Makan AmbuyaT Time

Makan Ambuyat Time

adus… lapar balik ni…

Dengan ini sai mo mengumumkan… Hari Isnin telah ditetapkan untuk menjadi hari Makan Ambuyat Sedunia… hehehe. Tapun… worait geng. Pada hari Satu ( isnin ) yang lalu , kengkawan seopis telah menganjurkan satu ‘kenduri’ aka makan-makan festival aka acara eat – eat… yang bertempat di Pondok dekat Guard Opes…

Pihak penganjur telah menyediakan hidangan yang nyaman-nyaman… SADAP ! oleh itu , kitaorang mo ucap trimas ! kepada MR.RosliH , Mr.Aidi , Kak Salamah , dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..hehehe. Kalau tia silap , this coming Mo’o’nday , akan ada lagi acara seumpamanya… ahakz…


Kalau kamurang tinguk tu gambar , musti kamurang dapat tinguk pelbagai jenis lauk dan cecahan yang ada… sapa yang pandai guna ‘candas’ aka chopstick yang melekat di hujung untuk mengamek ambuyat tu… lepas tu, cecahkan ke cecahan pilihan… nyum nyum nyum… sesapa yang level penggunaan candas nya tinggi , maka kebarangkalian ntuk menikmati juadah dengan SADAp amat tinggi… ( jangan risau bah geng.. guna sudu pun bleh )


untuk geng blogger yang tia tau apa tu ambuyat… okes, ambuyat tu adalah antara makanan yang popular di Sabah di kalangan urang2 Berunai dan yang sewaktu dengannya… ambuyat ni diperbuat daripada sagu dicampur dengan air dan di gaul aka ‘menumpah’ agar jadik tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair… ngam ngam…

acara selesai…
abes ambuyat..kitaorang campur nasi plak…nyum-an

ahakz… selamat menjamu mata…
karang ku menyambung laie…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!