Category Archives: Survival

Hinggap | Tidak Selamanya Boleh Terbang

pepatung1Lama… agak lama. Lama tidak mengemaskini di budakhutan.com ni. Banyak perkara yang telah berlaku dan menjadi pembolehubah.
Ya. Hari tidak akan selalunya siang, dan tidak pula selalu malam. Termaktub untuk kehidupan di bumi. Walaupun engkau seorang Ultraman atau seekor King Kong.
Mungkin perumpamaan itu berbeza untuk lain-lain planet di alam semesta nan luas ini.

Walau setebal mana pun kekecewaan hidup, contohnya, kekecewaan melihat Jon Snow ditikam berulang kali….”Winter is coming…” . Hidup harus juga diteruskan.

Sejak dua menjak ini aku lebih kurang bersosial, agak introvert. Wujud dalam dunia yang ‘lain’.

Aliran aku mungkin sudah jauh tersimpang. Duduk di pejabat berpenghawa dingin menurut perintah dan ‘politik’ kepejabatan, hampir terpadam dalam kamus. Terperap tanpa melakukan apa-apa akhirnya tidak menjadikan kau apa-apa. Benar, aku masih merindui kesibukan dan tekanan kerja. Ya. Tekanan kerja itu menyeronokkan, umpama adrenalin.

Dan setiap hari aku kini, tertekan oleh kerja bermula subuh hingga lewat malam ke awal pagi. Bersengkang mata dengan misi untuk hidup. SURVIVAL.
Lebih seronok apabila kau punya lebih masa untuk diri dan keluarga.

Hakikatnya, walau sejauh mana kita terbang, setinggi mana kita melayang, akhirnya kau perlu hinggap dan singgah di mana-mana.
Dan dimana-mana itu ada bila-bila.

Sampai waktu, kau boleh terbang semula, setinggi mana yang kau mahu.

Cuma jaga dimakan katak dan ular, atau terkena perangkap.

~ re2015

Survival | Ikhtiar Hidup Menelusuri Sempadan Teladan

Kehidupan ini indah. Untuk terus hidup harus ada survival, ikhtiar hidup. Jadikan kejayaan dan kegagalan diri sendiri dan orang lain sebagai panduan…

Semua orang ada waktu susah dan senang. Itu hakikatnya. Mungkin jatuh terperosok dalam lumpur jerlus. Ambil waktu untuk ke tebing dan selamat. Itu pun tetap masih bertatih, sebelum mula berjalan, berlari dan melompat.

Semua kesusahan dan masalah yang menimpa itu kan dugaan serta ujian dari Tuhan. Telan dan hadam saja. Harung dengan tabah dan usaha. Hidup susah ada hikmahnya.

SURVIVAL-budakhutan

INI BUKAN TIPS SURVIVAL

Ya. betul, ini bukan tips dan cara ikhtiar hidup atau survival di hutan.
Walaupun sebenarnya, sebelum ketukan pertama di papan kekunci tadi itu niat sebenar aku.

Mungkin emosi dan akal hanyut dengan lagu Fast & Furious 7,  ‘See You Again’ nyanyian Wiz Khalifa (ft. Charlie Puth) yang dimainkan sambil menaip tadi. Terbayang pula babak-babak dalam video klip akan kelibat belasungkawa Paul Walker.
Agak pelik, sebab aku sendiri belum berkesempatan menonton FF7 ini di panggung. Ada rezeki lebih dan masa nanti, aku tengoklah.

TIPS UTAMA SURVIVAL

Tapi aku tetap akan tinggalkan satu tips paling penting untuk survival, ikhtiar hidup dalam apa juga keadaan dan permasalahan.

Kunci utamanya ialah CEKAL, jangan putus asa.
Huraian lengkap ? aku akan teruskan dalam kandungan kategori berkaitan. Insya Allah.

Hayat. Kalau dijaga baik-baik, buat baik-baik, izin Tuhan kelak hidup baik-baik. Datang baik pergi baik. Hayat | Ayat berselirat.

error: Content is protected !!