Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia …
Wah , sambut Merdeka di bulan Ramadhan. Terbayang plak pengorbanan para para kontinjen yang menyertai perbarisan untuk kemerdekaan tu.. fuh, tabik ! ada hikmahnya tu… hehehe.
Sapa ada masalah dengan Celcom Broadband..sila angkat tangan !…
akhir – akhir ni , sentiasa SLO-OWWW , tukar pi Digi karang , baru tau… adei. okes, okes , tak mau la cerita ttg tu… ahaks, tajuk entry kali ni cam unik sket kan , hahaha , tu tajuk Drama Radio – Khas – sempena Merdeka ni nanti. Yup , “Hikmah Ramadhan di Ambang Merdeka” akan diudarakan di Radio Sabah FM pada 31hb Ogos ni. Karya , skrip drama adalah hasil penulisan Puan Rubiah Nordin , dan penerbit untuk drama khas ini encik Md Syum Abd. Majid.
Eh , pesal cerita ttg drama radio plak… hehehe , sebab aku pun ada dalam drama tu…. ala , budak baru belajar , masih kaku lenggok lakonan drama radio. Tak bley ulas lebih2 , karang masuk bakul angkat sendiri plak kan. Kena dengar dulu , lepas tu bolehlah aku bagi ulasan..hehehe. Turut berlakon ialah abg Amir Khan , Kak Latifah , En.Masyud dan seorang lagi (alamak lupa plak nama dia..adus!..sori bro… try rekol, nanti update nama)… gaya lakonan abg Amirkhan memang superb , dengan soranya yang ala2 hero hero filem.. suka dengar tone dia.. Yang lelain pun power gak… pengalaman berbakul2… berbanding aku…

Drama radio Sabah Fm , satu ketika dulu amat meriah dengan byk slot drama , seperti Drama Khas , Drama Purba , Drairama , Lembah Hijau , dan Mekar di Taman. Waktu tu , aku ada lah jugak menyumbangkan skrip-skrip untuk beberapa slot. Alhamdulillah , diterima lah jugak… bolehlah mengisi poket waktu sekolah2 dulu… untuk berlakon drama radio plak , aku try test cuba audition time hari terbuka RTM dedulu (mak aku suruh !… tapi , tenkiu mak !..hehehe)
Ahaks, sewaktu menunggu sesi lakonan hari Isnin hari tu ( jam 1) , sempat gak melawat konti SabahFM dan SabahVFM , chantek dah kontinya … fuh , kalau aku berjaya jadik DJ dulu kan best..hahaha…
Untuk ulasan berkenaan skrip , aku akan buat di blog CoretConteng … 🙂
itu blog untuk lenggok bahasa yang lebih serius … kononlah … ahaks
Bah … selamat berpuasa pada semua !
p/s: murtabak sedap weih… muahahaha..