PART 1
This is my trip to BORNEO RAINFOREST LODGE at DANUM VALLEY…
wah… sambutan yang amat menggalakkan kat blog neh, ramai gak yang lawat, tapi tak tinggalkan komen n ulasan plak… huhuhu ( ades, camna nak komen, kebanyakan yang pi melawat dari outer , for sure tak paham apa yang aku bebelkan kat sini ) hahaha
tak apalah, karang aku cuba try test dedicate kan satu post yang bleh dorang baca… ( ahakz, English pun masih terbalik neh )… tapi tak kesahlah… sambung cerita pengembaraan BudakHutaN neh…
dari Aport Tawau, kitaorang nek Segeromboloan kereta yang disediakan untuk berangkat ke Lembah Danum. Kitaorang dah jugak dimaklumkan bahawa perjalanan ke Lembah Danum, kira tahap mencabar jugaklah… 77km dari simpang Jalan Besar ke Lembah Danum… Jalan yang disediakan bukannya Aspal dan berkilat, tapi jalan Lori Balak… fulamaks… berombak..
Sempat jugak aku bangun dan tido sebanyak tiga kali… almost 2 jam barulah sampai… (adus…sakiet pinggang)


Sesampainya kat sana, kitaorang dihidangkan dengan refreshment ( jus n mee goreng) ngan tuala kecik basah ntuk lap muka dan segarkan diri… Brader yang in-charge hari tu ntuk bagi info tentang aktiviti2 yang akan kitaorang buwat… abes jak sesi taklimat, memasing menuju ke bilik untuk merehatkan diri… penat tu!
Bila dah dalam sejam camtu, kitaorang dibawa melawat ke Kanopi Walk plak… atas pokok wooo… tinggi wooo… sesambil jalan tu , aku sempat gak cerita ngan guide, Vivian ( kalu x silap gtulah ejaan namanya… eh..lelakilah) dia ngan bos dia sorang laie… dia khabarkan pada aku, Canopy Walk neh, disiapkan hanya oleh 6 orang pakar… fulamaks!
Setelah selesai, memasing pun balik ke bilik untuk berehat dan wat apa yang patut… dan seterusnya bersiap untuk makan malam… Makan malam Buffet… fuh… melantak lah… aku join geng Driver2…hehehe sesambil wat lawak kitaorang membaham apa yang ada…
Lepas sesi makan plak… kitaorang ikut night Safari… fuh… kat tengah hutan camni… best sungguh.. ni lah yang BudakhUtan suka neh… hehehe… Sepanjang Trip kitaorang berpeluang nengok flying fox , kancil , rusa , and sekor binatang comel yang mata besar tuh… huhuhu… oh yeak… lupa nak bagi tau, sepanjang perjalanan d way ke sini, aku nengok banyak tompokan najis gajah… tapi malangnya kitaorang tak sempat ketemu…. huhuhu
sebaliknya dari Night Safari… balik bilik … wah…. zZZZzzzzZ…
esoknya trip lain plak… ades… karang aku story