Alhamdulillah… Syukur. Dua jiwa akhirnya bersatu, melafaz ikrar setia hidup bersama ntuk mengharungi liku kehidupan sehingga ke nafas yang terakhir.
Sebelum….~ Dup dap…dup dap…dup dap… degupan jantung kencang, sekencang ribut di planet Musytari dan seolah guruh berdentam dentum dengan kilat sabung menyabung…ombak badai gelora beralun tinggi… langit sesak hitam… hujan teramat lebat… gemuruhnya jiwa.
Sesudah usai ijab dan qabul…~Cahaya mentari kelihatan di ufuk langit membelah awan-awan yang awalnya kusam. Titis hujan kini berhenti. Lautan yang bergelora kini tenang. Taufan yang melanda hilang berganti bayu lembut yang berhembus… inikah syurga dunia?… sah. Jari manis bersarung cincin berbunga mawar tanda ikatan kasih… kucupan sayang ke ubun-ubun…berpimpin tangan, menuju syurga akhirat… Insya Allah
Adakah ini warkah cinta dengan bingkisan bait-bait kata luahan rasa ? bukan cuma sekelumit api cinta berahi yang bergelojak… tapi maraknya membara rasa sayang penuh kasih … syukur kerana Dia yang Esa mengizinkan untuk bersatunya dua jiwa yang saling mengasihi…
Untuk mereka yang bercinta dalam percintaan yang saling cinta-mencintai… cintailah si dia dengan penuh kasih sayang yang tinggi ke awan…. setulus hati menyayangi dari lubuk hatimu yang paling dalam… kerana dia amat berharga…
“Oh, saya tidak tahu bahasa orang putih” ulas si Paku bila dia didatangi dua gadis omputih yang datang menggoda dan menyapanya dalam bahasa inggeris. Belacan dan Paku tersipu-sipu malu…tapi anak mata mereka masih melirik ke arah gadis dari Malaysia di belakang mereka.
“Ini memang cantik… tapi tidak secantik orang Malaysia tu” si Paku memecahkan suasana kekok tadi dengan kata-kata yang membuatkan keadaan lebih kritikal. Mujur kedua gadis omputih tu tak faham sebutir pun ayat yang keluar dari mulut si Paku. Kalau tidak… hehehe
adei! karang bertambah panjang lah plak karangan aku ni. OK! Video Lucah …eh…Lucu dari Belalang dan Paku ni rasanya dah mula tersebar seawal Julai yang lalu. Tapi aku baru tertengok tadi. Atukui! memang sedap lah… hahaha. Lawak juga lah dorang ni. Tapi aku kagum dengan usaha murni durang untuk berbahasa Melayu. Cayalah!
Siapa Belacan dan Paku ni?
Mereka berdua ni berasal dari Amerika Syarikat atau nama omputihnya … USA … United States Of America…uiks! Belacan ni dari Utah dan si Paku plak berasal dari Arizona. Umur dorang setakat ni 22 tahun (eh… samalah umur kami…kuikuikui). Belacan dan Paku memulakan latihan dorang di USA tu pada Ogos 2007 dan ke Malaysia pada September 2007. Paku memulakan tugas selaku sukarelawan di Bintulu terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh Belacan yang datang kemudian setelah ditempatkan sementara di Singapura.
Di Bintulu dorang belajar bahasa Melayu dan juga bahasa etnik Iban di sana sambil melakukan kerja-kerja sukarelawan.Rajin amat dorang ni. Tahun 2009 dorang balik ke USA, dan kini bekerja di Utah, dalam bidang tugas yang memerlukan orang yang faham bahasa Melayu (eh… kerja apa dorang ni… CIA? FBI? ka Google). Sebab rindukan suasana Malaysia…dorang pun mengaktifkan diri dengan mengupload video dorang berbahasa melayu ke You Tube. fulamaks! siuk…
“Kami berdua belajar Bahasa Malaysia di Sarawak tahun ’08-’09. Kami kerja sebagai sukarelawan sana. Kami sangat minat Malaysia serta Sarawak dan fikir orang Malaysia memang best lah“
itu kata-kata yang dorang taip sana Laman Facebook dorang.. ala..kamurang cari jak Belacan dan Paku.Mesti jumpa punyalah. Macam dorang ada rancangan mau buat video baru lagi tu.. hehehe…tunggguuu. Tapi pelat melayu dorang macam ada aura-aura Sabahan … banyak betul ‘bah’ nya… hahaha
Bah… kalau kamurang malas mau cari di you tube… sa bagi satu link, lepas tu nanti kamurang boleh nampak juga tu video dorang yang lain… setakat hari ni ada 9 (sembilan) saja video dari durang.
“Jumaat ini aku pergi… semoga kita bertemu lagi… di lain hari…Benar, hanya kamu yang aku cintai. Kau umpama bidadari, penyeri hidup ini…” sebak untuk terus aku menuturkan bait ayat itu… punat-punat di telefon bimbit yang tadi rancak ku tekan, kini dapat berehat dari digomol jari-jariku… aku mengusap lembut skrin sentuh telefon bimbitku yang tadi tertitis dek air mataku.
Aku menaikkan pandangan, melihat indahnya matahari yang kian terbenam. Langit bertukar warna, tona merah jingga yang semakin kelam, seperti kelamnya jiwaku ini… terbenam… tenggelam dan karam … Aku menarik nafas panjang, sambil mataku pejamkan rapat sambil tanganku meraba bibirku yang sedikit bengkak dan berdarah kerana penumbuk sulung Saif… Sakit… tapi tidak terkalahkan pedih dan robek dihati.
Aku menekan pantas beberapa punat di skrin sesentuh untuk memadam beberapa patah perkataan dari ayat awal tadi… Tak mahu aku mementingkan perasaanku sendiri. Kalau diikutkan bisikan jahat naluri, mahu saja aku terus menerus mengasak Wawa dengan memori cinta kami, semua kenangan manis yang telah kami lalui… tapi, itu hanya akan mengingatkan kembali saat-saat terakhir bilamana Wawa mengucapkan kata benci dan menghalau aku turun dari keretanya, seterusnya kemalangan yang mengakibatkan Wawa kehilangan memori dan cacat anggota…
“Jumaat ini aku pergi… semoga kita bertemu lagi… di lain hari…”
hanya itu ayat yang tinggal… Api yang membakar hutan kian marak, bunyi ranting kayu,daun dan rumput yang terbakar jelas kedengaran dari kejauhan. Musim kemarau yang panjang selepas hujan lebat hari itu seolah melambangkan perasaanku. Kering, gersang dan kontang…
Hantar… itulah pilihan yang aku buat. Menghantar mesej pesanan ringkas tadi kepada Wawa. Aku bangun dan mendonggakkan kepala ke langit yang kini gelap. Aku bulatkan tekad. Aku akan pergi…
(bersambung…)
————————————————————————————————-
Empat rentetan kisah dari plot Andainya Ku Tahu sebelum ni…di CoretConteng
Perjalanan hidup dipenuhi dengan onak dan duri. Jika tidak berhati-hati menyelusuri ranjau dunia, maka akan terjelepok dan terluka. Bila itu berlaku, kita punya pilihan untuk terus menangisi dan meratapinya sepanjang hayat, atau menangis dan bangkit serta belajar darinya.
Adakah aku duri itu?
Boleh sahaja soalan itu ditujukan kepada diri. Sikap buruk dan kebiasaan yang tak elok , sekiranya terus diamalkan dan disemai maka samalah seperti menanam pepohon berduri di sepanjang laluan kehidupan diri sendiri. Semakin lama, pohon berduri itu akan semakin tumbuh mekar kerana dibaja oleh anda. Akhirnya yang menjadi mangsa bukan sahaja diri anda yang sering robek dan dipenuhi tores berdarah, tetapi juga menyebabkan mereka yang melalui jalan yang sama tertusuk dek kealpaan dan kebejatan itu.
apa yang bagus untuk dibuat sepanjang hari ini?
Lebih baik untuk bermuhasabah diri dari mencela peri buruknya insan lain dan mencanangkan kebusukan itu ke seantero semesta. Menghayati rentetan hidup Nabi Muhammad S.A.W…
Benar! tidak mudah untuk menjadi mulia dan baik…
tapi rasanya tidak sukar untuk tidak menjadi jahat dan kejam…
Sedih… dan aku merembeskan air mata. Tertunduk menginsafi kurniaan Ilahi. Degup jantungku pantas, menghayati bait-bait kata yang diungkapkan. Otak melayang, melayarkan gambaran imaginasi peristiwa manis, gembira dan sedih dari bingkisan cerita dia. Penuh dugaan dan cubaan, perasaan seolah ditikam dan dihunus keris tajam…
berjalan-jalan di alam maya… tersinggah ke blog yang menyentuh perasaan aku… tak perlu aku huraikan, kamu boleh baca disini… sesekali hati perlu dijamahkan dengan kisah sebegini…
Kalau aku berada di situasi sama, aku berharap aku kuat dan tabah… air mata akan jadi peneman setia… Sayang… aku sayang kamu, sepenuh jiwa dan ragaku… maafkan aku jika aku bersalah padamu…