Tag Archive: PESANAN SOSIAL

Bikin Masalah ! Selesaikan…

Share

Berapa kali kita sering berada dalam situasi TAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH dan kesusahan yang tidak berkesudahan. Acapkali kita buntu. Tiada petunjuk.Tiada pilihan. Tiada Penyelesaian

Tekanan bila menghadapi sesuatu seperti itu membuatkan diri terasa lemah dan dihantui tekanan. Semuanya serba tak kena dan mula berangkai. Hidup terasa umpama satu penyeksaan.
Tunggu ! Aku bukan mahu bercerita tentang hidup yang sengsara, tiada harapan dan hanya menanti MATI. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bak kata Jojo dalam Tasbih Cinta, “Aku sayang banget ama kamu Bella, aku tidak akan pernah mengalah”…(eh…iklan plak)
Ini penulisan yang panjang (berlatih bah ni). Harap ada yang sanggup membaca sehingga noktah terakhir.
PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF 

Optimis dan bukan pesimis. Itulah kata kunci utama untuk menyelesaikan masalah. 
1. Mungkin kenapa kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita adalah kerana kita tidak benar-benar mendalami dan mengenali masalah itu. Tak kenal, maka tak cinta (sekali lagi lari tajuk). Contoh, Masalah Kewangan- itu perkara pokok. Apabila berfikir tentang duit, kita mula runsing dan pening. 
Pendekatan yang seharusnya adalah, menyenaraikan perkara – Kenapa ada Masalah Kewangan?
a- Perbelanjaan hidup / keluarga / tanggungan yang banyak
b- Banyak Pinjaman ( rumah/ kereta/ peribadi)
c- Bil utiliti tinggi ( air/ elektrik/ telefon/ astro/ internet)
d- Kos pengangkutan / minyak 
e- Kos hiburan (wayang, makan di luar, percutian )
f- Diberhentikan kerja / mengganggur / gaji tak cukup
g- Ketagihan  (ops…bukan setakat dadah, ketagih Coke pun ada la, ketagih baiekkk punya)

ok..kalau nak senaraikan semua memang banyakkan… ~_^ (contoh pun panjang sudah ni)

Selesai menyenaraikan punca-punca masalah. Tulis di atas kertas / dalam buku . Agar mudah untuk dirujuk semula dan mengetahui status penyelesaian masalah.
2. Kebiasaannya orang akan terus kepada penyelesaian utama.

“Aku MESTI cari kerja yang boleh dapat gaji banyak”
“Aku KENA buat kerja sampingan atau banyak kerja sekaligus”
“Aku MAHU buat pinjaman bank / along untuk selesaikan semuanya”
ataupun penyelesaian mudah~ “Aku perlu MEROMPAK / MERAGUT” (yang ini jangan buatlah!)
Tidak salah untuk terus kepada perkara yang dominan,tetapi ia hanya akan menambahkan lagi masalah anda.

Cari keutamaan dalam punca masalah dalam senarai anda tadi. Tuliskan cadangan penyelesaian untuk setiap satunya. Membaca atau cari penyelesaian melalui buku, majalah dan internet. Tonton rancangan berbentuk motivasi dan yang berkaitan. Pasti ada banyak kaedah penyelesaian masalah anda.
Ingat jangan menyelesaikan kesemua punca masalah sekaligus. Selesaikan mengikut keutamaan dan satu persatu.”Step by step” seperti dendangan lagu New Kids On The Block. (^_^)
3. “Dua kepala lagi bagus dari satu” . Sentiasa bersikap terbuka dengan pendapat dan nasihat dari orang lain. Bincangkan masalah anda dengan seseorang yang anda percayai (ibubapa, suami-isteri, abang-kakak-adik,kawan,teman lelaki-wanita). Kalau perlu dan punya kewangan yang kukuh (untuk kes bukan masalah kewangan) boleh berjumpa pakar kaunseling / motivasi.Tidak semestinya mereka dapat memberikan penyelesaian secara total, tetapi sedikit sebanyak akan dapat memberikan buah fikiran dan idea bernas.
4. BERSABAR dan tidak perlu kecewa, berang atau putus harapan. Masalah takkan dapat hilang sekelip mata. Dua kelip…mungkin…hehehe
5. BERDOA dan BERTAWAKAL (berserah kepada Tuhan disertai dengan usaha)
p/s: Tiba-tiba pula jadi entry berkaitan motivasi. Kenapa ni? memotivasikan diri sendiri agaknya…ahaks.[ok..noktah terakhir]
Share

Aku SAMPAH ! Kamu MULIA !

Share
Semua orang pada satu ketika dalam hidupnya, pernah bermimpi untuk menjadi seorang yang istimewa dan seorang yang penting. Siapa yang tidak pernah mahu menjadi juara, dan berapa kali kita berharap untuk punya harta menggunung, menjadi seorang yang kaya dengan kejayaan dan sentiasa bahagia dalam perhubungan .
Seringkali kita bermimpi dengan angan-angan yang besar dan punya aspirasi mengenainya. Tetapi impian itu hanya tetap satu mimpi, dan aspirasi seperti debu-debu yang berterbangan… tinggal harapan.
Inilah saat-saat yang perit dalam hidup kita. Apabila kita telah menyedari bahawa kita telah terjebak dalam rutin-rutin hidup berulang, dari hari ke hari berganti ke bulan dan tahun. Membosankan! Hidup hanya untuk kekal wujud…
Tetapi kamu tahu atau tidak? Hidup akan lebih bererti jika kita meletakkan sasaran dalam hidup… setinggi mana? Itu urusan akal dan hati…hidup perlu ada MISI 
Mustahil lah! ya… itulah slogan bagi mereka yang berputus asa. Sering ditokok tambah pada fikiran kata-kata seperti, “Aku tidak dapat melakukannya”, “Susah ni”, “Tak ada siapa pun yang dapat lakukannya”. Jika semua orang punya cara berfikir sebegitu, maka kita sebagai manusia tak akan berada di kedudukan kita sekarang ini. Hidup dalam dunia serba maju dan berteknologi, kerana adanya inovasi dan mereka yang menggunakan akal.
Qada dan Qadar ? Semua itu ketentuan Tuhan… Kata-kata sarkastik dan mulia dari mereka yang bijak pandai. Menyerah kalah sebelum berjuang. Setelah kita punya mimpi dan cita-cita, susuli ia dengan usaha dan doa. Usaha bukan sekadar sekali dan terus pasrah, kerana tak ada siapa yang tahu apa yang tercatat di Loh Mahfuz melainkan Yang Esa… 
p/s: Sila jangan buang SAMPAH merata-rata, kerana SAMPAH itu juga bakal menjadikan kamu merana di kemudian hari. Bencana alam, luka , berpenyakit dan mati… pilih mana satu yang kamu mahu.
Hairan dengan manusia dari golongan ‘langit-langit’ sehinggalah yang datang tidak di undang… Sampah ditabur seperti menabur benih. Berada, Segak , Kacak , Lawa dan Cantik… pakej cukup lengkap, tetapi bila bab SAMPAH… jijik dan tak mahu ambil kisah. Mereka yang dari golongan ‘beriman’ tak tinggal solat tidak terkecuali… kamu juga manusia… tidak ada markah tambahan untuk membuang sampah merata tempat. Atau buku pahala kamu sudah tebal dengan banyak amalam… ala…tak kisahlah… 
Kalau ada hukuman mati atau tembak untuk kesalahan membuang sampah merata tempat… 
aku akan SOKONG! (tidak mustahil… dalam masa akan datang)
(panjang dan emosi la plak…hahaha) ~_^
Share

Aku Anjing ? Atau Kau Anjing ?

Share

Bila berbicara tentang perikemanusiaan, ramai yang berkobar-kobar melaungkan bara kemarahan, benci dan mengeji. Para penzalim dikutuk, dihambat dengan sumpah seranah. Kalau masing-masing punya kuasa seperti ibu si Tanggang, maka separuh dari populasi dunia atau lebih dari itu akan menjadi monumen batu yang hanya tinggal sejarah. Eh, itu hanya retorik…

Hakikatnya, tidak ada antara kita yang sempurna. Bagaimana dengan -

Cinta Kepada Haiwan ?
Cinta Kepada Alam ?

Cinta Kepada Tuhan ?

Ini kempen CINTA ?
ya, sebelum terlewat… masih belum terlambat.
p/s : Melihat rentetan kisah Arwah Din Beramboi – Mior Ahmad Fuad Mior Badri di Cerita Artis Malaysia, terkedu dan kecewa bila mengetahui, rumah arwah dimasuki pencuri, selang beberapa hari selepas beliau meninggal dunia… aku kehilangan kata-kata….. manusia…
Share

Simpati…

Share

hidup
kehidupan
menghidupkan
terhidup
… penghidup

Share

Jam Bumi Berdetik … Dijentik Panik…

Share

Jam bumi berdetik lagi, kempen Earth Hour berlangsung hari ni. Tindakan yang dicadangkan ialah untuk menutup lampu selama sejam bagi menggelapkan malam yang gelita. Kesudahannya, ramai yang berapi – api dan berkobar-kobar konon menyahut seruan ni. Tapi fahamkah mereka – mereka ini apa tujuan kempen ni sebenarnya?… ada faham?
Lampu ditutup…tapi
Tv dipasang – nak tengok Akademi Fantasia katanya…
Laptop / PC ‘ON’ – berfesbuk dan bermafia war gamaknya…
Radio dinyalakan – untuk hiburkan hati waktu gelap…
naik kereta – nak round bandar katanya, tengok lampu kena tutup…
dan banyak lagi…. yang kononnya menyokong kempen Earth Hour 2010 ni..
Majlis – majlis besar diadakan di merata tempat… lampu terang benderang, orang ramai berpusu-pusu datang, sampah bertaburan, petrol dibakar bila naik kereta , amek kesempatan berdua-duaan di kawasan gelap… dan tutup lampu untuk sejam… kerana sayang bumi katanya…
sepatutnya… waktu gelap tu…
merenung bintang dan bulan, mendengar nyanyian riang cengkerik dan alunan merdu katak memanggil hujan… menghayati keindahan alam…
fikirkan, adakah aku penyumbang kepada pemanasan global?
adakah aku pernah membuang sampah sewenang-wenangnya?
Adakah aku menyayangi hutan? dan alam sekitarku?
Apakah cara untuk aku berbakti kepada bumi?

Tolonglah… hentikan kepura-puraan dan sikap talam dua muka

Tanpa Manusia, Bumi tetap akan Ada
Tanpa Bumi, Manusia?….

AKU SAYANG BUMI !
Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD