatangi dua gadis omputih yang datang menggoda dan menyapanya dalam bahasa inggeris. Belacan dan Paku tersipu-sipu malu…tapi anak mata mereka masih melirik ke arah gadis dari Malaysia di belakang mereka.

Ini memang cantik… tapi tidak secantik orang Malaysia tu”  si Paku memecahkan suasana kekok tadi dengan kata-kata yang membuatkan keadaan lebih kritikal. Mujur kedua gadis omputih tu tak faham sebutir pun ayat yang keluar dari mulut si Paku. Kalau tidak… hehehe

adei! karang bertambah panjang lah plak karangan aku ni. OK! Video Lucah …eh…Lucu dari Belalang dan Paku ni rasanya dah mula tersebar seawal Julai yang lalu. Tapi aku baru tertengok tadi. Atukui! memang sedap lah… hahaha. Lawak juga lah dorang ni. Tapi aku kagum dengan usaha murni durang untuk berbahasa Melayu. Cayalah!

Siapa Belacan dan Paku ni?

Mereka berdua ni berasal dari Amerika Syarikat atau nama omputihnya … USA … United States Of America…uiks! Belacan ni dari Utah dan si Paku plak berasal dari Arizona. Umur dorang setakat ni 22 tahun (eh… samalah umur kami…kuikuikui). Belacan dan Paku memulakan latihan dorang di USA tu pada Ogos 2007 dan ke Malaysia pada September 2007. Paku memulakan tugas selaku sukarelawan di Bintulu terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh Belacan yang datang kemudian setelah ditempatkan sementara di Singapura.

Di Bintulu dorang belajar bahasa Melayu dan juga bahasa etnik Iban di sana sambil melakukan kerja-kerja sukarelawan.Rajin amat dorang ni. Tahun 2009 dorang balik ke USA, dan kini bekerja di Utah, dalam bidang tugas yang memerlukan orang yang faham bahasa Melayu (eh… kerja apa dorang ni… CIA? FBI? ka Google). Sebab rindukan suasana Malaysia…dorang pun mengaktifkan diri dengan mengupload video dorang berbahasa melayu ke You Tube. fulamaks! siuk…

Kami berdua belajar Bahasa Malaysia di Sarawak tahun ‘08-’09. Kami kerja sebagai sukarelawan sana. Kami sangat minat Malaysia serta Sarawak dan fikir orang Malaysia memang best lah

itu kata-kata yang dorang taip sana Laman Facebook dorang.. ala..kamurang cari jak Belacan dan Paku.Mesti jumpa punyalah. Macam dorang ada rancangan mau buat video baru lagi tu.. hehehe…tunggguuu. Tapi pelat melayu dorang macam ada aura-aura Sabahan … banyak betul ‘bah’ nya… hahaha

Bah… kalau kamurang malas mau cari di you tube… sa bagi satu link, lepas tu nanti kamurang boleh nampak juga tu video dorang yang lain… setakat hari ni ada 9 (sembilan) saja video dari durang.

Tajuk-Tajuk Video oleh Belacan & Paku: (ada link)

1. Kantoi Orang Putih Defend Boyfriend Zee Avi
2. Tarian Mat Salleh : Belacan dan Paku
3. Belacan & Paku Membuat Laman Web di Facebook
4. Belacan & Paku Cakap Pasal Orang Malaysia
5. Belacan & Paku Nak Idea Baru
6. Belacan & Paku Ucap Terima Kasih
7. Belacan & Paku Jalan-Jalan
8. Belacan Rindu Paku Yang Di Bulan
9. Paku Pulang Dari Bulan Jumpa Belacan

p/s: sa mengantuk sudah ni! … Belacan oh belacan… paku oh paku… hahaha

-info Belacan dan Paku:http://aciapai.blogspot.com/2010/07/belacan-dan-paku.html

Nama Gadis itu Nabila …

Nama gadis itu Nabila... Nabila Ali Dally... Nabila dan pelakon-pelakon drama Qalesya .(gambar hakmilik: Elfira) Isk... manis plak dia pakai baju ...

Continue Reading »

Vandalisme? Seni? Sejarah?

Salam Ramadhan ... salam 1 Malaysia (Amaran: cerita ini banyak gambar...hehehe) Perghh! 14 hari sudah berpuasa (bagi muslimin dan muslimat), dan 2 minggu terakhir ni, pastinya ramai lagi yang bertambah sibuk dengan persiapan Aidilfitri... tapi jangan pula lupa untuk menambahkan amalan mulia di bulan yang suci ini. Utamakan yang 'wajib' tambahkan yang 'sunat'... dan ...

Continue Reading »

Facebook Percuma dengan Digi!

Biar betik ! Sure itu ungkapan pertama kamurang kalau kamurang tidak tahulah kan. Kalau ada yan gsudah tahu...kenapa kamurang tia bagitahu awal-awal... aiya! hehehe. Eh.. betul bah ni..aku tak tipulah. Cuba kamurang tinguk gambar di bawah ni. Nah kan... dapat masuk Facebook melalui handphone. Lepas tu ada lagi tu tulisan " Free Access by Digi"

Continue Reading »

Qalesya Musim ke Dua

"Ada satu yang hilang , didalam hatiku. Mengusik lara hati . Saat menginginkanmu, terapi luruh jiwaku. Sejak kau pergi, dan aku hanya diam. Biarkan kau menghilang, dan untuk selamanya. Kini haruskah aku sendiri…Tanpamu lagi…Temani aku. Lihat hatiku merintih ...

Continue Reading »