Pejam celik pejam celik, kita kini di bulan September di tahun 2021.
Peralihan waktu yang akan kita ingat sampai bila-bila. Bermulanya pandemik awal tahun 2020 sehingga hari ini, banyak perubahan serta norma baharu yang kita alami dan cuba adaptasi.
Aspek kebersihan dan kesihatan diri menjadi keutamaan yang paling atas.
Sedikit kecurangan dalam disiplin penjagaan kesihatan dan kebersihan boleh menyebabkan sakit dan juga mungkin boleh menyebabkan kematian.
Dalam tempoh setahun lebih ini, banyak menerima berita kehilangan dan berpulangnya rakan dan kenalan ke negeri abadi. Tidak kurang juga mereka yang menerima kesan teruk dari Covid-19, ada yang ditahan di pusat kuarantin, ada yang ditahan di wad, ada yang tidak sedarkan diri dalam beberapa hari di hospital. Syukur, ada yang berjaya bertahan dan mempunyai daya juang hidup yang tinggi. Mengharungi detik-detik yang sukar untuk dilupakan. Antara hidup dan mati.
Pengalaman dengan gejala seperti sesak nafas, kehilangan deria bau dan rasa serta demam berpanjangan adalah sesuatu yang mengajar akan peri pentingnya menjaga kesihatan dan diri. Badan rasa lesu dan tidak bermaya, dada rasa terhimpit. Fikiran kosong dan berpusing. Suara pun tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya. Semput. Bukan sekali.
Tidak boleh tidak pelbagai perkara akan difikirkan. Yang baik, yang buruk, semuanya terlintas di kepala.
Apa akan jadi kalau….? Bagaimana jika…? Adakah ini balasan…? Kenapa ?…
Pada masa yang sama, harus kuatkan mental dan diri.
Pada masa yang sama, kena pastikan waras.
Syukur. Semuanya beransur. Mujur sudah selesai vaksinasi.
Kewajaran hidup mempunyai nafas, nikmatilah dan hirup udara sebaiknya.
Covid-19 adalah perkara yang benar. Namun ramai yang mengambil ringan, tidak serius, memandang serong pada mereka yang dijangkiti, meremehkan segalanya. Ajaib.
Apakah akan ada lagi gelombang pandemik selanjutnya ?
Sebelum ianya berlaku, pengajaran yang boleh diambil dari semua ini adalah
“JAGA KESIHATAN DIRI”
kerana dengan sihat, kita dapat juga menjaga orang-orang yang kita sayang.
Kita sihat, kita akan dapat melindungi dan terus ‘ada’ untuk mereka.
Hidup harus diteruskan … kembali
catatan~34/148
Hidup ini kadang lucu ya
Bila kita cuba menjadi diri sendiri
malah diketawakan oleh semua orang
Billang mereka
hidup itu jadi orang ! bukan pasang angan-angan jadi sang pemimpi tegar!
Bila kita cuba mengikut langkah orang
malah juga diketawakan semua orang
Bilang mereka
Hidup itu jadi orang ! jadi diri sendiri . Kenapa mahu ikut orang?
Hidup ini kadang memang lucu ya
Bila kita cuba berusaha sebaiknya
malah juga diketawakan oleh semua orang
Bilang mereka
Apalah yang kau bikin tu ? macam tiada bikin hasil , tiada penganuan
Bila kita langsung tidak mencuba
malah juga diketawakan semua orang
Bilang mereka
Apalah yang kau bikin tu? kalau tidak cuba mana kau tahu hasilnya
Hidup ini kadang lucu ya
Bila kita ketawa
malah diketawakan oleh semua orang
Bilang mereka
Barangkali dia sudah gila !
Bila kita menangis
Malah juga diketawakan oleh semua orang
Bilang mereka
Barangkali dia sudah gila !
Hidup ini lucu ya…
~bangreme, Kota Kinabalu Ogos 2021
—————————————————–
“Hidup ini Lucu” , coretan dan catatan yang aku boleh kategorikan dalam kata sinikal / sinis atau juga boleh luahan rasa ramai orang yang kadang serba salah apabila dihakimi / diadili oleh orang. Kadang kata-kata orang membuatkan ada yang terluka, sedih, atau boleh juga menyebabkan orang hilang pertimbangan. Hidup ini memang lucu ya
Jemput Tengok Video Musikalisasi aku di You Tube (Dibawah)
Jemput juga untuk Subscribe, Like dan Share
Hari ini
bangun pagi dengan mula hirup nafas sedalamnya
masih saja dengan pejam mata
membayangkan indahnya hidup kerana masih punya nyawa
kenapa kita lupa? mulakan hari dengan dua dan doa
Hari ini
makan nasi goreng dimasak ibu sama kopi yang dibuat ayah
ku letak sambal di nasi, ku hirup hangatnya kopi
rasa beruntungnya hidup kerana masih punya insan tersayang
kenapa masih lupa ? tanyakan khabar, usai dua kali empat titipkan doa
Hari ini
bermain manja bersama si kecil, bergurau mesra bersama belahan jiwa
ku cium ubun-ubun, peluk erat semahunya
bersama jalani hidup, malam, pagi, tengah hari dan senja
kenapa kita lupa ? sujud sama-sama, siap tiga ulang doa
Hari ini
aku rasa lelah, melihat dunia dengan ragam penghuninya
ada sengketa, ada bencana, kenapa kurang cinta?
mujur aku masih diberi kesempatan untuk lelap dan bermimpi
kenapa juga masih lupa? setiap habis 2 , 4, 4, 3 dan 4 baca kan doa
Semoga kita semua baik-baik saja
semoga tuhan tidak melupakan kita…
~bangreme , Kota Kinabalu, OGOS 2021
————————————————————————-
“Kenapa Kita Lupa”, coretan dan pesanan untuk diri sendiri. Kadang kita mudah terlupa. Lupa dengan segala apa yang kita sudah punya dan ada. Hargailah…. dan jagalah.
Jemput Tonton, SUBSCRIBE, LIKE dan SHARE video saya di You Tube
Beranjak
dari yang dahulu ke yang baharu
dahulu yang sering lalai dan leka
ke baharu yang mahu bertahan
dari arus deras cuba-cuba yang menduga
dari tebal rasa-rasa yang mengenyangkan
dari tajamnya kata-kata yang melukakan
dari berat dosa-dosa selaku manusia
yang masih akur pada nikmatnya dunia
Beralih
ke laluan yang bukanlah jauh asing
cuma kadang sesat bila melangkah
ke jalan yang punya banyak simpang
ditahan masa yang seolah tidak cukup
dibendung niat yang terhimpun tak terhitung
dipasung seteru yang riang tersenyum
dipasak raga yang kebas bermusim
hilang arah dalam kelam fatamorgana
Berhijrah
menjadikan yang kurang baik ke baik-baik
mengatur pandang dan lisan yang kabur
ke mana nafas-nafas akan diatur
kepada kesayangan yang tiada galang ganti
kepada alam yang mahunya untuk dijagai
kepada diri yang ku gagahi untuk berdiri
kepada amal yang kurang untuk dibaiki
agar menjadi bekal di hari berpulangan
Tadah tangan mohon restu…
Doa untuk aku dan kamu.
Salam Maal Hijrah…
~Bangreme 9/8/2021, Kota Kinabalu
Tonton Video di YOUTUBE
]]>Siapa yang sangka
Melihat tanah tumpahnya darah begini…
rasa masa dan situasi sudah berbeza
Berita tentang sakit dan mati jadi tatapan hari-hari
Seperti lauk makan santapan wajib warga
tapi kasihan makin ramai sahaja warga
yang tidak punya lauk untuk dihidang
sedang yang berkuasa dan ada-ada
haloba mencari laba…
Siapa yang sangka
Melihat tanah tumpahnya darah begini…
Perah kudrat orang-orang yang kini semua makin serba kurang
Bergelumang dalam gelora pandemik yang bahaya
Menyabung nyawa demi nyawa-nyawa agar tidak hilang jiwa dan nyawa
Orang-orang Diganyang polemik politik yang semakin jijik
Menunggang sengsara demi kuasa
Adakah benar untuk nyawa-nyawa warga
atau talian nyawa untuk terus bermewah-mewah
Siapa yang sangka
Melihat tanah tumpahnya darah begini…
ramai lelah, pasrah mengibar panji putih…
wajah ditebali meraut hati bapa dan ibu yang habis daya… terhimpit.. kusut dan terbelit
HItung saja berapa yang ‘berpulangan’
kerana dihenyak jiwa dan pundak
masing-masing punya rasa yang ditanggung
Bilang sahaja berapa yang kehilangan
Menatap kubur orang tersayang hanya dari paparan layar telefon bimbit…
Kira sahaja berapa lama insan terkurung
masih sahaja menular tidak terbendung
kerana langkah canggung , akibatnya warga yang menanggung
Siapa yang sangka
Melihat tanah tumpahnya darah begini…
Jelata sama jelata saling erat muafakat
menghulur bantu pada yang perlu
berbahagi apa ada sama merasa
Warga Barisan hadapan tetap gigih berperang
dari hari ke hari membawa bertahun
harap mereka tetap kuat dan kental mental
Terima kasih untuk semua yang berjuang
tabahkan diri untuk semua yang terjelepuk
Gagahkan akal dan jiwa
Berdoalah ikut percaya ragamu
Akan tiba masa
babak sukar ini kan berlalu dan menghilang
waktu itu penuhkanlah hatimu dengan kasih sayang…
~nukilan #bangreme | Ogos 2021