Tag Archives: Yangkusukakusuka

HELLO STRANGER

Bertemu dengan seorang gadis comel dan kiut atau berjumpa seorang jejaka kacak dalam sebuah percutian dan kemudian terbitnya bibit cinta mungkin merupakan kisah impian setiap remaja. Lebih – lebih lagi jika percutian itu di Korea Selatan. Wow! begitulah lebih kurang cerita cinta percutian aka Komedi Romantis dari Thailand yang bertajuk Kuan Muen HoHello Stranger. Alih bahasa langsung ~ Hello Orang Asing (macam lain plak bunyinya!)
Cerita ini mengenai dua anak muda daripada Thailand yang saling tidak mengenali antara satu sama lain, bertemu di Korea Selatan dalam percutian masing-masing.

Si Gadis, May (nama samaran)- dilakonkan oleh Neungthida Sophon bercuti ke Korea Selatan dengan membohongi teman lelakinya, yang dia ke sana bersama dengan rakan wanitanya untuk menghadiri perkahwinan rakannya.
Dalam percutian impiannya ini dia menjejaki beberapa lokasi yang ada dalam beberapa drama bersiri Korea seperti ‘Coffee Prince’ dan ‘Winter Sonata’.
Sekali pandang wajah ayu awek ni persis orang Korea Selatan tu… wah…saranghae~

 



Si Jejaka, Daang (nama samaran)-Dilakonkan oleh Chantavit Dhanasevi bercuti ke Korea dengan harapan untuk bertemu dengan bekas kekasihnya. Percutiannya agak kelam kabut kerana tidak ada persediaan rapi… dia mabuk! mujur pada awalnya dia mengikut rombongan pelancong.

Dengan jiwa yang kacau dan kemahiran berbahasa Inggeris yang lemah membuatkan dia mengalami kesukaran di Korea Selatan.

Sekali imbas, wajah si tampan ni pun macam muka lelaki Korea… isk!

 


Kemudian takdir telah menemukan mereka dalam satu kejadian yang unik. May rasa kasihan dan terpaksa membantu Daang yang mengalami masalah komunikasi dengan warga Korea. Lebih-lebih lagi setelah Daang ditinggalkan oleh rombongan pelancong yang hanya akan kembali ke hotel penginapan dua hari kemudian.

Daang terpaksa mengikuti  May ke tempat-tempat yang mahu dilawat olehnya.


ingat tak babak ni? macam Winter Sonata

Bermulalah perkongsian kisah hidup dan cinta mereka di sepanjang percutian itu. Tanpa memberitahu nama sebenar, mereka saling memberikan nama sesama mereka. Si gadis, May, dan si jejaka, Daang. Alasannya mudah, kerana itu akan membuatkan mereka lebih selesa untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa perlu gusar kerana pada dasarnya mereka saling tidak mengenali.


Adegan merenung bintang.
Awak rasa bintang di Bangkok dan disini sama tak?
Ok! Rasanya tak perlu diceritakan secara penuh, kurang suspen dan perasaan nanti… Tapi aku sertakan beberapa gambar mengikut turutan cerita untuk mengubat rindu korang dengan cerita ni… untuk mengenang sebuah kisah cinta romantis di Korea Selatan... (kredit kepada semua yang empunya gambar)

 

“Sarang Hae ~_^”
Putus Cinta? Diputuskan? keputusan ?
mereka berdua dalam dilema di perantauan… nikmati percutian sebaiknya!
kalau saya dapat ke tempat bersalji saya akan berbogel disana!
Bukannya apa, saja nak tahu salji tu sejuk atau tak“… gurau May

 

 

 

 

May tertidur bila membonceng motor… romantis tak?
Kemudian perasaan mula bercampur baur… di antara Cinta dan Sayang…
Ciuman bertukar servis ! churp!
[amaran: untuk yang dah kahwin sahaja…hehehe]
CINTA terluah… pelukan sayang diberi (bukan berahi!)

 

Tetapi semuanya berubah apabila Koi, bekas teman wanita Daang datang untuk menemuinya di Korea Selatan. Daang terkeliru dan terkejut kerana berita akhir yang diterimanya, Koi telah pun berkahwin. May berlalu pergi dengan penuh kesayuan… dengan hati yang terguris dan luka… mungkin cinta mereka hanya sekadar cinta di musim percutian…

Wah… seronok juga kisah cinta komedi romantis ni. Segar rasanya. Lakonan dan latar belakang lokasi yang mantap dan cantik membuatkan kita dibuai impian ‘nakal’ masing-masing. Demam Korea Selatan!. Bagaimana dengan kesudahannya? …  Penamatnya tergantung… tidak juga berakhir dengan sedih dan tidak juga gembira...

Ada perasaan macam nak melancong tak?
CINTA itu KOMPLEKS … tidak serupa CORNFLAKES…

p/s: tertengok wayang ni di saluran 952 Astro (bulan November 2011), wayang ni sebenarnya keluar tahun 2010 dan mendapat sambutan yang hebat di Thailand serta mendapat kutipan mencecah  131 Juta Baht ( 4.3 Juta USD )… kalau Ringgit Malaysia dekat  13.5 juta ringgit.. banyak tu… tak campur lagi kutipan dari tayangan luar negara…wooo…

p/s 2: lama tak update blog… rasa berkarat dan tumpul otak.

 

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!