Setelah sepuluh minggu bergelumang dengan cabaran dan pembelajaran dalam akademi , akhirnya 5 orang pelajar telah melayakkan diri dan ‘dilayakkan’ oleh penonton untuk berada di pentas akhir Akademi Fantasia Enam. Stacy , Nadia , Riz , Toi dan Nubhan masing-masing menyanyikan dua buah lagu. Satu lagu ciptaan baru khas untuk mereka dan satu lagu nyanyian semula.
STACY atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia Musim Ke 6. Dua buah lagu yang dinyanyikan iaitu Atas Nama Cinta – Nyanyian Rossa dan lagu Aku Stacy – ciptaan Intan Norul Azlina ( Intan Shaharudin ). Stacy menyanyikan kedua – dua buah lagu dari genre berbeza dengan mood dan penghayatan yang mantap. Syabas dan Tahniah!. Naib Juara jatuh kepada Riz dan tempat ketiga jatuh kepada Nubhan.
Wah ! terlebey sudah aku punya post dengan lenggok bahasa yang teratur gitu.. hehehe. Bukannya apa… Bahasa Jiwa Bangsa ! Worait ! Aramai Ti !… huhuhu
kat sini aku sertakan lirik lagu Aku Stacy untuk konsert akhir semalam… meh nyanyi meh
Lidah ku kelu tak mampu ku berkata
Semangat ku hilang entah kemana
Dari pagi sehinggalah malam pun menjelma
Tetap begitu saja
Macam – Macam cara tuk’ku lepaskan diri
Daripada ku terus disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi
Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja…kata hatiku yang giat meracuni
Boleh saja …ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci
Difikir – fakir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Biarpun ku siti lela bukan Cinderella
Beda hanyalah nama
Engkau Sekadar datang menumpang saja
Dari mula ku tahu kau pendusta
Ingin berebut segala apa yang ada
Malangnya ku penghalang
Aku tau…dari niatmu itu engkau punya cemburu
Dari dulu…Sehingga kini kau pun hidup tak menentu
Tak kau tahu…segala apa yang ada semuanya milikku
Sudah kau tau…apa lagi yang kau tunggu
Zaman sekarang ramai yang bermuka dua
Hidup dengan penuh kepuraan
Selagi kita tetap terus begini saja
Sampai mati diri mu kan tetap terus dikeji