Kartunis Malaysia

Lukisan oleh brader Jambang
Salam Jumaat… 🙂
Kamurang time dulu-dulu ( yang seangkatan dengannya ) musti pernah baca majalah kartun kan. Di Malaysia ni , ramai gak pelukis-pelukis kartun yang berjaya memikat hati dan sukma. Contohnya (susunan tak ikut ranking yeak, ikut apa yang ter pop-up di benak jak) cam Aie (ala..mesti kamurang tau ni…yang Blues tu) , Gayour ( bersama selamanya ) , Zainal Buang HusseinNik, Bawang, Zint, Aza, Ben, Asan, Rambai, Ujang, Datuk Lat, Tembakau, Cabai, Kromosom, Langkawit, Jaafar Taib, Nud’s , ReggieLee..Allahyarham Rejabhad ades… banyak lagilah(tau kartunnya..lupa plak nama)… dan termasuk UBI…. dan karya famousnya dulu … Aku ,dia dan Volkswagen… hehehe

Orait, kenapa plak aku mo cerita pasal kartun Malaysia ( aku tulis kartun Malaysia sebab tak mau kamurang bandingkan ngan manga atau komik luar negara… kita pun mesti ada identiti..tapi panjang plak kalu sebut nama kartun Malaysia..ades..). SEBAB aku tengok pusing2 cari info tentang blog kartun (mungkin aku mau buat blog kartun..hehehe)..then terjumpa beberapa blog kartun, kartunis Malaysia… cayalah! ( memang bleh tengok kat deviantart…tapi Malaysia lah best!)…

Profesor Serba Tau… ahaks

Okes okes, banyak plak aku melalut ni. Aku promo brader UBI ni sebab aku tengok dia ada effort ntuk kembangkan karya ke-Malaysia-an punya kartun. kamurang bolehlah nengok sendiri kat websitenya… ni link www.ubikartun.com … berguna dan boleh dipelajari… Kartun pun bleh jadik sumber rezeki bah gaman.
antara lain-lain link yang best ntuk belajar seni–>
4. GILA-GILA ( majalah kartun yang 1st aku baca)
3. Kartunis – GAyour
4. Kartunis – Bawang
5. Kartunis – Ujang
6. Kartunis – NiezaM

karya Niezam
err..yang lelain karang ditambah kalu jumpa… 🙂
Bah… kamurang mau juga ka tinguk kartun budakhutan? hehehe…
aku akhiri dengan ucapan… 
“Kalau hendak melempar manggis, 
kenapa dilempar dengan selipar,
Tersenyum sudah cik Adik Manis,
Cik abang pakai sebelah jak selipar”
“Sekian sahaja laporan dari saya… untuk tibi lapan”
lukisan brader UBI

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!