Aku Bintang dan Komet

Astronomi ? Sains Angkasa Lepas ?

yup, inilah antara bidang yang aku minat sejak dari kecil lagi. Aku dari dulu suka nengok langit pada waktu malam. Langit yang bersinar dengan cahaya bulan dan bintang… serta angin yang bertiup sesepoi bahasa ditemani nyanyian riang unggas di rimba. Terpesona dengan indahnya kejadian alam… Aku tertanya , bolehkah aku menggapai bintang di langit ? bisakah aku terbang di angkasa raya , menikmati pemandangan alam semesta yang luas , di corak dengan bintang – bintang yang berkerlipan… galaksi demi galaksi aku singgahi , asteroid dan komet aku elaki… hahaha…adei! melencong jauh plak cerita aku neh….
Ok ok… sebenarnya cerita kali ni adalah untuk mo berkongsi maklumat. Seperti yang kita tahu , tahun 2009 ini merupakan Tahun Astronomi Sedunia. Pelbagai aktiviti direncanakan di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga Malaysia.

Tahu atau tidak ? Malaysia juga ada Balai Cerap ( teleskop besar) di Langkawi ! Woow!
Antara peristiwa menarik yang kita kena amek perhatian !

KITA BOLEH TENGOK KOMET ! KOMET LULIN (C2007 N3)

ahaks, gambar di atas tu adalah gambar komet Lulin yang yang berjaya dicerap pada 7 Januari 2009 , dari Balai Cerap di Langkawi tu… Istimewanya , peminat Astronomi di Malaysia boleh mencerap / melihat Komet Lulin in pada sekitar bulan Februari nanti..Kalau rasa-rasa mau meninguk , nah, ini kedudukannya

dipetik dari laman web berkenaan
( sila tekan link di bawah gambar promo tahun astronomi kat sebelah)

“komet ini sekarang bergerak di antara buruj Scorpio dan Libra sebelum bergerak ke buruj Leo pada lewat Februari 2009”

Erm, aku mau cari cari… adakah Kelab Astronomi di Sabah ni aaa? Mau juga ikut aktiviti2 durang…Rasanya macam pernah sekali aku ikut mencerap di Muzium Sabah sempena minggu Astronomi kalau tak silap. Aku tak ingat tahun bila. Itu adalah pertama kali aku guna teleskop…

p/s: Macam mau beli satu la kali neh… beli teleskop… muahahaha
dan dengan rasminya aku buka satu lagi kategori untuk cerita2 akan datang…yup, kategori Astronomi !

Ayuh menuju ke Bintang !

update terkini (9.16pm-12Januari2009)
wow! aku teruja bila sekali bungkar punya bungkar nah , bulih plak tinguk apa yang dicerap dari balai cerap di Langkawi tu… awesome ! nampaknya aku ada tempat lepak baru lah neh… hahaha… try dis – Tengok Bintang di Balai Cerap Langkawi

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!