Woah~!
sejak Jumaat hari tu , badan dah rasa tak selesa. Menjelang malamnya lagilah tak best. Kerongkong rasa gatal jak , pedih dan kering rasanya. Mukus / hingus mengalir lebat, tapi taklah selebat air terjun Niagara. Bila baring jak , rasa semuanya terkumpul kat kepala. Sistem pengudaraan dan perpaipan tersumbat. Akibatnya , tuala kecik menjadi mangsa untuk hembusan hembusan manja yang memecahkan hening malam… tidur memang tak lena, sekejap sekejap aku akan turun ke bawah, minum air suam, untuk melegakan tekak yang pedih dan kering. Natijahnya ? tandas menjadi teman malam…
Sabtu , badan mula panas , letih , mengantuk , penat, semuanya ada… aku merajinkan diri untuk bergerak. Bayangkan , untuk mencuci kain jak , aku amek masa dalam 4 jam lebih untuk proses mencuci sehingga menjemur kain, walhal hari Sabtu hujan lebat. Aku jemur di garaj jak. Kenapa 4 jam? bila aku dah rasa penat tu, aku tinggalkan kejap, melelapkan mata yang berat itu… tak juga lena penuh… macam malam sebelumnya , sistem pengudaraan yang tersumbat, menggangu..
Ahad-pagi , demam macam dah reda… aku rasalah. yang tinggal, saki baki mukus / hingus yang masih berhabitat dalam sistem pernafasan. Keletihan dan kemengantukan itu masih ada. Ada juga masa aku terlena… dan sehingga sekarang mata ni belum mau terlelap lagi… dan rasa demam tu masih ada… esok kena ke klinik lah jawabnya… harap2 tak kena kuarantin..hahaha
bah, sori la geng kalu aku meracau sket di awal pagi ni… mamai kali ni…
p/s: gambar tu bukan time demam aaa… tu yg ensom sket.. hehehe