Hari Raya Aidilfitri 2008 – Cerita 3

Yeahhhh! balik lagi ntuk cerita tentang raya bebaru ni (masih mood raya bah kan semua orang neh ..bulan Syawal lagi)
Kali ni cerita tentang Sambutan Aidilfitri plak…hehehe. Raya kali ni spesel sikit dari beberapa tahun sebelum ni… , mau tau kenapa? Sebab kamiurang dapat solat Aidilfitri di dalam Masjid , kalau sebelum sebelum ni di perkarangan masjid jak… tak pun… dapat nengok orang bersembahyang jak… penuh! fuh…. Apa rahsianya?Kali ni kamiurang mengawalkan sket timing… kalu selalunya makan pagi di Aidilfitri tu bebanyak , kali ni sesikit jak..ahaks… maka kamiurang pun bergerak ke Masjid dengan riang dan gumbira…

Oh yeak! Tema kaler raya kali ni adalah Maroon…hehehe, so kalau kamurang tinguk, itulah jak kaler baju melayu kamiurang. Selesai solat , khutbah dan doa, kamiurang balik ke rumah dengan gaya sedondon (bukan sedandan) berjalan ntuk balik ala ala gaya Pendekar Bujang Lapuk, cuma kamiurang tia nyanyi lah… nanti urang ingat kamiurang mulau…hehehe.

Bila dah kat rumah , rehat kejap ( makan lagi laaa…. ) dan kemudian bertolak ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan di kampung ni , dalam ladang kelapa sawit…Arakian , berduyun duyun lah orang kampung ke situ. Rutin di pagi Aidilfitri adalah melawat pusara arwah nenek lelaki (datuk)…yang telah meninggal dunia pada 14 April 1997 yang lalu. 11 tahun telah berlalu, namun kotak memori masih lagi ligat memutarkan kenangan-kenangan bersama arwah nenek lelaki. Sewaktu arwah meninggal dunia dahulu , aku tidak berkesempatan untuk berada bersama – sama di hari pengebumiannya. Ketika nenek lelaki masih lagi terlantar sakit di hospital , aku juga tidak berkesempatan untuk ada di situ. Aku berada di asrama dan hanya menerima perkhabaran mengenainya. Nenek janggut, itulah gelaran kami kepada arwah satu ketika dahulu. Masih segar di ingatan kelunakan suara nenek janggut melafazkan takbir di Aidilfitri… sebak bila mengenangkannya…

Wokes, sori – sori, terbawak plak mood sedih… ntuk menceriakan korang..bah berikut cerita bergambar… hehehe 
Gambar Aidilfitri 2008 – 1




cuba kamurang teka, dimana Budakhutan dalam gambar2 di atas…hehehe

2 Responses to Hari Raya Aidilfitri 2008 – Cerita 3

  1. pencinta kedamaian says:

    gmbr nenek mngis tuh thru lh

  2. BuDakHutaN says:

    Pencinta~ kita juga akan tiba ke detik yg sama satu hari nanti….

Tinggalkan Komen Kepada BuDakHutaN Batalkan

Hari Raya Aidilfitri 2008 – cerita 1

Salam lebaran dan salam Khamis ntuk semua ! hehehe…
yup, kali ni budakhutan mo update tentang Raya bebaru ni. Macam yang budakhutan bagitau sebelum ni, panjang cerita-ceritanya neh , jadi ada yang diringkaskan dan dibahagikan kepada beberapa cerita..hehehe. bulih bah tu kan…
Hari Raya Aidilfitri – Cerita 1
– Perjalanan balik ke Kampung !

Perjalanan balik kampung memang best, sebab bleh nampak gunung Kinabalu dan pemandangan bukit bukau serta kesejukan yang melampau sebab kamiurang jalan time petang sudah, target berbuka di Ranau bah tu . Perjalanan petang tu untuk ke Ranau okes jak , kenderaan pun kurang. kalau selalu tu , ades, panjang tul barisan. Lelebih lagi kalau ada lori kat depan…fuh, bukan lagi makan angin… makan asap… itam idung..hehehe

Sempat gak singgah untuk mengamek gambo Gunung Kinabalu , ada satu area tu memang best ntuk tangkap gambar…tapi banyak plak sampah yang dibuang kat area tu… ades! Sampai orang kampung kena letak papan tanda untuk larang buang sampah.. APA la nak jadi ni… Cubalah durang yang membuang sampah merata tempat ni pakai kebijaksanaan yang kena pada tempatnya… kan kalau bersih , negeri kita jugak… kalau kotor? nah..kita juga bah tu… bikin panas plak neh..hehehe… nanti bila kena pasang cctv / kena denda.. nah, baru mau marah marah… kotoh!…( aiseh..emosi plak)

orait! bila dalam perjalanan selepas Kundasang yang mau dekat dekat Ranau , dapat call yang keta pakcik Kuala Penyu ada masalah. Kitaorang pun sempat membeli-beli makanan di Ranau ntuk berbuka dan bekal skali ntuk dorang pakcik,makcik n kazen kazen… dorang ada prob di Km59 sebelum ranau, so maksudnya, kitaorang kena patah balik…

Kesian gak dorang , time kamiurang sampai sana, tukar bateri yang baru beli then sama-samalah berbuka sekali lagi… momom… Sorang lagi pakcik dari Kuala Penyu turut datang ntuk nolong , tukar fius..then okes! hahaha…dan kitaorang pun memulakan perjalanan semula…
dan… selepas itu, pandangan budakhutan mula kabur kabur… mata terasa pedih, dan badan rasa seperti di awang-awangan, kotak fikiran yang mulanya ligat berfikir terasa kontang dan kosong… sampai satu ketika… semuanya menjadi hitam… dan…ZZzzzzZ…( ngantuk daaa…..)
Ahaks, suspen jak kan, bah, nantikan cerita seterusnya dari budakhutan…

Tinggalkan Komen Kepada BuDakHutaN Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!