Tag Archive: Klip Video

Fantasi Kecil

Share

Fantasi… fantasi oh fantasi. Pasti semua orang punya fantasi. Fantasi dan impian hanya berselaputkan dinding senipis kulit telur. Berbeza tapi hampir ada persamaan. Mungkin hanya jika ia dapat direalitikan maka ia bukan lagi satu cereka atau fiksyen. Namun, limitasi pada fantasi hanya akan mengakibatkan kebejatan akal untuk berfikir. Kerana fantasi yang dipandu cermat jika tawakal pasti memberi rahmat dan nikmat. Terlalu berat dan berselirat? Sendat?

Ini Jayon….Ini bukan… Jayon…. Ini Jayon”  Nabila mengomel sendiri dan memuncungkan bibirnya sambil tangan comelnya ligat mengalih-alihkan magnet yang dilekatkan di peti sejuk. Kiranya dia berada di alam fantasinya sendiri, perjuangan seorang Puteri serikandi merebut besi berani yang punya kuasa sakti untuk menghalang kuasa gelap yang durjana. Tanpa besi berani sakti, rakyat jelata akan merana selamanya. Cukup sudah penderitaan yang dialami oleh semua orang Negara Bahagia Yang Selalu. Sang Kelempes yang membawa sengsara harus ditewaskan! Pertarungan berlangsung dengan sengit.

Aku ambil… aku ambil” tangkas si Puteri mengambil peluang ketika Sang Kelempes menggelupur kesakitan dek serangan pantas gerak tangan tepat ke telinganya. Puteri Nabila lekas-lekas menggunakan jurus kunci Gajah Biru untuk mengunci pergerakan musuhnya itu. Sang Kelempes tidak sedarkan diri. Dia telah kalah dalam peperangan agung ini. Perang di antara kuasa baik dan jahat.

Dapat… dapat” Puteri Nabila amat gembira kerana berjaya mengembalikan keamanan dan kebahagian kepada Negara Bahagia Yang Selalu. Rakyat jelata yang melihat dari kejauhan bersorak-sorai meraikan kemenangan yang dinantikan. Puteri Nabila menjulang besi berani yang diperolehnya untuk ditunjukkan kepada semua orang Negara Bahagia Yang Selalu. Maka bertambah gegak gempitalah dengan sorakan yang tidak putus-putus.

Tiba-tiba angin kencang menderu dari arah barat daya. “Ayaaaaa….” Puteri Nabila menjerit apabila besi berani yang berada dalam genggamannya jatuh ke tanah. Suara yang riuh tadi tidak lagi kedengaran. Suasana sunyi yang kelam menyelubung. Semua orang Negara Bahagia Yang Selalu terpaku memandang Puteri Nabila. Seolah semua sekarang berada dalam gerak perlahan. Puteri Nabila segera mengalihkan pandangan ke arah kawasan Sang Kelempes yang  telah dikunci dengan jurus tadi. Hilang! Sang Kelempes telah hilang. Pantas Puteri Nabila melihat ke bawah dan dilihatnya besi berani masih berada di tempat ia terjatuh tadi. Berbakikan tenaga yang ada Puteri Nabila menguis besi berani itu lalu dilonjakkan ke atas dan kemudian dia melompat tinggi untuk mendapatkannya.

Sebaik sahaja besi berani sakti berada dalam genggaman, Puteri Nabila menggunakan Gerak Pantas Tidak Berbayang untuk bersembunyi di dalam sebuah gua yang berhampiran. Kemenangan yang diperolehi masih belum mutlak. Namun buat beberapa purnama, Negara Yang Bahagia Selalu pasti beroleh kebahagiaan yang dinanti. Sang Kelempes tewas dan cedera teruk, tetapi setelah tenaganya kembali nanti. Dia akan kembali!

Wah! seronok bila ada fantasi. Itu mungkin fantasi kecil anak buahku yang seorang ini. Nabila nama pendeknya, Shikin nama panggilannya.

Sewaktu kita semua kecil dan berhingus dahulu, kita juga sudah semestinya punya fantasi kecil. Fantasi kecil yang menggembirakan dan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Seolah alam ini tiada batasan yang mengongkong. Semuanya indah dan bahagia. Oleh itu, usah biarkan fantasi itu terhenti walau sebesar mana angka usia. Fantasi!

p/s: Oh… tolonglah berfantasi dengan elok. Dan kalau tak faham fantasi di atas, sila tengok video dahulu. Selamat berfantasi kecil.

 

Share

Kau Punya Bola KUNING ! Aku Suka!

Share

Oh! kerana masalah dari percubaan untuk memindahkan domain ni dan blog dari Blogger ke WordPress, akhirnya aku ambil keputusan untuk terus kekal bersama  dengan pakcik Blogger. Di awal migrasi, semuanya berjalan lancar, sehingga tiba-tiba login page di WordPress jadik blank, langsung tak dapat nampak apa2. Cuba untuk mengubahsuai dan memadam space di function.php, tapi sama gak, try padam dan reinstall semula… sama jugak… ubah dan copy plugin di FTP, sama gak…ades… aku mengalah… tunggu sehingga otak tidak tepu lagi…
orait! HABIS TEMPOH untuk BERDUKA LARA~
Walau hidup umpama BOLA, sekejap melantun naik, sekejap berputar, sekejap ditanduk dan ditendang, sekejap direbut,sekejap masuk gol… dan bila habis masa, ditinggalkan… kena terus ada dalam permainan seterusnya. Tapi mungkin dengan warna, corak dan bahan berbeza… maka… bersedia…

TAPI ADA APA DENGAN BOLA KUNING?!

hahaha… lucu tul bila aku tertengok video ni di You Tube. Cayalah encik KuNing KuNing. Satu iklan yang menarik dan punya gaya tersendiri… pergh! jom tengok!

tapi part ending… anti klimaks la plak… ~_~
p/s: owh… kenapa bah kau aku berubah… FOKUS!oh ya, jejaka di atas bukan lah model rasmi untuk iklan berkenaan …harap maklum…hehehe

Share

Ikhlas dari Jauh… Armada ke 7

April2010-usnavy band-10
Share

Menarik dan menghiburkan! aku amat bernasib baik kerana tidak menurut hasutan ‘malas’ di awal pagi Ahad kelmarin. Hujan turun renyai-renyai pada awalnya, tetapi aku tekadkan masuk ke kereta untuk terus memandu cik Lisa aka ‘kelisa’ ke Gaya Street, mengambil gambar. Yup, aku teramat suka dengan persembahan dari Tentera Laut Amerika Syarikat aka 7th Fleet Band… cuba korang tengok video di bawah ni…


woah! menarik bukan… mereka amat mengiburkan!

oh ya.. kamera D90 itu berat seberat 7 kapal kontena, maka sebab itulah video ni sedikit bergetar, dan pertama kali aku ‘picit’ untuk video… maaf jika video kurang memuaskan…ahaks, kebanyakan masa aku mengambil video dari menembak gambar kerana aku sukakan muzik dan persembahan mereka. kalau ambil gambar, tak dapatlah nak tengok semula kan… hehehe

Tiupan tahap super… ~_^

menghayati… muzik mereka datang dari jiwa… ikhlas…boleh rasa weih!

agak-agak sakit tak mulut?

akak ni pun sporting amat ^_^

brader kat tepi tu yang paling semangat…korang boleh tengok dalam video..

hahaha…lucu lah lu bro… hiburan dalam kapal tu…

aku sempat terlihat abang-abang kelasi ni mempraktikkan budaya ‘menunjuk’ kita, mungkin mereka sedikit hairan atau suka, sebab dorang melakukan aksi tu macam mengunjuk pedang…hahaha

Peace itu keamanan

“smile”

terjumpa dengan rakan sekerja dan anaknya, aku minta dia bergambar bersama kelasi-kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) ni. Oh ya, mereka akan berada di Kota Kinabalu dalam anggaran 4 hari dan sambil melakukan persembahan, mereka juga akan melakukan kerja-kerja amal… syabas! dorang ni berpangkalan di Yokosuka, Japan.

“ongkol… apa bah nama barang yang ko tiup ini?”
“aaa…what?”

yeah! mereka juga turut membuat persembahan di Palm Square, Centre Point, Kota Kinabalu… alaaa… yang di tingkat 4, yang ada Growball Cinema tu. Aku boleh siap duduk di lantai, menghayati persembahan sambil mengambil gambar. Pengunjung bersorak dan memberikan tepukan gemuruh setiap kali mereka selesai melakukan persembahan…

Ketua aka Fleet Bandmaster, Lt Robert “Jeff” Wrenn, turut beraksi pada petang tu.

“pon pon”

aku akan upload satu lagi video untuk persembahan yang di Palm Square ni… untuk dapatkan kualiti upload yang best, mengambil masa 2 ke 3 jam… alahai!

“jumpa lagi”
Info:1.Kelasi – kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) singgah ke Kota Kinabalu sebelum bertolak untuk tugasan di musim bunga. Mereka tiba di Sepanggar pada 3hb April 2010.
2.Kapten Rudy Lupton merupakan pegawai pemerintah USS Blue Ridge dan berkhidmat di bawah Komander ‘Expeditionary Strike Group (ESG) 7 / Task Force (CTF) 76 ‘.
3.Program “Freedom of Entry to the City” yang akan melibatkan tentera laut dari pelbagai negara seperti Brunei, Indonesia, India dan Amerika Syarikat akan diadakan pada 18hb April ini. Dianggarkan sebanyak 18 kontinjen akan terlibat dalam perarakan yang dijangka bermula dari jalan Tun Fuad Stephens, melalui Segama Waterfront hingga ke Gaya Centre.sumber~sabahtourism
website mereka- 7th Fleet Band

Share

flymas.mobi ~as easy as Mandi Pagi

as easy as mandi pagi
Share


semudah mandi pagi? flymas.mobi ? apakah itu? … fuh, macam kira minit2 terakhir ni tau, bila merajinkan diri nengok website Nuffnang awal malam semalam, ternampak pertandingan tu… Flymas.mobi as easy as..dot dot dot… kira macam fill in the blank lah ni kunun… dan untuk fill in the blank tu kena buat satu video yang berkaitan, dan hantar kan penyertaan dengan mengupload video diri sendiri tu ke You Tube dan buat satu entri mengenainya, lepas tu hantarkan link2 ke flymas.mobi@nuffnang.com…

dan hadiahnya? lumayan beb!
tempat pertama – Tiket ke Istanbul, Turkey
tempat kedua – Tiket ke Seoul,Korea atau Tokyo, Jepun
tempat ketiga – Tiket ke mana destinasi ASEAN yang disediakan oleh Malaysia Airlines aka MAS
Terbang dengan flymas.mobi semudah mandi pagi ! itulah tema pilihan aku …
maka dengan tanpa segan silunya aku pun menebalkan muka dan menyanyikan lagu semata-mata untuk membolehkan aku mendapat peluang untuk memenangi hadiah tempat kedua! hahaha… kenapa tak mau nombor satu? sebab aku nak pergi ke Jepun atau Korea! ingat lagi trip ‘pertama’ aku ke jepun hari tu? haaa.. baca kat sini~ Aku ke Jepun
dan ini video aku!…jangan gelak weih… undilah aku..hahaha
betul ker semudah mandi pagi? kiasan tu boleh pakai tak? cuba korang tengok screenshoot dari enfon aku ni… cuma ‘halakan’ browser ke http://flymas.mobi lepas tu korang akan ke paparan seperti dibawah… cuma tinggal klik dan muktamadkan pilihan…. senang! tak payah beratur di kaunter, di mana-mana pun boleh ‘klik’ !

———————————————————————————–

Che Yoona dari Girls Generation
tu pasal aku nyanyi klik sana…klik sini tu… hahaha.. malu aku …ades… takpa-takpa… aku nekad ntuk menang hadiah ke Jepun atau Korea! kalau aku ke Korea aku nak jumpa Che Yoona dari Girls Generation tu… hahaha…suruh dia ajar aku menari plak… lepas tu ajak dia pi makan malam… eh,tapi aku nyanyi lagu Wonder Girls plak kan? i wan’t nobody…no body but chu…hahaha… Anyeong Haseyo!
Horikita Maki & Masami Nagasawa
Ohaiyo Gozaimasu ! kalau ke Jepun plak, aku nak jumpa Che Horikita Maki aka Ashiya Mizuki dalam Hanazakari No kimitachi e (drama Jepun)...hahaha kalau dia busy, aku nak jumpa bekas girlfriend aku yang sorang lagi che Masami Nagasawa… hikhikhik… apa? nak suruh aku jumpa Maria Ozawa ataupun Sora Aoi? eh..biar betul… karang aku ‘teraniaya’… hahaha

alamaks! sungguh teruja plak aku… tapi serius geng… bukan pergi sebab nak jumpa pompuan lah, aku nak melancong dan kenali budaya dorang yang unik tu… terutama sekali Jepun…. Nandakure!!! so…korang tolonglah undi aku… nak kutuk pun tak kisah lah… aku dah ‘hidupkan’ peluang dari tak ada peluang untuk menang… ahaks…
Salam ke Jepun!
Share

My Baby I Miss You

My Baby i Miss You
Share

Ahaks… dah kluar plak nyanyian dari d’sumbangs ni.. hahaha… adei! kutuk diri sndiri dulu sebelum dikutuk oleh org lain..Yup, tau gak sora – sora kamiurang ni memang out and super sumbang… tapi tak kesahlah , saja kongsi kan..manalah tau ada recording company luar negara yang nak amek kami…hahahaha! adesss.. ke situ plak… Sumbang ? Entam sajalah bah…

Dalam2 masa mendatang blog ni akan terhimpun dengan banyak benda termasuk lah video2 seumpamanya cam di atas… 3gp XXX atau awek orang atau skandal – skandal yang ‘tut’ tak termasuk la dalam kategori ni… hehehe…
bah, mata rasa dah ngantuk… apa lagi.. meh tidurrr! sok keja laa…

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD