Qalesya

AMARAN : entri ini panjang berjela – jela …
sila sediakan bantal dan keropok (lepas buka puasa)

Assalamualaikum 🙂
Salam Ramadhan yang ke 15 ntuk semua Muslimin dan Muslimat , serta salam berhujung minggu buat semua … hehehe. Pesal plak tajuk nama sumandak aka awek ni? Kepada mereka – mereka yang selalu lepas Sahur tunggu Subuh atau selepas Subuh taknak tidur , sure tahu cerita bersiri kanak – kanak ni, yup! betul QALESYA yang disiarkan di Astro Prima Jam 9mlm setiap Isnin hingga Jumaat , dan ulangan nya pada awal pagi 5.30 pagi. Ops…sapa yang belum tahu , ini bukan sinetron dari Indonesia ya.. bukan macam siri SINETRON Kanak – Kanak HEART yang pernah aku buat entry kat sini suatu ketika dulu…

eh… sapa kata orang laki laki tak bleh tengok cerita camni ? tak kesahlah apa orang mau cakap , aku suka tengok. Kenapa aku suka tengok ? hahaha… sebab cerita ni berkisarkan kehidupan pelajar di asrama Sekolah Agama , terkenang masa dahulu dulu.. Penyampaian karakter oleh pelakon – pelakon pun boleh tahan , ekspresi , intonasi dan mimik muka pun sesuai… Watak utama ? sure ramai bebudak lelaki yang belum akil baligh dan yang remaja-remaja macam aku (ehem..ehem) … minat ngan Qalesya yang dilakonkan oleh Nurul Elfira Loy , cute owh… pastu watak hero Muhammad plak di lakonkan oleh Addy Asraff / Budiman ? ..ensom owh (aku tolong ckp bagi pihak ladies di luar sana)

Watak watak tambahan turut menceriakan jugak drama bersiri Qalesya ni . Memang sapa yang tengok tak boleh lupa ngan si haji…haji…haji Mustafa ni. Watak Mustafa ni dilakonkan oleh Zaidyansjah , watak seorang pelajar yang kunu nya mahir serba serbi dalam agama… banyak owh tasbih dia , satu tasbih untuk satu waktu solat…hahaha! tapi ayat power! lepas tu , yang ada hati dengan Qalesya jugak si Syahadat / Sadat yang dilakonkan oleh Amirul Aiman. Wooo! cayalah Amirul , ko bleh ikut jadik geng jahat Zulhuzaimy aka Spark… hahaha… stylo btul! dorang ni tak jahat..nakal jak
Untuk watak perempuan , Comel yang kuat makan dilakonkan oleh Hazanatul Qhuraisha Hazali… dia ni lah yang selalu backing dan jaga si Qalesya yang rapuh itu ( byk nangis ) … dan seorang lagi yang selalu ada untuk Qalesya iaitu Kak Aishah ( aku tak tau nama betul dia , sapa tau bleh bagi tau tak)… dan geng penjahat , Shasha (Nordiana) anak orang kaya kununya dan Salmah (Nina Hazali)… aku pasti ramai yg geram tgk watak budak dua ekor ni… ada jak helah dan muslihat nak sakitkan hati si Qalesya tersayang…
Woah..payah gak carik info tentang Qalesya ni , gambar2 pun kurang… kurang publisiti kali. So dengan merajinkan diri dari pagi tadi aku wat kajian (uiseh… cayalah!) . gambar-gambar aku print screen dari video kat You Tube. Yup! korang boleh tengok video Qalesya yang telah diupload oleh darulbayan (www.adoyai.net) kira penghargaan ntuk dia lah. Gali punya gali inilah info – info yang aku dapat . Nama – nama pelakon pun aku amek dari penghujung drama tu tau, salin… tak jumpa kat tempat lain setakat ni.


so banyak jugaklah gambar yang aku olah reka semula (hakcipta tetap milik Astro ..okes). Aiseh , mesti korang perasaan something kan.. gambo sapa la plak kat hujung nun…dia lakonkan watak aaa…. hahaha.. itu aku daa.. enterframe sket , ops..bukan-bukan ..sebenarnya niat aku murni , ntuk bagi seragam turutan gambar tu… hehehe.. calit sket!

Sinopsis ( tak copy mana – mana pun ) :

Menceritakan kehidupan pelajar – pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah Agama. Tunjang cerita berkisarkan kehidupan Qalesya dan Muhammad. Qalesya merupakan anak kepada Sanusi dan Ana , penjaja yang hidup dengan susah dan miskin. Manakala Muhammad pula anak kepada Sani dan Dina , daripada keluarga yang berada serba serbi mewah.
Muhammad yang tidak pernah didekatkan dengan ajaran agama yang sebenarnya , hanyut dengan dunia rock dan muzik nya. Ibu nya mahu dia menjadi pelakon yang terkenal , manakala ayahnya pula mahu dia menjadi seorang pemuzik superstar!. Tapi pada masa yang sama mereka mahu Muhammad berubah sikap dan bercadang untuk memasukkan dia ke sekolah agama. Muhammad yang berkeras untuk tidak mahu ke sekolah agama itu , telah di’tidur’kan oleh ibu bapanya agar dia dapat dibawa untuk mendaftar di sekolah agama itu.
Maka bermulalah kisah dan ragam kehidupan Qalesya dan Muhammad di sekolah agama itu. Turut bersekolah bersama mereka dalam sekolah ini ialah Comel – si kuat makan , Mustafa – si alim , Syahadat – si nakal , Shasha dan Salmah – si pembuli serta Kak Aishah – si comel… (hehehe..sempat lagi tu). Pelbagai cubaan dan konflik yang dihadapi oleh mereka.
Apakah kesudahan cerita ini ?
kenalah saksikan drama dari Nusantara Seri Karya di ASTRO PRIMA
(promo ni… bagilah duit raya..hehehe)
PELAKON – PELAKON yang turut membantu
Hisham Ahmad Tajudin – Ustad Haji Abidin
Omar Abdullah –Sani
Hamidah Wahab – Dina
Shahrul Kalamudin – Sanusi
Wan Nor Azlin – Ana
Ramli Salleh – Zabrul
Delimawati – Wawa
Rashid Jaafar – Murad
Siti Faridah – Suzi
Abdullah Saly – Ustad Ucop
Mohd Farid – Ustad Anwar
Nina Hazali – Salmah
Nordiana – Shasha
Badrol – Oman
Wanie – Zaiton
Mama Cha – Anis
Ijam – Imran
Mira – Hendun
—————————–
mesti ada yang tanya tajuk lagu dan penyanyi untuk drama Qalesya ni kan. Maaf , aku sendiri pun tak dapat korek.. tapi… cuba korang dengar lagu dari Kangen Band – Kembali Pulang
ada iras – iras tak ?… hehehe
wah… panjang weih..entry kali ni…
salam untuk semua ! sokonglah seni dan karya kita…

22 Responses to Qalesya

  1. anumar_asyhar says:

    sy mintk izin ye nk copy sinopsis ni tuk paste kat sy pnyer blog,,,
    blh la ye
    malas nk taip sdri(",)

  2. Anonymous says:

    Budak Hutan !
    akhirnye dengan usaha aku yg gigih aku telah menemui tajuk lagu tuh !
    yesyesyes !
    hahaa .

  3. Anonymous says:

    ade terjumpe OST Full lagu ni kat blog ni….

    http://mp3song2u.blogspot.com/

  4. BuDakHutaN says:

    Anumar~ Boleh bah.. tak ada masalah 🙂

  5. BuDakHutaN says:

    Anony~ tul ker tu? apsal dalam format rar? huhuhu..curiga curiga…

  6. Al-haikal says:

    lagu sekarat mcm tu youtube pun ada… tu bukan full la separuh… piii daaa

  7. BuDakHutaN says:

    Al-Haikal~alamak bro…kat you tube tu lagu sekerat yg amek dari drama tu jugak… kawan2 bertanya ttg penyanyi asal dan tajuk lagu…

  8. minat says:

    kak aishah tue siapa nama, lawanya

  9. BuDakHutaN says:

    Minat~ ayaks..ada plak komen tertinggal..sori2… aiseh, tak tau la namanya sapa… tapi boleh dah tengok ulangan Qalesya tu… masih ada lagi kan..

  10. Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi says:

    tajuk lagu tema cita ni??
    best sgt

  11. BuDakHutaN says:

    Ahmad~ saya pun masih terkial-kial mencari info mengenai tajuk lagu Qalesya ni… versi Malaysia untuk telemovie 'Nama Saya Muhammad' yang dikeluarkan di Indonesia…
    cuba dengar lagu Kangen Band- Kembali pulang… macam hampir2 sama

  12. redboyz93 says:

    tajuk lagu tema cta ni…pelangi kehidupan…

  13. nurul says:

    de sesape tahu x kat mane sekolah agama dlm drama qalesya ni …….. plz

  14. xinan says:

    kawan2 cari lagu dlm 4 shared, ada, gua dah dpt lama dah.tahu lgu qalesya la

  15. syafiq says:

    as’kum ..ape nme adik elfira loy ??

  16. Arif says:

    Umm..
    nak tahu nama penuh sebenar Pelakon2 ini..
    lagi2 aisyah..
    Lawa tu..
    Lagi lawa dari Elfira Loy,
    HAHA ;P

Tinggalkan Komen Kepada anumar_asyhar Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!