Tag Archive: CATATAN HARIAN

Cakap lepas, Selepas Cakap?

Share

Salam sejahtera ke atas aku dan kalian. Sehingga 18hb Mac ni ada beberapa kemaskini status aku di mukabuku (FB), beberapa pandangan, lontaran kata, rasa dan ‘amukan’ yang lebih bersifat neutral. Entah, aku tak tahu jika ada yang faham, terasa … atau ada mesej yang sampai? Konflik dan provokasi… rencah yang kadangkala dimanipulasi menjadi sensasi.

1hb Mac 2012 :

-Dogma ? Dogmatisme ? Dogmatis ? Dogmatik ?… Fundamentalis ? Konspirasi ? Machiavellianisme ? … Tura?

3hb Mac 2012 :

-UP

4hb Mac 2012 : 

-tiba…

-Sikit

-batasan

5hb Mac 2012 :

-Lawak Ke Der?

6hb Mac 2012 :

-Semboyan?

-”berakal dan mengakali, dangkal jangan jadi bekal… bebal membawa sebal..ah..tiada siapa kebal… cekal dan tawakal”

8hb Mac 2012 :

-Sudah Batal PAk!

-Ejakulasi Korona

-Bersedia untuk ‘mengembara’ di alam mimpi..~ selesai

9hb Mac 2012 :

-kembali ke Nokia 1280… lagi best bro!
* no.telefon kalian ‘ghaib’ harap maklum…
sila berikan no anda dengan meng SMS/ kasi PM sa… oraits

-Pekong dengan pekung, tokak yang royak…
Sokong dengan dukung, selak yang kerak…
biar tersilap maaf, jangan tersilap hukum

10hb Mac 2012:

-Biar tersilap maaf, jangan tersilap hukum…
p/s: Kenyataan dan yang nyata… dikaburi ketaksuban…
tidak sependapat? toleransi… lucu… keanak-anakan

11hb Mac 2012 :

-Lazuardi

12hb Mac 2012:

-Hampir

- Serkap

13hb Mac 2012 :

- Julat

- Bingkai

14hb Mac 2012 :

- Nebulizer

- Buat sikit-sikit
(promosi video klip terbaru – Alvin MY aka Ranau Boy)

15hb Mac 2012:

- Assalamualaikum dan selamat pagi

- Kasi Sengat!

16hb Mac 2012:

- Kehidupan…

- Fighting

18hb Mac 2012 :

- Harus ‘back on track’

Aku sendiri tersenyum dengan bait ayat yang aku coretkan… Setiap satu darinya memberikan impak emosi dan mempengaruhi rasa. Sama seperti blog ini, aku tidak kisah dengan berapa bilangan orang yang membacanya. Tetapi aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan komen atau menyukai (Like) setiap coretan aku disana dan disini. Mungkin aku banyak terbabas dalam pengisian blog aku ini berbanding dahulu.

Persoalan utama kepada aku sendiri?

Adakah aku masih aku? Jauh berbeza?

Setiap perancangan yang tertunggak dan belum terlaksana ada yang sudah mencapai tahap 5 ke 3 tahun…. yang sedang dihitung kira pula ada dalam senarai melebihi angka tujuh. Tercapai atau tidak? itu kekuatan yang harus ada dalam diri… setiap dugaan, cabaran dan permasalahan yang mendatang perlu di’tangkis’.  Kalau tidak, ‘roda’ yang sudah terbabas dari jalan dikhuatiri akan jatuh ke ‘gaung’ yang lebih dalam… pasti sukar untuk mendaki.

Aku mahu pulang…

Share

Akal

Share

“berakal dan mengakali, dangkal jangan jadi bekal…
bebal membawa sebal… ah..tiada siapa kebal… Cekal dan tawakal”

~ mdre2012

Share

KONOTASI

Share

Berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. Konotasi bermaksud, asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat. Secara implisit atau eksplisit, setiap yang terungkap pasti membawa makna atau pemahaman berbeza. Perbezaan memerlukan pertimbangan yang nyata. Yang pasti perlu terang dan jelas… ‘izhar mutlak’, sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluar) tanpa dengung.
Pintalan ayat berselirat, yang pasti bukan untuk membawa mudarat. Ada sesuatu yang kita terlupa. Mesej itu yang mahu aku sampaikan. Busuk? Dongak dan lihat. Jajaran atau runtunan, itu tafsiran beza dengan leretan.

Cukup. Selamat hari Isnin.

 

Share

Mimpi itu Dream ?

Share


Mimpi itu datang lagi… Tempat kejadian dan peristiwa yang berlaku masih sama, cuma dari sudut berbeza. Khalayak yang sama, tutur dan butir perbualan juga seperti yang dahulu. Selepas satu, ianya beralih ke satu mimpi yang lain, tetapi masih ia berkesinambungan. Seronok, itu getus hati kecil apabila terjaga dari mimpi. Perasaan berdebar, adrenalin memuncak, peluh memercik dan nafas turun naik. Tubuh letih tidak bermaya, sendi dan otot seolah telah ‘bergerak dan berlari’ untuk tempoh yang panjang…

Kali ini ia mula kembali… dari pendek ke panjang. Misi tetap sama.

p/s :

mahu ‘muat turun’ / download ‘kertas dinding’ di atas ? ini pautannya -

MIMPI – wallpaper

mahu baca coretan yang lain ?

2012 : Dua Ribu Dua belas

Konflik ? Terjebak 

Cahaya Dari Langit 

JUMAAT Akhir Sudah Dekat

 

Mimpi itu Dream atau Dreams? keluh kesah konotasi sangsi…

Intuisi? mungkin juga sekadar coretan bak puisi langsi,

tak tentu lagi rima dan tempo akan serasi…

yang pasti… menanti

nota kaki : Terjun dengan labu-labunya.

Share

Sudah!

Share

9hb Februari 2012… Telah masuk hari yang ke 40 di tahun 2012. Masih terkapai-kapai dan tergelincir dari misi yang aku sendiri telah tetapkan. Tekad itu perlu dari setiap langkah yang diatur. Momentum semangat ketaksuban untuk melaksanakan segalanya harus dipacu lebih keras dan deras. Kerana apa? Kerana masa akan tetap terus berdetik, bertukar dari saat ke minit dan seterusnya hari tetap bertukar dari siang dan malam… jika tidak mahu ketinggalan, ayuh maju!

Teringat dengan berita beberapa minggu yang lalu, seorang lelaki yang membuat pengakuan mempunyai wang simpanan lebih daripada 5 trillion Euro, bersamaan lebih kurang RM 20 Trillion! Lebih mengejutkan apabila beliau mendakwa sebagai keturunan diraja jawa. Bukan setakat itu, banyak juga cerita yang ‘berlebih’ dalam pengakuannya. Google sahaja di internet pasti banyak versi cerita yang ada. Tetapi bukan ‘kekayaan’ nya itu yang memikat hati aku. Aku berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai teori ramalan Joyo Boyo, teori keagungan empayar rumpun Melayu yang gah satu masa dahulu akan bangkit semula, teori sejarah Melayu yang faktanya telah diseleweng dan banyak lagi perkara berkaitan ramalan, sejarah dan konspirasi.

Betullah kata sifu-sifu… “semakin banyak perkara yang kita belajar, baca serta mencari ilmu dan hidup… maka semakin banyaklah juga perkara yang kita tidak tahu” .

Bahan bacaan lama menjadi pilihan aku sekarang. Syukur, terjumpa beberapa naskhah lama yang membuatkan otak lebih ligat berfikir.

Bercelaru tanpa isi yang yang berisi. Bejat otak. Itu mungkin kandungan tulisan (taipan) aku hari ini.

Ayam sudah mula berkokok. Jika diikutkan rasa mahu sahaja terus mengetuk papan kekunci dan ‘menghadap’ komputer ni. Tidur lebih kurang dua jam semalam, sudah cukup rasanya. Rasa lebih segar.

Rutin lama ini aku harus kembalikan. Awal.

Ayuh, sudah!

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD