Salam !
Previously on Heroes !… hahaha , kemaruk Heroes season 3 sudah ni.
wokes , kembali ke cerita Aidilfitri. Kamiurang kan balik ke kampung sebelum raya ari tu, so adalah beberapa hari sebelum raya. Macam besak a sebelum raya , kekemas rumah nenek dan buat persiapan apa yang patut. Buat kuih , ada yang buat kek batik, Kolupis , dan yang spesel ? Lemang !. hehehe… Sebelum cerita pasal lemang ni , kasi cerita dulu tentang yang lain lain..
Bila dah ramai – ramai ni macama – macam lah ragam nya… siuk juga camni sekali sekala… riuh rendah dengan pelbagai karenah. sambil tulung tulung buwat kerja sambil tu lah men game PS2… hehehe. suka plak kazen kazen tu men game Soulcalibur.Budakhutan pun apa laie… join sekaki..ahaks
Pada malam pengumuman bila nak raya tu semua nunggu depan TV… ahaks, berdebar debar semua ni. kalau esoknya raya maka kena siapkan semuanya malam tu jugaklah, termasuk projek lemang tu… Sekali, pengumuman bagitau , lusanya barulah 1 Syawal… yeahhh! semua pun bersorak sorai dengan gumbira…
keesokan harinya , sehari sebelum raya… projek LEMANG pun bermula dengan diketuai oleh Pakcik Kuala Penyu . Bahan – bahan wajib untuk buwat lemang ( sure ramai yang lagi expert ni) , buluh , daun pisang , beras , santan dan api… erm..ada yang tertinggal ka ni a? Budakhutan amek kontrak cari daun pisang dan pasang api jak..hehehe. Yang lain , kekazen lain dan pakcik makcik yang wat… okes la bah tu kan. Proses pembakaran pun berjalan dengan jayanya…
wah… bila dah reramai camni , waktu sahur dan berbuka memang best… macam macam karenah , cerita dan lawak yang keluar… ahaks!
Esoknya nak raya ! streka baju eawal takut karang mati karan plak… hal ehwal streka diuruskan oleh kazen kazen yang ayu, manis dan baik ( kena puji ni sebab durang tulung streka )..hehehe
bah , sampai sini dulu cerita ntuk kali ni…
“jaga ko kancil , aku dapat ko dalam siri yang lain…”
-ahaks… salam Syawal !