Tag Archive: PaNggUng KitA

Maka : Hikayat Merong Mahawangsa

Share

Berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa tadi… fuh! Lima jari aku bagi naik… eh, alamak… terlebih sudah. Kamurang sudah tengok ka belum? Untuk meraikan kreativiti dan pembaharuan dalam industri perfileman tempatan… Hikayat Merong Mahawangsa terletak dalam kategori wajib tonton. Itu pendapat aku… mau aku kasi cerita sinopsis cerita ni? kekeke… tia la siuk nanti kamurang meninguk di panggungkan. Disebabkan oleh pihak panggung yang canggung tadi, sound filem tu kedengaran terlalu kuat… sehingga ke tahap yang tidak menyelesakan… ganggu fokus…

Dari segi jalan cerita, kisah epik ini sedikit tersimpang dari genre epik seperti Spartacus, Cleopatra , Troy dan yang sewaktu dengannya. Kenapa? penceritaan yang sedikit bercelaru dengan sesekali hilang fokus. Naratif pantas di awal babak, sepantas montaj ringkas yang singgah di Rom dan China… Suara si tukang naratif ? macam tia siuk di dengar…  Hikayat Merong Mahawangsa dibayangi kisah cinta ekspres Putera Rom si Marcus dan Puteri China… bukan Ching Ching… Kisah seteru Pak Kesum dan Taji (geng Garuda) juga punya kisah untuk diceritakan… Kisah ibu Merong, Lang lakonan Umie Aida juga punya ruang untuk dikembangkan… Kita kehilangan separuh dari cerita hidup Merong Mahawangsa… cerita ni… macam tidak mau disambung lagi…

Babak -babak ? wow! Babak pertarungan menarik dan banyak. Aksi tempur yang tidak terlalu kaku. Darah berpercikan secara berleluasa… hehehe.

Babak romantik ? sedikit menjadi… babak lawak… banyak, dan memang menarik… satu panggung boleh gelak.

Stephen Rahman Hughes ( Merong Mahawangsa ) dan Gavin Stenhouse (Marcus) punya keserasian dan berdialog dengan begitu lancar dan pro sekali. Khir Rahman (Kamawas) dari puak Garudajuga punya lakonan yang mantap. Babak yang pasti penonton tak boleh lupa bila Kamawas cuba ambil kesempatan dan mahu ‘bersuka ria’ dengan Puteri China lakonan Jing Lu…( lawa jua aweks ni). Babak Jing Lu mandi macam bogel dalam filem ni mungkin akan mengundang kritikan dari mereka yang berfikiran ‘jauh’.. alahai…

ok..apa lagi aaa… oh ya! kualiti CGI dan syot filem? … alamaks! betullah… untuk sesuatu yang epik, teknik CGI yang biasa-biasa bukan tia bulih pakaitapi kena brush up lagi… proses pewarnaan filem dan efek… kadangkala terlalu kelam dan ketara … untuk punya syot menarik, sesuatu yang lebih realistik akan lebih memantapkan sesebuah filem epik… perahu, tongkang, kapal layar… senjata… dan juga bala tentera serta kostum dan aksesori lain… harus sepadan dan ‘cantik’ serta sesuai mengikut zaman tersebut…. kalau budget filem ni dalam 20 juta… rasanya, banyak lagi yang boleh buat…

tapi itu pendapat aku… korang tengok dulu… dan aku mungkin mau tengok sekali lagi… nanti…

harap2 akan ada versi yang panjang…. versi yang lebih menarik… dengan potongan antara babak yang lebih smooth…

oh… ayat aku hampir tunggang langgang… kemengantukan melanda… dan jari jemari masih mengetuk keyboard…

p/s : eh… lama tak update.

Share

Nama Gadis itu Nabila …

Share

Nama gadis itu Nabila… Nabila Ali Dally…

Nabila dan pelakon-pelakon drama Qalesya .(gambar hakmilik: Elfira)

Isk… manis plak dia pakai baju sekolah… nak ngorat bleh? boleh tak ? bolehlah…sikit jak  (ouch! kena cubit plak oleh tunang tersayang…ngehehe)




“Siapa mama paling sayang? Anak sendiri atau sampah ni!? Shakira atau Qalesya!? Mama pilih !” woah, tu antara dialog tak bleh tahan dalam Qalesya Musim Kedua ni. Eh! kenapa plak aku mau buat entry ntuk si gadis manis dan seksi ni?. ..hahaha. Ala… kena promote sket sumandak dari Kota Kinabalu, Sabah ni.

29hb September 2010 ni nanti genaplah umur Nabila ke angka 19 ( muda lagi rupanya… dah masak ranum…~_^) . Tak payah lah kamurang kira. Tarikh Lahir si Nabila atau Nabilah Ali Dally ni ialah 27hb September 1991. No Kad Pengenalan? isk… tak payahlah kan…

Shakira dan Qalesya : Elfira Loy dan Nabila Daly (gambar hakmilik: Elfira)

Tak pasti betul atau tidak , Nabila telah berjaya dalam sesi ujibakat/temuduga untuk kemasukan Diploma Aswara di Fakulti Teater dan tarikh pendaftaran pada 18 Julai yang lalu. Belajar sambil bekerja sebagai pelakon dan model. Tak lama lagi ‘kaya’ lah cik adik ni.

Tak sia – sia dia dapat no. 4 dalam rancangan Pilih Kasih musim Pertama dulu. Sejak tu rezeki asyik datang bergolek. Dari satu drama ke satu drama seperti Sutera Sebalik Wajah – watak Carol (cerekarama @ Tv3) , Aalia – watak Suzan ( Astro Prima ), Qalesya – Shakira (Astro Prima), Jangan Bunuh Matahariku (RTM) dan Hati Liya… kalau tak silap Nabila Ali Dally juga sedang dalam proses penggambaran drama/filem dengan Felix Agus. (kena update nanti ni… tak pasti drama atau filem..dan tajuknya).

Bah! siapa yang tahu alamat rumah si Nabila Daly ni di KK, ramai-ramai kita pigi beraya di rumahnya… ahaks!

* Kalau jadik kekasih gelap bleh?

(ouchhhh! kena cubit lagiks !)

Share

Qalesya Musim ke Dua

Share

“Ada satu yang hilang , didalam hatiku. Mengusik lara hati . Saat menginginkanmu, terapi luruh jiwaku. Sejak kau pergi, dan aku hanya diam. Biarkan kau menghilang, dan untuk selamanya. Kini haruskah aku sendiri…Tanpamu lagi…Temani aku. Lihat hatiku merintih diri…Menantikan mu…Dalam pelukanku”

“eh, itu kan Qalesya !” . Ingat lagi tak dengan Qalesya? Yup ! Qalesya musim kedua kembali lagi di bulan Ramadhan tahun 2010 ni. Qalesya musim terbaru ini akan bersiaran dalam 20 episod di Astro Prima dan episod pertama telah disiarkan pada 9hb Ogos yang lalu. Peminat siri si gadis manis ni bolehlah mengikuti siri ini dari Isnin hingga Khamis pada jam 9.00 malam dan kepada jejaka yang sembahyang terawih, bolehlah tengok siaran ulangan pada pukul 5.30 pagi atau 06.30 petang.

Kali ini persekitaran cerita berubah dengan Qalesya dan Muhammad serta rakan-rakan berada di sebuah Sekolah Menengah biasa. Manakala Syadat dan Comel masih bersekolah di sekolah agama. Suasana baru dengan cabaran baru. Sinopsis cerita ada di bawah.

Nurul Elfira Loy (Qalesya)

Pelakon- pelakon untuk Qalesya season 2 (two) ~ (aiseh… omputih plak) woah! Macam ada sedikit kejutan. Adik beradik Nurul Elfira Roy (Qalesya) iaitu Nurul Ezlisa Loy (Melly) dan Ahmad Ezzrin Loy (Harun) turut membintangi Qalesya 2010. Satu lagi watak utama, iaitu Shakira yang dilakonkan oleh Nabila Dally, gadis cun dari Sabah yang pernah mengikuti program Pilih Kasih. Watak terdahulu seperti Mustafa ( Haji…haji…haji…Mustafa) lakonan Ahmad Zaidyansjah, Sadat (Amirul Aiman) dan Comel (Hazahatul Qhuraisha Hazali) masih lagi dikekalkan. Lain-lain pelakon tambahan, Eric Fuzi, Badrulshah dan Chomat Samad.

Addy Asraf (Muhammad)

Nurul Ezlisa Loy ( Melly) dan Nabila Daly (Shakira)

Ahmad Zaidyansjah (Mustafa) ~ orang Sabah rupanya dia ni…

Amirul Aiman (Sadat)~ macam penjahat tapi macam tak… ades

Hazahatul Qhuraisha Hazali (Comel)~ kawan Qalesya yang suka makan …hehehe

Setakat dua episod yang lalu, kita diceritakan tentang perkembangan Qalesya dan rakan-rakan selepas cuti di Sekolah Agama. Untuk episod – episode yang seterusnya, pasti kita akan disajikan dengan lebih banyak ragam dan keletah budak-budak ni. Aduhai… haji haji haji Mustafa! Dan Sadat… kiranya dorang ni penyeri cerita ni dengan tahap lawak peringkat ke tujuh dan Shakira,Qalesya dan Melly merupakan pemanis dalam cerita ni… owh! Nabila Dally lawa la ( eh..aku puasa la!)

Sinopsis Cerita : (dari Astro) – Jangan baca kalau tak mau ke’suspen’an hilang! ~_^

Qalesya bekerja sebagai pembantu am di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, menggantikan tempat ayahnya, yang sedang sakit. Di sekolah itu, Qalesya turut mencuri peluang untuk belajar di luar kelas. Di samping itu, Qalesya turut mengajar mengaji secara separa masa untuk mendapatkan wang tambahan. Semuanya dilakukan demi mencari wang tambahan untuk menampung kos perubatan ayahnya. Namun, kehidupan Qalesya yang sememangnya sudah sukar itu, dibebani pula dengan kehadiran Shakira.

Shakira merupakan anak orang kaya yang belajar di sekolah itu. Shakira benci dan cemburukan Qalesya, kerana pelajar-pelajar lelaki di sekolah itu lebih meminati Qalesya. Masalah bertambah rumit apabila Shakira berkenalan dan jatuh hati pada Mohammed. Selepas mengetahui sejarah perhubungan Qalesya dan Mohammed, Shakira sanggup melakukan apa saja untuk memisahkan mereka. Akibatnya, Qalesya sentiasa menjadi mangsa bulinya.

Demi persahabatan lama, dan janji mereka kepada Tuan Haji Abidin, Qalesya and Mohammed turut mencuri peluang melawat kawan-kawan mereka di sekolah agama itu. Semasa berada di situ, pelbagai pengalaman dan adventur baru menanti mereka.

Namun, semua pengalaman ini tentu tidak dapat menandingi kejutan yang Qalesya terima daripada Mak Salmah (ibu Shakira). Mak Salmah amat mengagumi bakat dan sikap Qalesya, lalu telah mendaftarkan namanya untuk sebuah pertandingan berunsur keagamaan. Mohammed terus memberi galakan kepada Qalesya sehingga akhirnya, dia berjaya menjuarai pertandingan itu.

Amacam? Selepas baca sure korang rasa nak tahu lebih kan… hehehe. Tunggu jaklah siarannya, jangan lupa yeak. Astro Prima, Jam 9 malam , Isnin hingga Khamis. Ulangan pada 5.30 pagi dan 06.30 petang.

Insya Allah, aku akan kemaskini cerita / ulasan siri Qalesya musim kedua ni. Nabila Dally kat hujung kanan tu… aiseh, meruntun jiwa tul… meooow!

Oh ya! Tajuk lagu OST Qalesya tu ada orang cakap Pelangi Kehidupan. Tapi siapa penyanyi nya? Erm…

nak baca ulasan Qalesya Musim Pertama ? kat SINI

p/s : Banyak gak program yang menarik untuk tontonan di bulan Ramadhan ni. wah… pasti siuk! Panjang berjela entry aku kali ni…atukui! memang sedaaap!

catatan: Sebahagian dari gambar adalah hakmilik saudari Elfira Loy aka Qalesya sendiri.

Share

Hikayat Merong Mahawangsa

Share

….Setelah dilihat oleh burung garuda tuan puteri itu duduk di dalam taman memungut segala bunga-bungaan dan buah-buahan, lalu ia pun terbanglah pergi menuju kepada tuan puteri itu ke dalam taman. Serta sampai lalu disambarnya tuan puteri itu dengan mulutnya serta digenggam dengan kukunya yang kanan. Maka mak inang tuan puteri serta dengan kundangnya seorang budak perempuan, maka keduanya itu disambar dengan kukunya kaki kiri digenggamnya lalu dibawa terbang mereka itu menuju ke Pulau Langkapuri, halanya itu ke sebelah laut selatan(petikan Hikayat Merong Mahawangsa:kajian oleh Prof.Dato’ Dr. Siti Hawa Hj Salleh)
Hikayat + Mitos + Lagenda + Sejarah , itulah yang boleh ditafsirkan bila berbicara tentang Merong Mahawangsa. Ada yang ‘bengang’ kerana kisah Merong Mahawangsa dikarang oleh penulis dahulu kala mengikut acuan Hindu , kononnya penuh dengan fiksyen , tahayul dan ‘sesat’. Usah dihitung kira melankolik sesebuah penulisan itu , kerana itulah yang menjadi nadi dan penyegar sebuah kisah, seperti melodi yang dialun dengan merdu penuh lenggok dan tarinya….
fuh…kalau teruskan panjang berjela ayat aku ni…Untuk versi hikayat , pandangan dan ulasan akan aku buat satu rencana yang berbeza… hehehe.. kali ni fokus ntuk filem…
Syabas ! Syabas kepada KRU Studios kerana sanggup memerah keringat, kudrat dan bajet untuk menghasilkan sebuah filem Epik : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA atau dalam bahasa inggerisnya The Malay Chronicles : Merong Mahawangsa dijangka ditayangkan pada 30hb September 2010. Korang dah tengok ‘trailer’nya… bila dah selesai tengok, aku rasa teruja dan bangga kerana karya itu hasil usaha anak tempatan. Kita memang boleh bersaing di peringkat global! yeahhh…ini termasuk dalam kategori Wajib Tonton!

Antara pelakon yang terlibat ialah Stephen Rahman Hughes, Jing Lu (China), Gavin Stenhouse (United Kingdom), Henrik Norman (Sweden), Keith Chong (Hong Kong), Craig Fong, Dato’ Rahim Razali, Kuswadinata, Vanida Imran, Khir Rahman, Jehan Miskin, Rave Sunderlingam, Cico, Cat Farish, Deborah Henry,Wan Hanafi Su, Mano Maniam… dan ramai lagi eh…

70 % penggunaan bahasa inggeris manakala 30% bahasa Melayu klasik dan Cina. Sesuatu yang mungkin akan menjadi isu yang cuba di’hangat’kan oleh sesetengah orang apabila filem ini ditayangkan kelak. Soal siapa hero dan pelakon pun pasti akan diperkatakan, kenapa tak ambil saja pelakon-pelakon Malaysia secara keseluruhannya… tak ada yang berbakatkah?..hahaha.. soalan berbaur ‘minda dalam kotak’ ni bukan tak boleh, tapi… Karya seni itu subjektif…
Koordinator stunt dan aksi ialah Man Ching, beliau pernah bekerja untuk produksi seperti The Police Story, Shanghai Knight dan Hellboy 2. Maka sahihlah banyak adegan aksi pasti akan menjadi santapan penonton nanti.
Apa pun… Kita tunggu filem ni keluar di panggung ! lepas tu baru boleh ulas lebih-lebih.. hehehe
————–

INFO FILEM:
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Penerbit : Norman Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Skor Muzik : Edry Abdul Halim
Penulis Skrip : Amir Hafizy
Mekap / Kesan Khas : Mas Hashim
Kostum : Rosada Abdul Hamid
Set/Props : Fab Lane Sdn Bhd
Pengarah Fotografi : Md Noh Kassim
Pengarah Seni : Kok Ting Lam / Anuar Baharuddin
—-
Takkan Malaysia hilang di dunia…
Share

Jersi No Sepuluh 10

Share

Siapa yang minat bola angkat tangan ! (ala..che adik-adik manis tu tak suka?) Kalau entri yg sebelum ni aku cerita tentang Qalesya , kali ni nak cerita tentang yang budak lelaki lucky minat plak.. BOLA SEPAK ! wah , aku amat teruja dengan dengan drama bersiri 10 di ASTRO Citra ni(aku tak di bayar untuk menulis entry ni tau..!) Apa yang tambah aku suka ialah teknik penggambaran dan kualiti video yang superb! macam betul2 tahun 80 an ooowh! Bila kali terakhir korang tengok drama tentang Sukan oleh penerbit kita ?
Aku suka dengam semangat kesukanan dan peribadi Riduan lakonan Beto Kusyairy. Watak tu amat sesuai dengan Beto , sebab dia pun memang minat main Futsal. Gaya dan kelincahan dia memang macam real ! Babak – babak perlawanan bola dalam cerita ni best ! waktu perlawanan Selangor menentang Singapura untuk merebut Piala Sultan… nampak meriah , asli dan menaikkan semangat . Cinta bola sepak ! Cerita macam nilah yang kita perlu untuk memartabatkan semula bola sepak negara. Penyuntik semangat kepada anak-anak muda generasi kini untuk ‘bermain bola sepak’ dengan penuh integriti dan bukan ‘main sepak – sepak’
Semangat owhhh!
PLOT CERITA dalam slot Suatu Ketika di Astro CITRA:
Kisah perjuangan pasukan Selangor sekitar tahun 80-an yang mengejar impian untuk merampas kembali Piala Sultan yang telah dimenangi oleh Singapura. Kekalahan mengejutkan itu berpunca daripada beberapa pemain yang menjual permainan , dalam erti kata lain…di rasuah untuk kalah. Riduan (Beto Kusyairi) pemain selangor yang setia dan Harith (Norman Hakim) pengurus Selangor mengesyaki berlakunya kepincangan pasukan disebabkan rasuah itu.

Harith tekad untuk memecat separuh daripada pemain dan juga jurulatihnya kerana mahu membina semula pasukan Selangor yang bersih dan mempunyai jiwa bola yang kental untuk memenangi semula Piala Sultan. Riduan turut menyokong Harith.
Setelah gagal mendapatkan sokongan daripada beberapa pemain yang mereka jemput untuk menyarung jersi Selangor , mereka beralih kepada pemain-pemain muda daripada kampung dan estet. Adakah Harith dan pasukan barunya akan berjaya menjulang Piala Sultan? dan apakah lagi cabaran yang akan mereka hadapi? saksikan di TV berASTRO yang berdekatan dengan anda … hehehe
pelakon:
Beto Kusyairi – Riduan (aku suka tengok cara dia berlakon.. berkesan !)
juga berlakon sebagai watak Rosli Dhoby dalam Slot Suatu Ketika – Warkah terakhir
lain-lain pelakon – Norman Hakim , Radhi Khalid , Anding Indrawani , Cheryl Samad , Intan Ladyana (kiut dia dlm citer ni…hehehe) dan ramai lagi
terbitan POPIAH PICTURES
(wah! bila aku pi website dorang..memang cool! dan ganjil… cuma tak update..ades..cuba korang masuk)
———————————–
rasanya tak lengkap kalau tak cerita sedikit tentang Lagenda Bola Sepak Negara yang menjadi tunjang bagi jalan cerita 10 ni. Walaupun Astro ada nyatakan , cerita ni tak ada kaitan dengan siapa2..tapi pada asalnya idea itu bermula dari dia.. jersi no 10
(sila klik nama untuk ke link biodata beliau)


p/s :ayuh bangun pasukan Malaysia ! 2014 dan 2018 untuk layak ke Piala Dunia !

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD