Kota Kinabalu , 3 Mei 2008, Sabtu – Kempen Anti Kutu Sampah yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK ) telah berlangsung di Padang Merdeka , Kota Kinabalu. Mengikut sumber rasmi , jumlah penyertaan bagi program tersebut adalah sebanyak 5000 orang. Syabas ! dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KK yang telah mengambil bahagian. Kebersihan bandaraya kita adalah tanggungjawab bersama.
Ahakz , itu lah dia… aktiviti yang cambest. Mungkin di masa-masa akan datang untuk program camni , diharap agar pihak2 yang berkenaan dapat ‘melicinkan’ lagi perjalanan program neh. Huhuhu… secara keseluruhan , objektif untuk ‘membantu’ DBKK mengutip sampah di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu mencapai sasarannya. Pemenang bagi kutipan sam[ah terbanyak di menangi oleh Kumpulan daripada Sembulan dengan kutipan mencecah beratus beg plastik hitam yang besar tu.( fulamak… baguslah, kalau tiap-tiap minggu buat, bersih KK oooO).


saja tu… cover muka ngantuk dan ensom…ahakz

Pengacara / pelawak dan penghibur tempatan , Abu Bakar Ellah ataupun juga dikenali sebagai brader Ampal meng-hoskan acara . Lawak..lawak… geli hati betul ngan lelawaknya. Ades, kalau Sabah ada Siaran TV sendiri , sure dia bleh jadik penghibur yang MeleTUP!… dan banyak jugak aktiviti dan persembahan yang di buat, antaranya pertandingan Kerusi Muzik (Musical Chair) , Bowling Kelapa , Carik pasangan Kasut , mencari sampah istimewa (botol mineral dalamnya ada kertas kaler kuning), ada gak persembahan nyanyian dari Peserta KK idol dan yang sewaktu dengannya , oh yeak ada gak persembahan dari band Harmoni ( cam rockers! girl yang jadik penyanyi) dan persembahan tarian… brader Ampal pun ada nyanyi oooo…. Nyaman!

dia minta tulung kunu , sakit dia
dia minta bantuan pernafasan mulut ke mulut…
aiseh , tunggu lah aku ada STREAMYX , baru aku mengupload kan video-video…wat masa neh , dengan menggunakan CELCOM BROADBAND , payah plak… bukan tak bagus yeak , cuma kan ntuk dapat liputan yang best kenalah berada dalam kawasan 3G… huhuhu… tempat aku sekarang kurengs… bulih tu bulih… tapi lambat kio… nanti sia try jualah…
orait, aku akhiri dengan pesanan penaja…(gambar dibawah)
[…] hari hari mau buat Kempen Anti Kutu Sampah. Kalau ikut statistik yang dibagi oleh Mr Chua, DBKK-man dalam taklimat dia yang aku sempat pigi […]