Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan…
52 tahun kemerdekaan Tanah Melayu , 46 tahun pembentukan Malaysia…
Aku cuba mencari idea grafik untuk disumbangkan ke kelabram.com sempena sambutan bulan kemerdekaan dan karya Ramlee Awang Murshid yang boleh mengingatkan aku akan semangat patriotisme serta perjuangan adalah karya beliau yang bertajuk
A.D.A.M – Aku Darah Anak Malaysia.
turut dialih bahasa ke bahasa inggeris dengan tajuk – PERSONAL JUSTICE
Jika ADAM diadaptasikan ke Filem , siapakah pelakon yang pada pendapat anda boleh melakonkan watak-watak dalam ADAM ?
cuma pendapat budakhutan…
Hilman – Mustapha Kamal
Mia Sara – Siti Saleha
Jeslina – Lisa Surihani
watak-watak lain? belum ada idea … hehehe. Gambar di atas hanyalah sekadar imaginasi aku .
kenapa pilih Mustapha Kamal ? untuk watak Hilman ni , aku rasa dia amatlah sesuai . Watak seorang ayah dan anggota polis yang cekap … memang ngam betul eh…
Salam Merdeka !
Pesanan Penaja:
Kepada peminat dan pembaca novel tegar ,
sudahkah anda membaca karya – karya abg RAM ?
nak dapatkan info terkini bolehlah melayari www.kelabram.com
p.s: semua blog aku , aku masukkan grafik dan entry yang sama. Selamat tinggal Celcom , aku terpaksa curang kepadamu kerana Digi lebih baik kepadaku , aku tak dapat lagi menahan ragammu. Kau membuatkan hari-hariku suram kerana kau tidak lagi pantas buatku… kenangan bersamamu akan tetap terpahat di memori kerana kau lah yang pertama buatku… Mungkin suatu hari nanti kita pasti bersatu kembali jika jodoh itu takdir kita berdua… September ini bulan terakhirku bersamamu… maafkan aku…
hehehe… macam ayat jiwang tah plang. Ahaks , bah bisai bisai kamurang. Selamat Merdeka!