Tag Archive: SayanGi BuMi

Hari Raya Aidilfitri 2008 – cerita 1

Share

Salam lebaran dan salam Khamis ntuk semua ! hehehe…
yup, kali ni budakhutan mo update tentang Raya bebaru ni. Macam yang budakhutan bagitau sebelum ni, panjang cerita-ceritanya neh , jadi ada yang diringkaskan dan dibahagikan kepada beberapa cerita..hehehe. bulih bah tu kan…
Hari Raya Aidilfitri – Cerita 1
- Perjalanan balik ke Kampung !

Perjalanan balik kampung memang best, sebab bleh nampak gunung Kinabalu dan pemandangan bukit bukau serta kesejukan yang melampau sebab kamiurang jalan time petang sudah, target berbuka di Ranau bah tu . Perjalanan petang tu untuk ke Ranau okes jak , kenderaan pun kurang. kalau selalu tu , ades, panjang tul barisan. Lelebih lagi kalau ada lori kat depan…fuh, bukan lagi makan angin… makan asap… itam idung..hehehe

Sempat gak singgah untuk mengamek gambo Gunung Kinabalu , ada satu area tu memang best ntuk tangkap gambar…tapi banyak plak sampah yang dibuang kat area tu… ades! Sampai orang kampung kena letak papan tanda untuk larang buang sampah.. APA la nak jadi ni… Cubalah durang yang membuang sampah merata tempat ni pakai kebijaksanaan yang kena pada tempatnya… kan kalau bersih , negeri kita jugak… kalau kotor? nah..kita juga bah tu… bikin panas plak neh..hehehe… nanti bila kena pasang cctv / kena denda.. nah, baru mau marah marah… kotoh!…( aiseh..emosi plak)

orait! bila dalam perjalanan selepas Kundasang yang mau dekat dekat Ranau , dapat call yang keta pakcik Kuala Penyu ada masalah. Kitaorang pun sempat membeli-beli makanan di Ranau ntuk berbuka dan bekal skali ntuk dorang pakcik,makcik n kazen kazen… dorang ada prob di Km59 sebelum ranau, so maksudnya, kitaorang kena patah balik…

Kesian gak dorang , time kamiurang sampai sana, tukar bateri yang baru beli then sama-samalah berbuka sekali lagi… momom… Sorang lagi pakcik dari Kuala Penyu turut datang ntuk nolong , tukar fius..then okes! hahaha…dan kitaorang pun memulakan perjalanan semula…
dan… selepas itu, pandangan budakhutan mula kabur kabur… mata terasa pedih, dan badan rasa seperti di awang-awangan, kotak fikiran yang mulanya ligat berfikir terasa kontang dan kosong… sampai satu ketika… semuanya menjadi hitam… dan…ZZzzzzZ…( ngantuk daaa…..)
Ahaks, suspen jak kan, bah, nantikan cerita seterusnya dari budakhutan…

Share

KK FREEZE @ CITY MALL

Share

Freezeee !

wah… first of all , mo kena ucap terima kasih ngan Amie di MyLifeMyOwnTV , sebab bagi BudakHutaN kebenaran ntuk guna Gegambo dari blognya… hehehe.. tenkiu…tenkiu… konsikou…
Aiseh , mula mula tu aku pun terkejut gak bila baca cerita dorang yang buat program di sana sempena Earth Day…huhuhu. Sekali terbaca terlimpas sudah kio. tapi best jugaklah dorang punya program neh… Kalu tidak silap , dorang telah mem BEKU kan diri selama lebih kurang dalam 5 Minit …
orait… meh kita nengok lagi gegambo yang dipetik dari Blog saudari AmiE…

Mr.Edgar buat sedikit taklimat ringkas mengenai program neh
(kiranya dia lah yang master neh)

Bzzzz !

yang group photo neh adalah antara yang terlibat dalam projek kali neh… huhuhu… best best…

Heharap akan ada banyak lagi aktiviti yang best-best akan dibuwat oleh kengkawan kita untuk menyampaikan pesanan sosial ‘ Sayangi Bumi’ … ahakz…

Save Energy by Freezing People And Power

Share

KITAR SEMULA

Share
KITAR SEMULA !


fuh… Aku masih lagi meneruskan usaha menyampaikan mesej mesej penting neh.. hehehe. Bukan apa , tapi sia rasa perlu untuk peringatan diri sendiri dan kengkawan… kan. Nanti buring plak kamurang baca aku punya post kan…

worait lah.. make it simple…

semua orang dah tahu ( tahu meh?) apa itu kitar semula…
yup…secara ringkasnya mengitar semula sesampah yang ada untuk diguna semula mengikut kesesuaian. Kalau kita tak mau mengitar semula bebarang tu , kita bleh mengasingkan bebarang tu mengikut jenis nya. Kemudian blehlah hantar ke pusat-pusat kitar semula. Kalau nak dapat hasil – ‘pulus’ dari program kitar semula ni pun bleh gak… boleh jual…

ahakz… Ceriakan DUNIA kita

Share

Kita Satu KAPAL

Share
KITA SATU KAPAL

Yup… kita kat bumi neh umpama hidup dalam satu kapal. Kita semua berkongsi satu kapal. Kapal ini telah lama berlayar , berjuta tahun merentasi masa. Kita selaku laksamana , nakhoda dan kelasi yang mengemudi halatuju perlayaran ini. Jika kapal itu tidak kita jaga dan biarkan sahaja ia mereput , bocor sana dan sini serta penuhinya dengan sampah sampah yang bertimbun , di akhirnya kita sendiri yang terima akibatnya…
KARAM ? kita sendiri yang tentukan…

Marilah kita bersama – sama menjaga BUMI kita yang satu ini…

SELAMAT HARI BUMI

Share

TARZAN ! Tolong !

Share
TARZAN ! TOLONG!

Sungguh ironi bila kita tengok gambar di atas… Memang kita semua dah tahu dan sinonim dengan kehebatan brader Tarzan neh. Keupayaan dan kelincahan dia untuk meloncat dan bergerak dari pokok ke pokok menjadi trademark tersendiri.
Tapi , hari demi hari… bilangan pokok semakin berkurangan. Ditebang dek kerana tuntutan kemajuan yang dipropagandakan. Bukan hanya TARZAn yang kehilangan tempat ‘bergantung’ .. tetapi juga Flora dan Fauna yang akan PUPUS akibatdari tindakan MANUSIA.
Simboliknya… kita memerlukan pokok dan hutan hijau untuk bernafas… dengan jumlah MANUSIA yang semakin bertambah , bayangkan jika hanya sebatang pokok yang tinggal… Cukupkah oksigen untuk kita urang?

SELAMAT HARI BUMI

Related Posts with Thumbnails
Share

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD