Tag Archives: Gadis Bertudung

Gadis Bertudung | Manisnya Senyuman Awak

B (21)

Lirikan mata menikam jiwa-jiwa lelaki yang memandang. Senyuman manis yang tidak berapa ketara itu juga menggetarkan hati para jejaka yang melihat. Wajah polos bertudung itu kelihatan ayu dan menawan.

Bohong jika dikatakan naluri lelaki itu tidak suka melihat gadis atau wanita yang cantik dan jelita. Naluri kelelakian itu memang sebegitu… Cantik itu juga subjektif, bukan sekadar bergantung kepada rupa paras… Sikap dan tingkah yang elok itu pasti meruntun perasaan manusia yang digelar ‘laki-laki’ …

Cuma bergantung kepada tahap ‘kewarasan’ dan ‘nafsu’ … Cukup sekadar menghayati keindahan makhluk ciptaan Tuhan ini dengan sekadar memandang… Jika mahu, ada jalan dan kaedahnya untuk mendapatkan mereka secara halal berlandaskan hukum dan syarak… kenali hati budi dan layanlah mereka selayak bidadari…

Bagi mereka yang bukan beragama Islam… ya, wanita itu tetap perlu dihormati dan kalau hendak mendekati hendaklah bertertib… barulah ‘macho’ dan ‘jantan’ brader!…

B (20)

 Oklah… selepas ini mungkin lebih banyak gambar ‘skodeng awek’ di sini. Gadis-gadis yang diintai ini aku rakam melalui lensa kamera. Al-maklumlah, takkanlah aku tiba-tiba mahu mencari ‘talent’ atau ‘model’ untuk beraksi di depan kamera… praktis dahulu melalui ‘street photography’ …

Siapa bilang gadis Sabah tidak menawan?

nota :

Sekiranya tuan punya badan (yang digambar) terbelek blog ini dan melihat gambarnya serta mahu gambar itu dikeluarkan, sila maklumkan dan aku akan keluarkan gambar tersebut…

oh ya… tak boleh cakap saya sayang awak… sebab saya dah ada sayang saya… ~_^

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!