Tag Archive: BERBASA BASI

BERSIH 3.0 : BANGKIT!

Share

Asal?mu’alaykum… Salam sejahtera ke atas kamu.

Selamat BERSIH 3.0 kepada semua rakyat Malaysia.

Satu – BERSIH jiwa dan rohani dari permusuhan dan prasangka sesama kaum, agama dan Negara. Tutur, kata, doa dan sikap haruslah mencerminkan BERSIHnya kepercayaan dan pegangan agama masing-masing.

Dua – BERSIH akal dan fikiran serta matang dalam membuat keputusan yang waras tanpa membebankan orang lain. Prihatin dan melihat impak akibat perbuatan sengal secara menyeluruh terhadap agama, bangsa dan Negara.

Tiga – BERSIH kan dahulu sikap suka membuang sampah dan putung rokok di merata tempat. Cintai dan hargai keindahan alam ciptaan tuhan. Jangan sampai alam melancarkan deklarasi ganyang manusia!.

Baiklah… itu dia tiga BERSIH yang aku mahu sampaikan.Betul, ianya berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlaku baru-baru ini. SYABAS! Kepada mereka yang terlibat untuk menjayakannya secara ikhlas, terpengaruh, diprovokasi ataupun diupah untuk melakukannya. Objektif tercapai? Hanya huru hara, imej negara tercalar, ekonomi dan amarah serta penderhakaan terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong… itu kesimpulannya.

Banyak lagi cara untuk melakukan reformasi secara BERSIH. Jika tuntutan utama adalah berkaitan pilihanraya yang bersih, kenapa tidak kemukakan sahaja bukti penyelewengan SPR kepada pendakwaraya. Serahkan kepada sistem perundangan serta kehakiman Negara untuk melaksanakan undang-undang. Bukankah itu lagi BERSIH? Wahai pejuang-pejuang aristokrat yang bijaksana? Kalau mahu BERSIH yang sedikit kotor, hantarkan sahaja bukti-bukti itu ke semua media cetak dan elektronik … Kalau pilihanraya kita tidak adil, tak mungkin PAS, PKR dan DAP serta sekutunya berjaya menakluk beberapa buah negeri pada PRU12 yang lalu juga meneruskan legasi pemerintahan di negeri yang mereka telah kuasai? Dan kenapa tidak perhimpunan BERSIH itu tidak dilakukan sejurus selepas berakhirnya pilihanraya itu?… kenapa perlu menunggu beberapa bulan sebelum PRU13? …

Perpaduan atau perpecahan? Tidak kira di pihak BN (Barisan Nasional) atau BA(Barisan Alternatif) kenapa perlu bermain dengan api? Jika dilihat secara umumnya, kaum yang manakah sering bertelaga dan berpuak-puak? Sejak dari zaman dahulu lagi telah terbukti haloba dengan darjat, kuasa dan harta serta mudah diperalatkan …diperkudakan oleh anasir luar dengan hamburan janji dan provokasi untuk saling membenci dan berbunuhan sesama saudara sebangsa… kalau ini berterusan, maka selamanya tanah Melayu takkan pernah subur dengan perpaduan

Secara peribadi, aku meluat dengan pertelingkahan serta sikap keanak-anakan mereka yang menjadikan politik itu sebagai cabang mazhab poligama (politik+agama). Mengeluarkan kata-kata kesat dan mendoakan keburukan kepada sesama islam mahupun yang bukan beragama islam bukanlah salah satu daripada nilai murni ajaran islam. Hadis dan sirah diputarbelitkan dan dipropagandakan agar maksudnya terselirat berat… sungguh bejat!

Aku menyokong mereka yang dapat membuktikan kejayaan dan kemakmuran pada Malaysia serta mengamalkan BERSIH 3.0 seperti di atas…. Kepada Kerajaan dan pembangkang serta orang-orang yang berkepentingan, silalah berpolitik secara berhemah… Kepada penyokong mana-mana aliran politik pun sila menjadi matang, jangan menang sorak… Negara tergadai…

Nota:

Aku akhiri diari Rabu ini dengan harapan agar Tanah Tumpahnya Darahku ini tidak berakhir dengan pertumpahan darah!

 

Nota paling akhir:

Boleh tuju lagu?

 

Share

15 kilogram?

Share

Hari ini hari Rabu. Dua puluh Rejab seribu empat ratus tiga puluh dua Hijrah bersamaan dengan dua puluh dua haribulan Jun dua ribu sebelas masihi. Cuaca sepanjang hari di Kota Kinabalu dilaporkan panas dan terik. Peluh melekit dan hampir mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan. Aku ulang… hampir.

Aku semakin berat dan besar. Ya! Lima belas kilogram naik dalam masa 10 bulan, dengan ukur lilit pinggang yang bertambah beberapa inci. Seluar jeans yang dahulunya longgar, kini membuatkan perutku senak. Pipi yang dulu cengkung, kini berisi… tapi masih belum tembam dan comel seperti Po si panda dalam Kung Fu Panda. Kenapa boleh jadi sampai begitu sekali? Orang cakap, “kalau dah bahagia macam begitulah”, “begitulah orang lelaki bila dah kahwin” dan banyak lagi kata orang yang selalunya serkap jarang.

Jawapan? Kerana pada peringkat awal ‘perkembangan’ aku kurang menumpukan perhatian untuk diri sendiri. Daripada hidup bujang sehinggalah sudah berkahwin, aku seperti acuh tidak acuh dengan penampilan diri sendiri. Bak kata orang (orang lagi?)  Simple! Sempoi! Ala kadar. Syukur-syukur bah. Perkara berkaitan penampilan diri tidak pernah masuk dalam senarai azam sebelum ini.

Haruskah ianya berterusan? Perlukah perubahan?  Nampaknya, sikap itu tidak boleh dipelihara. Kalau diteruskan nanti kelihatan berusia berbanding umur sebenar. Kesihatan akan bertambah teruk, daya tahan tubuh akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit. Aku tidak mahu itu. Aku yakin, semua orang mahu yang terbaik untuk diri sendiri.

Sampai masa untuk aku jadi aku… kembali.

Cukup sudah aku yang besar dengan masalah yang besar. Selamat tinggal kebesaran.

Nota:

Hari Rabu, hari catatan blog sebenar. Catatan diari diri.

 

Share

Sutera Bidadari

Share

Terperangkap  di dalam dua dimensi masa berbeza. Si gadis punya kemelut bagaikan puteri. Laksamana Sunan punya galas berat di atas pundaknya. “Awan… kalau dapat ku capai, maka saktilah hamba“. Dengan teguh tawakal serta kukuhnya iman, luntur jiwa hitam. Mekarlah cinta sang ratu.”Taktala cinta berbisik, suaranya memuji tuhan. Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan“.  Namun tiadalah dapat dua jiwa yang penuh cinta untuk terus berkasih sayang hingga ke akhir nyawa bersama. Suri hati menemui penciptanya, Rabbul Izzati. Mula terungkap hijab sang pencinta. “Dendam itu bara, marah itu api“. Hati yang penuh lara kerana hilang cinta, dibiuskan dengan zikir munajat, memuji kebesaran Yang Esa dan selawat ke atas rasul Allah. Dan tidak sesekali disesali dugaan Ilahi kerana itu cinta sufi.”Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit“. Adakah mungkin hadir bidadari yang dapat mengetuk pintu hati. Yang elok tingkah dan luhur pekertinya. Harum kasihnya selembut sutera bidadari.”Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini“.

Alhamdulillah, novel terkini novelis Ramlee Awang Murshid iaitu Sutera Bidadari sudah berjaya dimiliki. Terima kasih diucapkan kepada sahabat di Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (kelabram.com) iaitu kak Elle yang mendapatkan novel Sutera Bidadari edisi terhad yang berkulit keras dan edisi biasa yang berkulit nipis. Syukran jazilan atas hadiah sumbangan sebuah lagi novel Sutera Bidadari daripada Kak Arms, Papa Ibad dan Kak Sue. Oleh itu, dua buah novel kelima dari siri ceritera epik thriller Bagaikan Puteri dengan tandatangan penulisnya kini menjadi koleksi.

Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke atas Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Mula membaca dan memasuki kembali alam cereka yang pasti menjanjikan gejolak emosi sehingga noktah terakhir. Insya Allah, setelah selesai membaca aku akan membuat ringkasan dan memberikan pendapat mengenai kesinambungan kisah kembara Laksamana Sunan ini.

Padamnya hasrat yang bernyala, bila diri tenggelam punca

~ Tombiruo Terakhir

Nota : Terima kasih di atas pemberian topi kelabram yang memikat ~_^

Share

Aiso no harapan ?

Share

budakhutan-meow-copyMencari diri ?

aiso no harapan di… ? Tiada sudah harapan? Nah… ungkapan yang selalu didengar dan dicakap dalam situasi yang memang sukar untuk dipastikan tahap keberkesanan, kesuksesan, keberjayaan, ke-jadi-an dan keberhasilannya tentang sesuatu . Eh… aku bukan mau bercerita tentang jam omega si anu dan DNAnya. Hilang atau sudah dijumpai, mahu atau tidak berkongsi… terpulang. Buat silap kasi akun, tidak silap pun kasi akun tidak silap… senang nopo tu…tia perlu melenting…aiseh… terkomen jua tentang tu….

