Semalam aku dan dia bersendirian di dalam bilik ini. Kami hanya ditemani sinaran lampu suram limpahan cahaya dari lampu meja aku. Aku mengalihkan pandangan ke luar jendela , melihat sorot cahaya lampu jalan di kejauhan. Hujan yang turun semakin lebat dan bunyi rintik hujan yang menghentam atap zink rumah menjadi satu irama yang syahdu serta menghiburkan. Hembusan angin malam yang menenami hujan amat dingin , dan aku amat suka dengan kesejukan itu. Aku kembali memandang kearahnya sambil tersenyum , ada sesuatu yang tercetus di fikiranku…”aku harus mulakan..atau saat itu akan pergi begitu saja dengan sia-sia”
Aku mengenggam erat dia , tak mahu aku lepaskan… aku goyangkan dia ke kiri dan kekanan , sesekali aku goyangkan ke atas dan ke bawah. Detik demi detik berlalu , kedinginan malam itu memberikan aku kekuatan dan semangat… Cantik ? aku masih belum puas seperti ada yang kurang , aku gosok dan sapu… nikmat! aku suka dengan hasilnya. Aku melepaskan dia dan biar dia terlentang di situ.
“cantik jugak lukisan aku ni… kena perbaiki lagi beberapa bahagian” bisikku sendiri .Aku biarkan pensel itu terlentang di situ… bersebelahan dengan pemadam yang aku gunakan untuk memadam tadi…
—————————
Woah! jangan pikir bebukan weih..hahaha
tapi memang betul , itu yang aku buwat smlm.. melukis! ala, taklah pandai sgt pun. cuma melakar-lakar beberapa watak yang aku cuba ilhamkan dari novel – novel dan komik / manga yang aku baca… kira praktis lah tu. Yup, kamurang bulihlah tinguk keadaan atas meja pc aku , mungkin bulih juga kira SOHO lah.. Small Office Home Office .. ada buku / novel / kamus / majalah / komik dan manga serta beberapa barang koleksi aku.
kat Pc aku , kamurang bleh nampak ada wallpaper District 9. Di atas meja ada Utopia edisi 162 , kertas , pensel , dan pemadam ntuk melukis serta lain2 barang..korang boleh gak nengok lah apa yg ada.

Yup, aku sekarang nengah melayan baca koleksi cerita pendek karya Stephen King dalam Nightmares & Dreamscapes. Aku baru selesai baca Dolan’s Cadillac dan baru mula membaca The End Of The Whole Mess , dan ada lebih kurang 20 lagi cerita pendek dalam buku ni. Lenggok bahasa Inggeris yang si Stephen ni pakai memang awesome lah , dekat di hati pembaca , sempoi dan siap ada curse2 lagi , kira macam perbualan harian tu, tapi kalau novel atau karya kita camtu..rasanya tak ada yang support, kena maki ada! opss.. bukan tak ada ya , ada jugak tapi mesej politik yang byk sangat … dan sebab baca cerita si Stephen ni lah yang buwat aku ada kamus tebal bagaks kat atas meja tu.. sila tengok gambo yang atas-atas yeak.. ala , english aku berterabur , ntuk mengimprovekan diri , kenalah buat camni… hahaha …
sebahagian dari koleksi komik , ni yg ada kat tepi meja , sebab baru beli dalam beberapa bulan lepas dan yg terkini… tu yg kat tepi meja tu.. lain-lain koleksi komik , nun di bawah tangga , banyak lagi woooo! mak..jangan marah aaa… bila hitung kira duit yg digunapakai ntuk komik / buku / novel..fulamak…banyak…siut! bleh buat deposit kereta…hahaha…dan kamurang bleh nampak juga koleksi barang2 yg aku kumpul tu kat tepi tu… kereta Ferrari dan tin – Tin Cola dan kalau kamurang bleh nampak , ada patung Fox Mulder aka X Files Agent kat blakang2 tu.. hadiah dari GempakStarz satu ketika dulu , aku pun tak ingat ntuk pertandingan apa…
dan kalau korang perasaan , ada buku ngan tajuk ‘Handbook of Firearms and Ballistic” di atas meja tu. Eh , jangan kamurang ingat aku terrorist …sudah! Aku pinjam dari library jabatan sebagai rujukan ntuk ‘projek’ aku… jeng jeng jeng… projek apa? jual senjata haram ? seludup senjata api ? wooooo… kena masuk ISA aku karang.. hehehe… aku blum bleh ckp, kena siap dulu, baru bleh bagi tau…
panjang jugak aku membebel dalam blog kali ni… dah tu cerita pasal diri sendiri plak.. tak kesahlah , tapi… perkata aku jadikan ini satu TAG..hahaha
TAG – SILA AMek GamBo Meja Kerja / Study Korang dan ceritalah tentang meja korang tu..
dan orang bertuah ( erk…bertuah kah mereka? )
1. C.AlV.B di http://alv0808.blogspot.com
2. Che Liza Razak di http://www.lizarazak.com
3. Che NeoruL di http://neorul87.blogspot.com
4. Zara di http://shafaza-zara.blogspot.com
5. Mell F di http://ensabie.blogspot.com
6. Adry di http://www.adrysabry.com/
yup , 6 yang bertuah…hahaha
tapi geng , ni bukan paksaan bah , kalau rasa2 malas… kasi limpas sija aa..
sia sija mau tinguk meja kamurang bah… hehehe
kalau rajin..kasi tag lagi urang lain…