Tag Archive: Motivasi

Selepas kejadian…

Share

Ini bukan keputusan akhir Maharaja Lawak Mega atau sketsa gaya Opera Van Java.

Tiada pengacara atau tok dalang yang akan ‘membimbing cerita’ …

Tetapi benarkah tidak berlaku konspirasi atau pendeta,

yang sememangnya mahu ‘skrip’ mengikut rentak dan cara yang semahu mereka?

Jika benar mimpi mampu diolah serupa ‘inception’,

pasti berlapis mimpi harus diteroka.

Agar tercipta dunia berparadoks dengan terkeliru dengan ‘tron’, adakah?

kecil besar, tebal nipis, yang harus dijaga isi abdomennya…

mendaki dan harus terus mendaki tinggi…

panjat biar guna seluruh kudrat, bukan minta digendong atau main potong-potong

budi bahasa itu gaya pendekar berkarisma, berjuang ikut disiplin kesatria

bukan cabul mulut lagak gaya juara,

oh lihat jalannya terapung di udara…siul!

tikam belakang itu cara menang tak bermaruah…

berhadap senyum ke telinga… manis

ah… tidak ambil pusing atau runsing, biar sahaja tidak melenting

sampai waktu pasti tahu lantai atau dinding… serunding?

lapan ke lima, satu ke lima… penting?

satu satu langkah diatur.. seperti main catur

semangat dua kosong satu dua kian membara…takkan luntur atau mundur

siap siaga …

Share

BERSIH 3.0 : BANGKIT!

Share

Asal?mu’alaykum… Salam sejahtera ke atas kamu.

Selamat BERSIH 3.0 kepada semua rakyat Malaysia.

Satu – BERSIH jiwa dan rohani dari permusuhan dan prasangka sesama kaum, agama dan Negara. Tutur, kata, doa dan sikap haruslah mencerminkan BERSIHnya kepercayaan dan pegangan agama masing-masing.

Dua – BERSIH akal dan fikiran serta matang dalam membuat keputusan yang waras tanpa membebankan orang lain. Prihatin dan melihat impak akibat perbuatan sengal secara menyeluruh terhadap agama, bangsa dan Negara.

Tiga – BERSIH kan dahulu sikap suka membuang sampah dan putung rokok di merata tempat. Cintai dan hargai keindahan alam ciptaan tuhan. Jangan sampai alam melancarkan deklarasi ganyang manusia!.

Baiklah… itu dia tiga BERSIH yang aku mahu sampaikan.Betul, ianya berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlaku baru-baru ini. SYABAS! Kepada mereka yang terlibat untuk menjayakannya secara ikhlas, terpengaruh, diprovokasi ataupun diupah untuk melakukannya. Objektif tercapai? Hanya huru hara, imej negara tercalar, ekonomi dan amarah serta penderhakaan terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong… itu kesimpulannya.

Banyak lagi cara untuk melakukan reformasi secara BERSIH. Jika tuntutan utama adalah berkaitan pilihanraya yang bersih, kenapa tidak kemukakan sahaja bukti penyelewengan SPR kepada pendakwaraya. Serahkan kepada sistem perundangan serta kehakiman Negara untuk melaksanakan undang-undang. Bukankah itu lagi BERSIH? Wahai pejuang-pejuang aristokrat yang bijaksana? Kalau mahu BERSIH yang sedikit kotor, hantarkan sahaja bukti-bukti itu ke semua media cetak dan elektronik … Kalau pilihanraya kita tidak adil, tak mungkin PAS, PKR dan DAP serta sekutunya berjaya menakluk beberapa buah negeri pada PRU12 yang lalu juga meneruskan legasi pemerintahan di negeri yang mereka telah kuasai? Dan kenapa tidak perhimpunan BERSIH itu tidak dilakukan sejurus selepas berakhirnya pilihanraya itu?… kenapa perlu menunggu beberapa bulan sebelum PRU13? …

Perpaduan atau perpecahan? Tidak kira di pihak BN (Barisan Nasional) atau BA(Barisan Alternatif) kenapa perlu bermain dengan api? Jika dilihat secara umumnya, kaum yang manakah sering bertelaga dan berpuak-puak? Sejak dari zaman dahulu lagi telah terbukti haloba dengan darjat, kuasa dan harta serta mudah diperalatkan …diperkudakan oleh anasir luar dengan hamburan janji dan provokasi untuk saling membenci dan berbunuhan sesama saudara sebangsa… kalau ini berterusan, maka selamanya tanah Melayu takkan pernah subur dengan perpaduan

Secara peribadi, aku meluat dengan pertelingkahan serta sikap keanak-anakan mereka yang menjadikan politik itu sebagai cabang mazhab poligama (politik+agama). Mengeluarkan kata-kata kesat dan mendoakan keburukan kepada sesama islam mahupun yang bukan beragama islam bukanlah salah satu daripada nilai murni ajaran islam. Hadis dan sirah diputarbelitkan dan dipropagandakan agar maksudnya terselirat berat… sungguh bejat!