Ok! semakin rasa hilang dan tertinggal juga tersimpang dari laluan asal. Aku kehilangan diri sendiri dalam mencari momentum dan rentak untuk lari dari stereotaip sementelahan kini dalam dunia yang berbeza. Lakaran dan contengan di atas kertas pelan kehidupan, seolah terpadam dan terperonyok dek rutin di luar kawalan. Kata kunci – kawalan. Mujur sedar sebelum dirodok dan dihambat sesal. Benar… perlu wajib terus berdiri , berjalan , berkayuh , berdayung dan juga mungkin harus terbang… agar apa diimpi menjadi realiti (eh.. macam Akademi Fantasia plak..sekarang musim 9 kan?)… kito bako jer!

budakhutan-terbang-copy

Mencari diri yang hilang dalam terang? memang tak perlukan lampu suluh, tapi pelita hidup agar kembara dalam kehidupan ini tidaklah selalu tersesat arah dan tujunya. Bukan apresiasi dan julangan dari khalayak dituntut, tapi penghormatan atas diri sendiri kerana terus usaha tanpa terbantut. Bak kata tuan penceramah kursus tempoh hari, kita tahu, mereka tidak tahu… Oh ya! kiraan itu bermula pantas dan ini bukan serangan tuntas. Bukan juga belitan paradoks merentas masa yang mencipta dimensi masa berlainan di ruang masa selari….

budakhutan-sungai-copy

Mengalir dan terus mengalir… semoga limpahan kurnia rezeki dan keberkatan sentiasa mengiringi. Memang betullah kita kena menguasai kehidupan seperti seorang grandmaster catur yang punya visi sejauh mungkin 7 ke 10 langkah ke hadapan dengan pelbagai variasi gerakan untuk mencari checkmate atau mengelak dari checkmate… Isk, terlalu berat atau berselirat pintalan ayat? atau terlalu sarat dengan subjek dan predikat? …

kesimpulan… masa sudah time itu waktu… bertindak!

p/s: ada lagi bencana mendatang? hidu kah?…

Share

PANDANGAN

Share

bh-daun-dimakan-ulat

Buruk ! Tidak cantik… Hodoh dan tidak sempurna… kurang sifat! Bodoh dan jahil ! Celaka ! Tembirang… ganas! Pentingkan diri sendiri… Pemalas! itulah pandangan atau andaian yang selalunya pantas menerpa ke fikiran orang-orang yang punya ‘kebaikan’ diri tahap langit ketujuh apabila bertemu atau berdepan dengan mereka yang belum cukup seinci pun dikenali. Benar… kadangkala ‘tuduhan’ melulu itu mengena. Benar itu pandangan kamu… siapa peduli?! Mencerca… fitnah dan berprasangka… menyulam kata nista dan memperlekehkan orang lain… oh ya… terlupa… kerana mereka punya hierarki tinggi, darjat tinggi, sekolah…eh… universiti tinggi, banyak betul ilmu yang dipelajari di tahap tertinggi… lagi?

jalan olah diawangan dan bertongkatkan langit… dagu naik ke awan… hidup kembang kuncup… oh ya… belajar mereka itu tinggi-tinggi, sampai bocor atap… tegur sikit sentap, orang bijak pandai…mana ada salah silap… semuanya pasti mantap… eh ..itu kan juga pandangan merangkap andaian serkap jarang… kurang?

belum datang payah pada mereka… belum hadir sukar dalam kamus mereka… belum tiba sengsara di kehidupan mereka… oh ya… mereka orang ‘dewa-dewa’ jatuh dari kayangan… yang layaknya hidup di ‘syurga’ , kenapa perlu payah, susah, sukar dan sengsara… ada pacal – pacal yang boleh menanggung beban… mereka hanya perlu menunggu buah jatuh melata… lalu dipersembah katakan sahaja itu lelah mereka… eh.. kata aku, “galas di atas pundak empunya jasad” …

bh-murung-1

Pandangan itu tidak akan berubah kalau hanya baring dan setempat dari tempat yang tinggi ataupun rendah. Yang tinggi dan rendah bukan penentu akhlak mulia. Yang tinggi tak semestinya jahat dan yang rendah tak semestinya cacat… pandangan itu kekal jika hanya emosi tak terkawal menjadi bekal… hipotesis awal walhal baru seperenggan dari kitab tebal… eh.. sudah barangkali mereka melihat loh mahfuz…

bh-murung-2

Mentafsir selirat sikap sudahnya pasti berkecamuk… harap saja tidak mengamuk walau ada gigitan nyamuk…

hidup orang lain usah dianggap enteng semudah mengerumukkan kertas yang diconteng.. kerana dua kali pandang, kamu, mereka, dia, kau dan aku… kita semua insan biasa…

aah… otak sarat dengan pintalan ayat dan rangkaian cerita yang yang perlu dinyahkod…  dunia ‘inception’

p/s : ada lagi selepas tsunami…? bukan di pertengahan…mungkin hujung…

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD