![]() |
![]() |
Kelmarin , kelab sukan & kebajikan kitaorang wat program sayang di sayang ke Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Sembulan, Kota Kinabalu. Banyak kisah tragis yang boleh membuatkan kita terfikir ke mana hilangnya status kita sebagai manusia yang kononnya tinggi peradaban dan tamadunnya. Ada diantara kanak-kanak ini yang telah diabaikan dan ditinggalkan oleh ibubapa…dengan alasan…tak mahu dibebankan…
Hanya 10 orang OKU yang ada pada waktu itu , 14 lagi dibawa oleh keluarga kerana musim cuti … Taman Didikan OKU ini boleh menampung sehingga 30 orang OKU pada satu2 masa… Syabas dan terima kasih kepada mereka yang bertugas di situ…
![]() |
![]() |
dan tempat sebegitu bukanlah satu-satunya di negara kita ni. Tak salah untuk menempatkan mereka di situ , tapi lawatilah dan berikan perhatian kepada mereka…
p/s :
coretan budakhutan~
“berbuat baik itu baik , tapi tak semua yang baik itu baik ,
baik untuk kita belum tentu baik untuk orang ,
sebelum berbuat baik , ingat untuk bukan buat buat baik ,
lebih baik aku berhenti celoteh sekarang,
karang tak pepasal kena baling… baik punya!
Salam kedamaian…