Aku menyokong mereka yang dapat membuktikan kejayaan dan kemakmuran pada Malaysia serta mengamalkan BERSIH 3.0 seperti di atas…. Kepada Kerajaan dan pembangkang serta orang-orang yang berkepentingan, silalah berpolitik secara berhemah… Kepada penyokong mana-mana aliran politik pun sila menjadi matang, jangan menang sorak… Negara tergadai…

Nota:

Aku akhiri diari Rabu ini dengan harapan agar Tanah Tumpahnya Darahku ini tidak berakhir dengan pertumpahan darah!

 

Nota paling akhir:

Boleh tuju lagu?

 

Share

15 kilogram?

Share

Hari ini hari Rabu. Dua puluh Rejab seribu empat ratus tiga puluh dua Hijrah bersamaan dengan dua puluh dua haribulan Jun dua ribu sebelas masihi. Cuaca sepanjang hari di Kota Kinabalu dilaporkan panas dan terik. Peluh melekit dan hampir mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan. Aku ulang… hampir.

Aku semakin berat dan besar. Ya! Lima belas kilogram naik dalam masa 10 bulan, dengan ukur lilit pinggang yang bertambah beberapa inci. Seluar jeans yang dahulunya longgar, kini membuatkan perutku senak. Pipi yang dulu cengkung, kini berisi… tapi masih belum tembam dan comel seperti Po si panda dalam Kung Fu Panda. Kenapa boleh jadi sampai begitu sekali? Orang cakap, “kalau dah bahagia macam begitulah”, “begitulah orang lelaki bila dah kahwin” dan banyak lagi kata orang yang selalunya serkap jarang.

Jawapan? Kerana pada peringkat awal ‘perkembangan’ aku kurang menumpukan perhatian untuk diri sendiri. Daripada hidup bujang sehinggalah sudah berkahwin, aku seperti acuh tidak acuh dengan penampilan diri sendiri. Bak kata orang (orang lagi?)  Simple! Sempoi! Ala kadar. Syukur-syukur bah. Perkara berkaitan penampilan diri tidak pernah masuk dalam senarai azam sebelum ini.

Haruskah ianya berterusan? Perlukah perubahan?  Nampaknya, sikap itu tidak boleh dipelihara. Kalau diteruskan nanti kelihatan berusia berbanding umur sebenar. Kesihatan akan bertambah teruk, daya tahan tubuh akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit. Aku tidak mahu itu. Aku yakin, semua orang mahu yang terbaik untuk diri sendiri.

Sampai masa untuk aku jadi aku… kembali.

Cukup sudah aku yang besar dengan masalah yang besar. Selamat tinggal kebesaran.

Nota:

Hari Rabu, hari catatan blog sebenar. Catatan diari diri.

 

Share

PANDANGAN

Share

bh-daun-dimakan-ulat

Buruk ! Tidak cantik… Hodoh dan tidak sempurna… kurang sifat! Bodoh dan jahil ! Celaka ! Tembirang… ganas! Pentingkan diri sendiri… Pemalas! itulah pandangan atau andaian yang selalunya pantas menerpa ke fikiran orang-orang yang punya ‘kebaikan’ diri tahap langit ketujuh apabila bertemu atau berdepan dengan mereka yang belum cukup seinci pun dikenali. Benar… kadangkala ‘tuduhan’ melulu itu mengena. Benar itu pandangan kamu… siapa peduli?! Mencerca… fitnah dan berprasangka… menyulam kata nista dan memperlekehkan orang lain… oh ya… terlupa… kerana mereka punya hierarki tinggi, darjat tinggi, sekolah…eh… universiti tinggi, banyak betul ilmu yang dipelajari di tahap tertinggi… lagi?

jalan olah diawangan dan bertongkatkan langit… dagu naik ke awan… hidup kembang kuncup… oh ya… belajar mereka itu tinggi-tinggi, sampai bocor atap… tegur sikit sentap, orang bijak pandai…mana ada salah silap… semuanya pasti mantap… eh ..itu kan juga pandangan merangkap andaian serkap jarang… kurang?

belum datang payah pada mereka… belum hadir sukar dalam kamus mereka… belum tiba sengsara di kehidupan mereka… oh ya… mereka orang ‘dewa-dewa’ jatuh dari kayangan… yang layaknya hidup di ‘syurga’ , kenapa perlu payah, susah, sukar dan sengsara… ada pacal – pacal yang boleh menanggung beban… mereka hanya perlu menunggu buah jatuh melata… lalu dipersembah katakan sahaja itu lelah mereka… eh.. kata aku, “galas di atas pundak empunya jasad” …

bh-murung-1

Pandangan itu tidak akan berubah kalau hanya baring dan setempat dari tempat yang tinggi ataupun rendah. Yang tinggi dan rendah bukan penentu akhlak mulia. Yang tinggi tak semestinya jahat dan yang rendah tak semestinya cacat… pandangan itu kekal jika hanya emosi tak terkawal menjadi bekal… hipotesis awal walhal baru seperenggan dari kitab tebal… eh.. sudah barangkali mereka melihat loh mahfuz…

bh-murung-2

Mentafsir selirat sikap sudahnya pasti berkecamuk… harap saja tidak mengamuk walau ada gigitan nyamuk…

hidup orang lain usah dianggap enteng semudah mengerumukkan kertas yang diconteng.. kerana dua kali pandang, kamu, mereka, dia, kau dan aku… kita semua insan biasa…

aah… otak sarat dengan pintalan ayat dan rangkaian cerita yang yang perlu dinyahkod…  dunia ‘inception’

p/s : ada lagi selepas tsunami…? bukan di pertengahan…mungkin hujung…

Share

Gadis CantiK ?

Share

Wow! cuba tengok gadis cantik dan comel tu… sejuk mata melihat. Senyuman yang manis, lirikan mata menggoda, lenggok tubuh memikat… menggiurkan (istilah untuk mereka yang otak kaler oren). Kecantikan luaran itu sekarang menjadi buruan jejaka yang mencari cinta mata (cinta pada paras rupa). Tidak kurang juga mereka yang cantik ini menjadi ikon tarikan kepada produk dan hiburan. Siapalah yang tdk suka tengok gadis / wanita yang cantik… tipulah! Tapi kalau setakat suka tengok dan menghargai kecantikan perawan dan wanita itu boleh, tapi bukan suka2 hati mau jatuh2 cinta, mempermainkan,memperlekehkan, membuat onar kepada si lawa. lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah punya pasangan hidup sendiri, jangan mau menggatal…uhuk…uhuk… terbatuk plak… hehehe

(Taylor Swift, Mary Elizabeth Winstead, Emma Watson, Jessica Alba) omputih

Lain orang, lain minat dan tafsiran mereka tentang gadis cantik. Kenapa cantik ? kerana ia memberikan kepuasan psikologi dan naluri. Setiap perempuan mahu menjadi cantik… Aku sempat mengedit dan menggumpulkan beberapa gambar gadis / wanita cantik ni. Mereka adalah pilihan aku, maka kalau ada yang korang rasa tidak berkenan… tak dapat den nak nolong eh. Cik adik / kakak manis semua ni punya kelebihan masing-masing. Aku buat beberapa kategori:- gadis cantik, menarik, lawa, cewek kiut, comel, mengancam, ayu dari omputih, Jepun dan Korea…

(Yumi Sugimoto, Ryoko Hirosue, Masami Nagasawa, Horikita Maki) Jepun

korang rasa, apa yang membuatkan seseorang awek itu cantik? adakah disebabkan matanya kah, hidung kah, bibirkah, rambutkah, bentuk badankah, suaranyakah, gigikah… Ataupun cara mereka berpakaian dan berfesyen? Kalau di ikutkan semua mahukan pakej yang lengkap… kena tanya sama itu hud-hud…

(Yoona, Han Ga In, Son Dam Bi, U-ee) Korea

Oh yeah! Gadis cantik bukan hanya terhad kepada mereka dari luar negara. ‘Khazanah’ (ewah…) wanita lawa juga tak kurang hebatnya di negara kita sendiri. Cuma mungkin awek kiut kita kurang menyerlah. Maksudnya kurang dipasarkan di media tempatan mahupun antarabangsa. Tengok strategi pemasaran Jepun dan Korea. Artis2 mereka semakin berkembang sayapnya, bukan setakat jadi jagoan di gelanggang sendiri. Fuh, tentang isu kehebatan artis Korea dan Jepun ni kena buat topik lain… hehehe

(Siti Nurhaliza, Maya Karin, Nabila Dally, Lisa Surihani) Malaysia

Dalam seantero dunia ni, sesuatu yang cukup sempurna sifatnya sukar untuk di cari. Manusia…ada sahaja khilafnya. Rupa cantik, anggun dan lawa… tapi perangai sedikit tersimpang. Eh, aku tak maksudkan mereka yang ada dlm gambar dlm ni tau, tak pepasal karang ada yang amek hati dan mau menyaman plak…ahaks. Aku maksudkan semua umat manusia di muka bumi ni. Lelaki, perempuan atau mereka yang di perantaraannya… pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Tapi yang lemah dan kurang tu boleh diperbaiki dan dikasi kurang lagi… biarlah kita tak secantik, tak sekacak mana… yang penting hati mau baik, adab kena sopan dan tutur biar elok.

Biarlah cantik luar dan cantik dalam…

Salam manis cik adik cantik ~_^ tata…

p/s: kemaskini di blog lain… (klik gambar) kalau korang rajin, jenguk2 lah yeak…

——————————————————————————————————————-

GADIS CANTIK : AKU SAYANG DIA

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD