Tag Archives: konspirasi?

Rasis | Kenapa ?

Kenapa Kejam

Melenting! Melatah… Kenapa kita hidup bermasyarakat secara majmuk dengan pelbagai agama dan bangsa, hidup dalam satu negara yang digelar “Malaysia”. Kita adalah sebuah negara yang heterogenus, tidak seperti Jepun atau Korea yang lebih homogenus.

Sejak dari zaman tanah melayu di era ‘perak man’ di Lenggong ke waktu ketibaan saudagar dan pedagang seluruh dunia, seluruh kepulauan dan rumpun di rantau ini digelar ‘Malay Shire’… Wilayah Melayu. Pelabuhan-pelabuhan tertua di zaman kegemilangan empayar-empayar lama, Kedah Tua, Langkasuka, Majapahit, Srvijaya, Melaka, Temasik, Brunei dan yang seangkatan dengannya menjadi persinggahan empayar agung dunia yang lain.

‘Golden Chersonese’ jolokan yang diberi oleh Claudius Ptolemy kepada Semenanjung Tanah Melayu. Tanah bumi emas, Suvarnabhumi gelaran dari zaman dahulu kala di waktu nenek moyang dan penduduk awal di lingkungan rantau nusantara yang kini lebih kita ketahui sebagai Asia Tenggara.

Lupakan seketika berkenaan pendudukan penjajah dari barat dan timur. Ayuh kita kenang kegemilangan tamadun awal di rantau ini.

Adakah empayar kerajaan nusantara tidak sehebat Rom? Adakah kita hanya layak digelar sebagai nelayan di laut berbanding orang gasar dan Viking? Adakah kita tidak punya ahli pemikir, ilmuwan dan perwira di zaman dahulu?

Sekiranya tamadun awal kita mundur, daif dan naif… Kenapa perlu seantero dunia mahu berdagang, mahu menumpang, mahu bermastautin di wilayah yang kita sendiri anggap amat lemah dan mundur ini? Kenapa…

Ya… mungkin kerana kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah membuatkan kita menjadi tumpuan.

Dimanakah silapnya kita tidak punya catatan awal yang boleh dijadikan rujukan. Adakah kerana golongan bangsawan dahulukala hanya mampu mengira kambing dan lembu serta menjual rempah ratus di pasar? Apakah bahasa dan medium komunikasi yang digunakan? “Lingua Franca”… Tidak tahu menulis?

Baiklah… mungkin tidak adil jika kita bandingkan Korea dengan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Tetapi ianya membuatkan kita terfikir dan termenung… Joseon dan ‘North Borneo’.

Adakah daripada dahulu sebelum ketibaan penjajah kita tidak punya tamadun di Sabah? Hanya bercawat ke hulu dan kehilir?

Atau perlu kita rujuk ‘Sabah’ berasal dari nama sejenis pisang yang digelar pisang Saba hanya kerana ia sedap digoreng? … Lucu?
Atau kita perlu satu kenyataan yang lebih akademik… Sabah itu asal namanya ‘Seludang’, merujuk kepada puisi lama Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada 1365.

Atau kita ikut catatan Marco Polo yang menyatakan Sabah itu dahulunya diberi nama Burni.

Jawapan lain yang mungkin lebih tepat ialah dahulu Sabah itu dibawah kekuasaan empayar Brunei….dan tidak ada pemerintahan bersistem di Borneo Utara… benarkah?

Sejarah …. sesuatu yang kelihatan rumit. Tetapi seronok untuk dihayati, teliti dan kaji.

nota hujung:

Isi aku agak sedikit meleret dan kadang tidak berkaitan. Cuma melontarkan apa yang perlu…

Insya Allah… bukan setakat ini.

nota foto :

boleh rujuk link ini untuk tengok variasi foto ‘beliau’ di atas

Budakhutan Photoblog

PADA ZAMAN DAHULU KALA

pada zaman dahulu

Baiklah… Kisah itu bermula pada zaman dahulu kala. Sewaktu dingin artik dan antartika masih membelenggu pentas sunda. Menghubungkan tanah benua Asia dengan hampir semua daratan dunia. Tatkala manusia yang menghuni gugusan Melayu Raya di peradaban hebat seangkatan tamadun agung lain di dunia purbakala. Gahnya kebijaksanaan makrifat serta keperkasaan warganya membuatkan puak gasar nomad dan viking kecut untuk membuat onar. Pendekar dan panglima terulung setia mempertahankan tanah tumpah lahirnya mereka. Golongan pendeta dan ilmuwan bekerja keras memerah otak dan masa untuk memajukan nusa dengan ciptaan dan penemuan baharu .

bersambung…(1146am-25012013… Tunaikan kewajipan-Jumaat)

 

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!