Aku Dibius Cinta !

ke hadapan pembaca blog dan pelawat yang budiman…
Selamat malam , dan selamat bulan duabelas
Adapun aku mengarang tulisan kali ini adalah untuk berkongsi dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Memang telah lama aku pendam perasaan ini. Rasa kekok untuk aku menaip bait bait huruf untuk terhimpun menjadi perkataan yang membentuk ayat – ayat yang akan aku ceritakan disini. Jatuh cinta atau hanya bertepuk sebelah tangan? Atau ini merupakan satu petanda sebagai satu lembaran baru dalam masa yang mendatang… biarlah masa yang menentukan dan aku hanya mencoretkan rasa ini….
hari ini adalah antara merupakan hari yang aku nanti nantikan. Sejak dari hari itu … semenjak kali pertama, aku telah berjanji , sekiranya ada kali kedua akan aku ‘bertemu’ lagi denganmu… hehehehe…. macam karang surat buat kekasih chenta hati plak kan. Saja jak bah tu, mau kasi suspen kamurang. Amacam? okes ka ayat – ayat dibius cinta tu?
Yup, baru kejap tadi , aku balik tengok wayang , cerita apa? CICAKMAN 2 : Planet Hitam ! di 1Borneo. Aku pi tengok ngan adik aku c Man.
Muahaha… yup, memang kali ni aku mau kongsi dan luah apa yang terbuku di hati lepas tengok Cicakman 2. Memang lepas dari tengok Cicakman 1 ari tu, aku dah mula tertarik dengan konsep , idea dan mesej daripada brader Yusry KRU. cayalah bro! untuk meringkaskan apa yang menarik dalam CICAKMAN : PLANET HITAM kali ni, aku senaraikan ringkas dan padat.
YANG MENARIK
1. Aksi semakin bertambah. Cicakman mahupun watak antagonis.
2. Pemandangan , suasana dan cuaca di Metrofulus – menarik , tersusun , dan cuaca sejuk! best tu!
3. Watak Iman adik Danny – tak tahu kenapa , tapi aku rasa watak ni akan berkembang…hmmm dan… aku suka
4. Watak Cameo selebriti Malaysia – rasanya ramai, cuba korang tengok bebetul.
5. Watak Rrama ( Tamara )- boleh diperkemaskan dan diperbaiki lagi. Konsep menarik
6. Beberapa kesan CGI menarik – terutamanya part Ginger Boys
7. Elemen masyarakat majmuk – omputih cakap melayu! – ” fuh, makan gaji buta”
8. Misteri watak ibu Danny – kenapa tak tunjuk muka?
9. Mesej Alam Sekitar – Sayangilah Sumber Air Anda !
10. Lawak spontan – aku dibius cinta…hahaha
YANG TAK OKES
1. Beberapa aksi berlawan – rasanya tak perlu CGI , lawan real lagi best, kan ada stuntman
2. Beberapa efek CGI terlalu ketara dan terdapat kelemahan…smooth tapi mcm something wrong
3. Fasha Sandha …. err..aku bukan tak suka, cuma macam tak best aa dia… cuba Nurfaezah Elai..hehehe
4. Orang kat belakang aku asyik tertendang dan menggoyangkan kerusi aku..apalah bro! tak hengat orang lain ker! taulah ngan awek..
hehehe… eapapun..itu antara komen aku, dan yang pasti , itu bukan kali terakhir, pas ni nak tengok lagi. Sebab time tengok tadi , rasa tak tertanggung lagik utk ke tandas…ades, terlepas gaklah beberapa scene….kacau!
Next time pegi , mau pigi try main bowling di 1borneo plak, satu aras jak tu ngan GSC… ahaks… worait ! 
Aku Dibius Cinta !
P/S – aku pernah cerita tentang CICAKMAN 2 sebelum ni…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!