Tag Archive: CATATAN HARIAN

Teman Tidur…

Share

Terjaga aku dari tidur… melihat wajah polos teman tidur di sebelahku ini membuatkan aku tersenyum. Pipinya yang gebu dan tubuhnya yang comel… pasti geram. Mahu sahaja digomol pipi itu. Aku usap dan belai rambutnya. Perlahan… tak mahu terganggu nyenyak tidurnya. Di bibirnya terukir senyuman. Manis. Semenjak kehadiran dia, tidurku tidak lagi seperti dulu. Mahu sahaja setiap malam dia berteman, dipeluk dan didodoi. Adam… kemengantukan babah ini berbaloi bila melihat tidurmu yang lena. ~_^

Wah! Itu cerita Adam, Papa Adam dan Mama Adam.

Disember? Hujung tahun! … Pejam celik 2011 semakin hampir ke penghujung. Bagaimana dengan impian dan harapan? Sudah ada azam yang tercapai? atau senarainya masih panjang? Yang pasti, masa terus berlalu dengan pelbagai peristiwa pahit manis di 2011 ini. Aku? berat naik ke 80 kg! Kelassss kau Maria… eh. Ya… keberatan ini juga mengejutkan aku apabila secara tidak sengaja berdiri di atas penimbang berat baru-baru ini (tak sengaja…hehehe). Makanya, azam terkini sempena 1433 (tahun hijrah) dan 2012 ialah MENGURANGKAN BERAT BADAN!

Selain daripada isu berat badan, dalam tempoh seminggu ini aku banyak berfikir tentang blog dan web yang di ‘urus’ oleh aku. Banyak perancangan 2-3 tahun lepas tergendala dek diri sendiri dan beberapa rantaian peristiwa persis Inception + Time Machine + Misteri Jalan Lama + Jason Bourne + X-Files + Leverage + Prison Break + The Odyssey dan yang sewaktu dengannya. Kini harus dan wajib bermula semula! Cabar!!!

baiklah, Bara Dendam ~ dendam ini harus berbalas!!!

p/s – SBPA : Skim Baru Perkhidmatan Awam. Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 tahun 2011 ini akan mengandungi khabar gembira untuk semua penjawat awam. Kenaikan gaji tahunan, Kemudahan Elaun yang lebih baik serta sistem kenaikan pangkat yang menarik. Banyak khabar angin yang bertiup kencang. Kata aku? : Tunggu sahaja pekeliling rasminya keluar.

p/p/s : Baik baik…

Share

Tinggal + Tertimbus

Share

Selamat tinggal dunia blog! Blog… Masih aku ingat lagi suatu ketika dahulu… Blogspot merupakan medan pertama aku berjinak-jinak dengan dunia blog. Beberapa buah akaun sebelum itu pernah dibuka, tetapi disebabkan akses internet yang terhad, (almaklumlah…komputer sendiri pun belum ada… alahai~). Aku sendiri sudah lupa dengan alamat blog-blog yang lama sebelum aku menggunakan nama samaran budakhutan. Salah satu sebab berblog waktu itu adalah kerana adsense dan iklan-iklan berbayar. (lumayan…  tapi kini sedikit merosot).

Belajar sedikit demi sedikit untuk mengubahsuai template blog (edit HTML) … Bermain dengan skrip. Di awal pembabitan, ramai juga rakan alam siber yang dikenali melalui blog. Bermula dari bertukar-tukar pendapat, dan komen-komen di blog-blog mereka. (sekarang banyak betul spammers- yang hanya mahu link mereka dilawati… salah teknik ni~). Seronok membaca kisah dan pengalaman rakan blog yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza dari dalam dan luar negara. Salah sebuah blog yang pernah aku ikuti dahulu, blog Joe Perantau. Pengembaraan dan hidup berdikari di luar negara? Seronok!

Kini aku rasa seperti blog aku ini tertinggal dan tertimbus dek himpunan blog yang hebat di luar sana.

Adakah akan terus tertimbus dan terbenam?

tetapi aku masih mengejar klimaks, mencari konklusi… dan masih belum selesai.

Share

MEMBARA

Share

Semangat  MEMBARA! Ya, begitulah rasa jiwa-jiwa penyokong kental pasukan Malaysia atau lebih tepat lagi penyokong bolasepak Malaysia. Kejuaraan mendapat emas di Sukan SEA 2011 di Indonesia baru-baru ini mengukuhkan kedudukan HARIMAU di peringkat Asia Tenggara. Emas yang diperoleh dalam edisi sukan SEA yang lalu dipertahankan. Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Harimau Muda di Indonesia pada SEA 2011 pasti mengakui perit getir dan betapa berlikunya laluan anak-anak muda ini. Kumpulan maut, cemuhan dan provokasi, kecederaan dan pelbagai lagi karenah tuan rumah membuatkan semangat nasionalisme penyokong  di tanah air membuak. Sokongan padu untuk MALAYSIA!. Jeritan dan pekikan gol! pasti boleh kedengaran di mana-mana waktu itu, ianya bagaikan pesta bila kita dinobatkan juara!

Ah, aku sendiri menonton sehingga tamat siaran langsung. Jantung berdegup kencang dan adrenalin terasa seperti beraksi bersama-sama Harimau Muda di padang. Rasa bangga dan terharu apabila lagu Negaraku dimainkan dan anak-anak muda ini dikalungkan pingat emas! Berbaloi! Pastinya selepas ini ramai anak kecil yang mahu menjadi bintang bola sepak! bagus!

Kelayakan Olimpik? Malangnya keletihan, kelesuan dan kecederaan menjadi penghalang utama kemaraan pasukan bolasepak Olimpik Malaysia.

Perlawanan menentang Syria: Separuh masa pertama, Malaysia beraksi cemerlang dengan beberapa kali membuat percubaan dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Seolah-olah kita berjaya menyaingi Syria dan mampu menjaringkan gol. Tetapi, separuh masa kedua, 3k (kelesuan,keletihan,kecederaan) jelas menjejaskan permainan Malaysia. Sepertinya dua buah pasukan yang berbeza beraksi pada kedua-dua masa permainan. Kita kalah 2-0.

Perlawanan menentang Bahrain: Sama seperti perlawanan menentang Syria, separuh masa pertama menjadi milik kita dengan corak permainan yang menarik serta percubaan yang menghasilkan gol. Gol pembukaan oleh anak muda berumur 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansur, tajam dari luar kotak penalti. Gol cantik! Gol kedua diperoleh hasil percubaan Mahali Jasuli. Teramat malang apabila, sekali lagi 3K (Kelesuan, Keletihan, Kecederaan) ditambah lagi dengan dua K ( Kekejangan dan ketiadaan pemain gantian yang sesuai) . Akhirnya, Bahrain berjaya mendapat 3 gol dalam tempoh 6 minit. Sedih! keputusan penuh Malaysia 2 – Bahrain 3.

Baki perlawanan selepas ini Malaysia harus menang! dan berharap agar Syria hanya akan seri dalam perlawanan mereka yang seterusnya dengan Bahrain dan kalah apabila berjumpa dengan Jepun dan Malaysia, serta Bahrain tewas kepada Jepun. Oleh itu kita mampu meraih 9 mata. Syaratnya, kalahkan Jepun, Syria dan Bahrain.

Jika dilihat secara keseluruhan, pasukan Senior dan Junior, kita sudah mampu membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap dan mampu menggegarkan Asia. Aku senaraikan beberapa nama pemain yang menjadi pilihan aku. (pilihan aku, ok! termasuk simpanan) Mereka-mereka inilah yang bakal membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi kelak. Harapan paling tinggi, berjaya masuk ke pusingan kumpulan Piala Dunia 2018!!!

PASUKAN IMPIAN MALAYSIA! HARIMAU!

Mohd Safee Mohd Sali ( Safee Sali ) , tarikh lahir – 29 Januari 1984

Mohd Safiq Mohd Rahim  ( Safiq Rahim ), tarikh lahir – 5 Julai 1987

Baddrol Bakhtiar, tarikh lahir – tarikh lahir – 1 Februari 1988

Muhamad Nazmi Faiz Mansor, tarikh lahir – 16 Ogos 1994

Izzaq Faris Ramlan, tarikh lahir – 18 April 1990

Norshahrul Idlan Talaha, tarikh lahir – 8 Jun 1986

Syahrul Azwari Ibrahim, tarikh lahir – 12 januari 1993

Wan Zaharulnizam Zakaria , tarikh lahir – 8 May 1991

K.Gurusamy, tarikh lahir – 20 november 1988

S.Kunanlan, tarikh lahir – 15 September 1986

Yong Kuong Yong, tarikh lahir – 18 September 1988

Ismail Faruqi Asha’ri, tarikh lahir – 5 Oktober 1986

Mohd Amirul Hadi Zainal, tarikh lahir – 27 Mei 1986

Mohd Irfan Fazail, tarikh lahir – 12 April 1991

Wan Zack Haikal Wan Noor, tarikh lahir – 28 Januari 1991

Amar Rohidan , tarikh lahir – 23 Januari 1987

Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, tarikh lahir – 3 Ogos 1987

Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, tarikh lahir – 3 Ogos 1987

Mahali Jasuli, tarikh lahir – 2 April 1989

Mohd Muslim Ahmad, tarikh lahir – 25 April 1989

Mohd Fadhli Mohd Shas, tarikh lahir – 21 Januari 1991

Mohd Fandi Othman, tarikh lahir – 25 april 1992

Mohd Asraruddin Putra Omar, tarikh lahir – 26 mac 1988

Mohd Zubir Azmi, tarikh lahir – 14 November 1991

Khairul Fahmi Che Mat, tarikh lahir – 7 Januari 1989

Mohd Sharbinee Allawee Ramli, tarikh lahir – 7 November 1986

itu adalah pilihan aku , dan sengaja aku letakkan tarikh lahir mereka agar kita semua tahu bahawa dalam tempoh 5 ke 15 tahun akan datang mereka inilah yang bakal mewarnakan dan mengharumkan nama Malaysia di persada bolasepak antarabangsa! Naikkan ranking FIFA kita di bawah 100 dan sebolehnya dibawah 75 agar pemain-pemain kita boleh beraksi di liga-liga antarabangsa! (teringat RAMLI Manchester United). Aku juga berharap agar ada lagi pemain-pemain baru yang berjaya dicungkil bakat mereka, lebih-lebih lagi dari kalangan pemain bolasepak Sabah! ayuh!!!

Kalah atau menang kita harus tetap memberikan semangat kepada HARIMAU MALAYSIA!

 

p/s:  Adam = ” babah, nanti besar Adam mau jadi pemain bola sepak, bolehkah tu?

Share

Cahaya dari langit…

Share

Pulang… Syukur, masih mampu berdiri

Dugaan itu menguji…

bersembunyi tanpa bunyi…

hikayat bertukar cerita… gendang dipalu!

tahu…

Gelak? sinis… angkat kening, bibir dicebik..

oh… Itu cerita kamu, tak ku mahu tahu…

Giliran aku sudah… kamu?

oh… doa yang baik-baik saja…

Terus bangkit olah tidak lut…

eh… perjuangan belum usai

selagi belum diintai cahaya dari langit…

walau sinarnya sudah beberapa kali di ubun kepala…

terus ampuh… senyum

Syukur ke hadrat Ilahi…

 

nota kaki:

selamat kembali

 

Share

Salam Aidilfitri : 1 Syawal 1432H

Share

Assalamualaikum … Salam Sejahtera ke atas kamu semua.

Takbir raya bergema ( di bilik … pasang di komputer…hehehe) , sah… esok 1 Syawal 1432H, sambutan Aidilfitri bagi kita umat Islam di Malaysia… dan juga seluruh dunia, walaupun ada negara yang sudah meraikan Aidilfitri awal sehari. Lebaran kali ini aku tidak balik ke kampung halaman. Pertama kali… Tidak bangun awal, berebut mandi atau mandi sungai di awal pagi. Rutin untuk makan kulapis (sejenis lamban) dan menjamah juadah di pagi Aidilfitri . Berjalan segerombolan (keluarga) dengan pakaian beragam (baju Melayu sama warna & tema- tahun ni coklat) untuk ke Masjid Kg Jaya bakti, Beluran, Sabah untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Kemudian disusuli dengan menziarahi kubur arwah datuk… Imam Hj Maidin Bin Jalalain, untuk membacakan Yassin beramai-ramai dan menyiram kubur arwah…. Al-Fatihah.

Tak ada upacara bermain bunga api dan mercun / meriam buluh… tak ada sesi gurau senda / bertukar cerita dan jenaka dengan saudara mara… Tak dapat mencuit manja bonda dan nenda yang pasti akan melatah dengan jampi serapah atau tarian etnik yang membuat seisi rumah penuh dengan gelak tawa. Tiada sesi melaram bergambar / rakaman video memakai pakaian raya… tak ada….

Tapi… kini suasana baru di tempat baru, keluarga baru… pasti ada jua ragam dan riangnya. Insya Allah esok awal pagi akan bertolak ke Kawang… untuk merasai lebaran di sana nanti.

Walau apa pun…

Selamat Hari Raya Aidilfitri … Maaf Zahir & Batin

kepada semua ahli keluarga serta rakan dan taulan.


Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD