Tag Archives: Kertas Dinding (wallpaper)

Masa | Realiti Dan Ilusi

demi masa-

Masa, realiti dan ilusi jika dikonotasi akan menjadi persepsi yang ditafsir mengikut acuan akal masing-masing. Berbeza ikut haluan dan pilihan. Berlainan menurut fahaman, ideologi dan mungkin sahaja dokongan kepolitikan. Tetapi sesuatu yang pasti, masa akan terus berlalu dan pergi menjauh. Saat berdetik meninggalkan waktu yang kita lewati. Mungkinkah dapat kita menggelongsor dalam relung dimensi masa? Realiti atau ilusi? bergantung dengan izin…

Seiring masa, jangan biarkan keujuban berpundak dari ubun-ubun hingga melepasi tumit kaki dan bayang-bayang.

Paksikan diri dengan realiti. Jadikan ilusi sesuatu yang berfungsi seperti mengejari mimpi untuk dijadikan sesuatu yang pasti. Fantasi yang dieram harap menjadi magis yang membuka pintu-pintu ruang ke dimensi nuansa. Mungkin? Ayuh cuba!

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al ‘Asr 103: 1-3)

Nota hujung:

Hidup suku abad. Merenung waktu yang telah telah berlalu…. Sudah sampai waktu memacu!

Pilih | Destinasi Hidup

Adam- pilihan destinasiHidup adalah mengenai pilihan… pilihan untuk memilih halatuju destinasi hidup. Keliru? pilihan yang ada hanyalah untuk terus melangkah maju kehadapan atau terus terjerumus dalam jerlus syurgawi. Mudah untuk dilontarkan menggunakan vokal dan lisan… Bagaimana dengan perbuatan. Betul… kadangkala tanpa kita sedari kita masih terperangkap dalam satu kepompong atau ruang yang digelar keselesaan. Selesa itu kadang membuat kita alpa.

Setiap kali dalam hidup kita akan perlu membuat pilihan. Suka atau tidak, susah atau senang… pilihan itu tetap ada. Tetapi ada di antara pilihan itu yang serong. Untuk mencapai kejayaan dan menikmatinya secara mutlak kita harus memilih jalan yang terbaik tanpa unsur helah dan tipu daya. Usaha dan kesusahan itu memang sahabat yang akrab. Jika digandingkan dengan rakan mereka si tekad dan tabah. Perjalanan menyelusuri lembah dugaan pasti akan berakhir dengan puncak kejayaan.

Susah dan cabaran datang seiring. Timpa menimpa tanpa rasa belas. Mujur kita dikurnia akal untuk berfikir secara waras… gunakan tanpa was-was. Kalau tidak sudah pasti kecundang dan tewas. Awas!

Nota perjalanan :
Silap membuat pilihan itu perkara biasa. Kita kan manusia. Kebaikkannya, kita masih boleh memilih untuk tidak terus membuat silap.

Nota jari :

Hari Ahad dan aku rehat hari ini. Beberapa perancangan dan aktiviti dibatalkan. Aku membuat pilihan untuk mengambil gambar di Tamu Gaya Street. Hujan di awal pagi tadi mungkin menyebabkan tamu pada hari ini bermula agak lewat dan sedikit hambar. Tetapi orang ramai mula berpusu-pusu ke tamu apabila cuaca semakin baik menjelang ke tengah hari. Pelancong dari dalam dan luar negara berkeliaran. Pengunjung setia sekadar mahu mencuci mata… tengok-tengok produk baharu.

Ketik kamera untuk mengasah kemahiran mengambil gambar. Mencari subjek atau tema yang sesuai. Tetapi yang aku nampak…hanya air tebu… oh!… hahaha…

Insya Allah, akan dimuat naik dalam masa terdekat. Kalau bukan disini, adalah di

budakhutan photoblog..

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!