Tag Archive: CeriTa KawaN

Kau dan aku bersatu….~

Share

kalau saya kata saya nak kahwin dengan awak, awak akan terima saya?“… tersedak Wawa bila Amri ‘menembak’ pada waktu yang salah. Tersembur air sirap yang diteguknya tadi. Percuma sahaja Amri terkena tempias dan basah. Amri tersengih – sengih sambil melap air sirap ‘sayang’ di mukanya.
Eh, lain kali kalau nak tanya tu, tengoklah tempat dan waktunya! Kan dah kena sembur… padan muka!” bentak Wawa sambil dia menolak Amri… berpaling lalu berjalan menjauhi Amri.
Wawa… soalan saya awan belum jawab lagi…eh, tunggu lah saya..” Amri mempercepatkan langkahnya mengejar Wawa….
ahaks… sampai tak mood tu? hahaha… Ni dari koleksi gambar perkahwinan yang aku ‘ketik’ minggu lalu, 14 dan 15hb Mac 2010 di Kg Berungis, Tuaran, Sabah. Suasana kampung yang amat menyeronokkan. Majlis yang penuh warna warni, ringkas , berisi dan kerjasama diberikan sangat mengharukan. Aku tak rasa janggal sebab kedua mempelai peramah walau agak pemalu untuk bergaya, keluarga mereka pun peramah, aku rasa seperti dikalangan mereka… ahli keluarga… hahaha… terbaiek!

asyik timbul pertanyaan kebelakangan ni… ” ko ni bila mau kahwin aa?” … aaa… aku belum dapat jawab… jawapan paling selamat… “bah..tunggu saja bah kad jemputan dari aku karang“… hehehe…
yup, aku ‘ketik’ gambar bagi pihak AbadiEnterprise , aku ketik dan rakan aku, Suzi akan melakukan pengubahsuaian dan penambahan vektor untuk mana – mana yang perlu, itu mungkin teknik dan gaya beliau. Aku hanya hanya ketik dan buat sedikit penyelarasan warna dan tekstur… aku suka simple tapi sempoi… hehehe
Bah, siapa yang rasa-rasa mau kahwin, dan cari jurugambar perkahwinan dengan pakej2 yang menawan, bolehlah hubungi beliau di blog beliau dan kalau mau berhubung terus dengan aku pun bleh gak.. ~_^ bukan saja kahwin.. kalau ada acara2 pun bulih bah… bisa diatur deh… hehehe
ni “pengumuman..pengumuman“…untuk semua urang-urang di Kota Kinabalu, Tuaran , Papar , Kota Marudu, Beaufort, Tawau, Sandakan, Bongawan, Kuala Penyu, Sipitang, Tamparuli, Ranau, Telupid, Beluran, Lahad Datu, Felda Sahabat, kira semualah bah kawasan di Sabah ni… hahaha… kalau ada tempahan luar negeri dan luar negara pun bulih..tapi ada lah ongkos nya bah kan…
ahaks… cak pong…cak pong

Share

Kamek ke Sarawak – 1

Share

Wah! Siuk eh! yup, aku baru balik dari Kuching Sarawak pada 7hb Mac lalu.Trip 2 hari 1malam itu berjalan dengan sukses…tiket ke Kuching ni dah ditempah seawal tahun lalu.. huhuhu. Memula tu macam aku tak berapa bersedia untuk berjalan-jalan ni. Khuatir kalau-kalau ada program lain. Tapi pada masa yang sama , aku begitu teruja sekali ! yeeehaa… kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Kuching ialah pada tahun 2004, dan sebelum itu tahun 2000 (UiTM Samarahan)… kali ni aku bagi banyak gambar..kamurang tengok jak lah aa…
gambar di atas tu diambil sebelum menaiki kapal terbang aka ‘belon’ ke Sarawak. Bangun seawal jam 3 pagi pada 6hb Mac tu. Fuh…

Sampai jak di Kuching, kamiurang trus pigi Hotel Samudera Court di Satok untuk daftar masuk. Komen aku tentang hotel ni? bolehlah… kan nak berjimat… hhahaha…. selepas tu, kamiurang makan2 sekejap kemudian bertolak ke Sarikin. Kampung yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Tempat ni banyak menjual barang-barang dari Indonesia dengan harga yang murah dan berpatutan… tapi kena berhati-hati… buat penilaian kualiti dan perbandingan harga… Disyorkan untuk datang awal pagi pada hari Sabtu atau Ahad tu..kalau tak, kulit korang akan hangus terbakar cam kulit aku…hahaha..panas wooo

kontrol macho walhal menahan kehangatan dek panas terik matahari

aksi tawar menawar
kami mau beli banyak ni..kasi murahlah bah” si Izarul mencuba nasib
ngak boleh..ngak boleh.. saya sudah kasi murah ni” kata si penjual sambil menghulurkan plastik
hahaha… dapat juga murah lah, sebab kami pajak banyak…kalau tak disebabkan balik nanti naik AirAsia, maka aku batalkan hasrat untuk memajak separuh barang2 di gerai itu.. kalau terlebih berat karang kena cas tambahan plak kan…hahaha..kunun

antara kain yang dibeli sebagai kenangan untuk diberikan kepada keluarga di Sabah… Makin digosok makin harum…eh biar benar pak! hahaha

pakcik ni tengah mengintai dengan aksi penuh ghairah dan bernafsu… wow!

eh chop! bukan mengintai gadis la, menengok barang2 untuk dibeli… kamurang ni kan…

tapi… aku plak terskodeng awek yang tengah beli spek mata ni…. Sejujurnya sebagai seorang lelaki aku kena menghayati keindahan alam… mencuci mata… menyegarkan minda…hahaha…

eh..betullah… menikmati keindahan alam…tengok ni…

rombongan kamiurang, sepatutnya ada lagi 4 orang, tetapi durang ada hal yang tidak dapat dielakkan… maka kamiurang bersembilan belas sahaja …

singgah gak sekejap ke kilang pasu
(ni aku wat entry berlainan..mungkin dalam photoblog jak)

lepas tu singgah ke tempat membuat kek lapis Sarawak ! wah.. popular tempat ni..banyak gambar artis bergambar kat situ… tapi yang paling best… boleh try test rasa kek-kek lapis tu… disebabkan tulah aku beli sampai 10 jenis kek lapis + 1 percuma.. yup, beli sepuluh percuma satu…nyum nyum…

eh..betullah…aku tak tipu… aku sampai Kuching bah.. nah ni di depan kedai Kek Lapis Dayang Salhah… ahaks… ntuk cerita selanjutnya, kamurang tunggu entry kedua aaa… hahaha

bah… mau booking tiket pigi mana lagi aaa lepas ni…
Share

Bukannya Aku Takut…

Share

Sedih… dan aku merembeskan air mata. Tertunduk menginsafi kurniaan Ilahi. Degup jantungku pantas, menghayati bait-bait kata yang diungkapkan. Otak melayang, melayarkan gambaran imaginasi peristiwa manis, gembira dan sedih dari bingkisan cerita dia. Penuh dugaan dan cubaan, perasaan seolah ditikam dan dihunus keris tajam…
berjalan-jalan di alam maya… tersinggah ke blog yang menyentuh perasaan aku… tak perlu aku huraikan, kamu boleh baca disini… sesekali hati perlu dijamahkan dengan kisah sebegini…
Kalau aku berada di situasi sama, aku berharap aku kuat dan tabah… air mata akan jadi peneman setia… Sayang… aku sayang kamu, sepenuh jiwa dan ragaku… maafkan aku jika aku bersalah padamu…
Lagu ni menambahkan pilu dan sayu…
sehingga bertemu kembali…
Share

Lama Tidak Bertemu !

Share

7 ke 8 tahun… itulah jumlah masa yang menjarakkan kitaorang selama ni. Akhirnya bertemu jua. Kesibukan dengan rutin harian dan kerja kadang-kadang membuatkan kita tidak punya masa untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Ada juga yang aku baru jumpa di KL ari tu.. brader Hashim.. yang bawak aku pi makan tu..hahaha..tenkiu bro

Ahaks.. yup, semalam Restoran Nasi Padang Ibu di Jesselton Point , Kota Kinabalu menjadi tempat untuk pertemuan rakan2 sekolah dulu. Yang berjaya menghadirkan diri, Ruzee, Ameen (penganjur- turun dari KL tu…), Alex , Rina , Ophelia , Hashim dan aku. Kalau diikutkan ada lagi yang nak hadir, tapi barangkali dek urusan keluarga, kerja dan perkara yang tak dpat dielakkan, maka kamiurang sijalah yang ada… Sesi bermula pada pukul 8 malam…


Sesi bertukar-tukar cerita, bertanya khabar serta perkembangan karier dan hidup menjadi lumrah dalam pertemuan sebegini. Cerita mengenai pengalaman, cerita tentang keluarga dan cerita tentang sekolah dulu-dulu… hahaha….

Kitaorang tukar port ke tempat lain , sebab restoran tu nak tutup dah dalam jam 1030 malam. Tak jauh, masih juga di area jeti tu. Cerita bertukar menjadi serius dan matang. Perancangan masa depan , perkahwinan dan bisnes. Tak payahlah aku huraikan kat sini plak kan.. ahaks..
—————————————————————————————-
Sesi berakhir dalam jam 12 tgh malam. Masing-masing mengucapkan selamat dan bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan (ah..bab peluk itu aku tipu). Kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku bergegas menuju ke Kelisaku. Malam sudah lewat.
Percikan dan dentuman bunga api mewarnai langit malam. Menandakan bermulanya sambutan Tahun Baru Cina. Pada awalnya aku bercadang untuk terus balik dan tidur, tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran untuk pusing-pusing sekitar bandar Kota Kinabalu untuk mengambil gambar. Aku turutkan sahaja permintaan akal, lagi pun aku tidak punya apa-apa rancangan untuk 14hb Februari ni.
Setelah puas meronda dan mengetik punat kamera, aku teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Sekali lagi dalam perjalanan pulang aku menukar fikiran, kali ini aku menurut permintaan hati… aku singgah di pesisir pantai dekat pelabuhan, Teluk Likas… Memberhentikan kenderaan, keluar dan duduk di tembok batu yang menjadi tebing pantai. Hembusan angin malam menenangkan aku. Bunyi ombak yang menghempas batu menjadi irama yang menyenangkan. Kaki-kaki pancing tegar juga ramai yang berada di situ… mencuba nasib atau sekadar menghilangan ketagihan…

Lama aku duduk sendiri di situ. Tepat jam 2 malam aku balik ke rumah.
…………. ~_^
eh..pesal plak aku buat karangan ni… cukup dah ker 350 patah perkataan? hahaha…
Selamat Tahun baru Cina !
Selamat Hari Sayang – Menyayangi …
perancangan aku hari ni? tak pi dating atau keluar dengan awek…
tengok wayang / keluar amek gambar… hahaha
maybe… just maybe… life is better when you are alone
Share

Aku Jumpa Lampu Ajaib

Share

brrrt~! telefon aku bergetar dan berbunyi… memula tu nak biarkan saja tapi

lagu dari 2PM – Again & Again yang aku gunakan sebagai ringtone semakin nyaring… aku jawab panggilan misteri itu…
Ko kat mana dah?” suara lunak dihujung talian bertanya…
Aku masih tempat Syem yang melukis ni” jawabku pantas, sambil tangan membelek-belek lukisan Syem yang lain…
Aku dah sampai… mana kita nak jumpa?” gadis yang menghubungi aku bertanya lagi…
Aku sedikit panik… “betul ker dia nak jumpa aku ni” bisikku sendiri… “serius plak awek ni“…
ahaks… suspen tak suspen… yup, sebelum balik hari tu sempat gak berjumpa dengan sorang blogger yang kewl and sentiasa sinyum … Cik Lampu Neon aka Nurul Aina … dia datang ngan kazennya yang jugak seorang yang kewl / kool … eh.. pesal semua orang kewl ni aaa… hahaha
Serius ,time tu aku kurang terurus dengan masa tamat tempoh air mandi sebelum bertolak dari Melaka amat harum dengan peluh2 jantan. Minyak di muka mungkin bleh masak pisang goreng… ahaks… terlampau berlebihan plak auta aku tu..hahaha part lain betul, part pisang tu tak …
Majlis dimulakan dengan sesi cerita pendek dan bertukar ideologi di MekDonel (McD). Che Neorul belanja aku makan (eh..malu plak aku..tak gentlemen langsung lah aku…adei).Waktu tu dah 745malam, dalam kepala aku mula menghitung-hitung tempoh perjalanan aku dari KL Sentral ke KLIA dengan menggunakan KLIAXpress… “25 ke 30 minit sempat tu…yakin jak
… waktu penerbangan 950 malam…
Seronok berbual dengan Che Neorul dan kazennya. Rasa macam dah lama kenal. Sedikit pun aku tak rasa kekok dan janggal. Panik+malu+segan+gabra+gugup…bercampur baur perasaan time tu… Dia blogger pertama yang aku jumpa F2F… face to face aaa… bukan M2M.. mouth to mouth..hikhikhik…
Waktu kursus kat Melaka hari tu plak yg aku kekok dan malu-malu meooow… hahaha
Yup ini adalah sesi bergambar, punyalah nak mencari tempat untuk beraksi. Memula tu kazen che Nurul menjadi mangsa ntuk snap2 gambar. Tapi cam tak seronok , so kebetulan ada sorang pakcik yang ada kat situ… mintak tolong dia utk amekkan gambar kami. Snap Snap.. cak!
nampak tak plastik Mekdonel tu, dorang tak makan abes la… patutlah slim melim Che NeoN ni..

eh.. ada pokcik kat belakang tu enterprem plak.. hahaha…

Serius! aku seronok jumpa Che Neorul… cam jumpa kawan skolah yang lama tak jumpa plak..
tapi aku lupa nak tanya hari tu… dia dah ada boipren atau belum… hahaha… kewl!
Che Neorul aka siLampu Neon ada buat entry tentang pertemuan ni..
Terima kasih kepada Che Neorul sebab sudi jumpa aku…
next time aku akan bawak kan ikan masin yang betul.. hahaha… Salam Semua~
Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD