Dia CINTA Dia , Dia SAYANG Dia

“Tidak perlu mencari secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof, andai kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri…………….
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikannya…
carilah kebaikan dirinya , bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya…”
~semoga ke akhir hayat, cinta abadi sejati…~

~Selamat Pengantin Baru~
yup, kali ni aku mau kongsi gambar majlis resepsi perkahwinan member di Sandakan pada 26hb Disember hari tu… banyak jugaklah gambar yang aku dapat ketik dan amek. Sejujurnya aku taklah terer sangat mengamek gambar wedding ni , serius! Inilah kali pertama aku amek gambar kahwin secara penuh , ya lah..sebelum ni amek gambar member kahwin jugak, tapi atas kapasiti berkunjung ke majlis orang… dan kali ni plak diminta untuk menjadi ‘Wedding Photographer’, untuk tidak menghampakan permintaan geng karas time skulah rendah … maka aku pun bersetuju ntuk mengambil gambar di majlis tu… ambil video? dah pernah…
Seawal majlis aku dah gugup dan tidak keruan.”Apa yang patut aku buat? Dari mana aku nak mula?”. Perasaan malu tu masih menebal… fuh… disebabkan oleh layanan mesra oleh keluarga pengantin membuatkan aku tidaklah rasa terlalu kekok. Aku akui ada banyak kelemahan dalam teknik dan kaedah serta persiapan aku mengambil gambar hari tu… ini pembelajaran aku yang pertama… kena perbaiki lagi di masa hadapan… (aku mau beli kamera baru!!!…aaaaaaaa)
kepada rakan yang turut melangsungkan majlis persandingan pada tarikh yang sama di Telipok, maaf kerana tidak dapat hadir… (nanti aku belanja men memanah sana OneBorneo aaa… hehehe)
——————-
Selamat TahuN Baru pada semua 🙂

6 Responses to Dia CINTA Dia , Dia SAYANG Dia

  1. HoneyBUZZin says:

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga apa yang dihajati tercapai tahun ini.
    Thank you for being my friend!

  2. ??si lampu neon?? says:

    ko tak buat jadi career ke remy? buatlaaa bisnes 😉 eh ko bile naik pelamiin! ajak aku tau!

  3. BuDakHutaN says:

    HoneY~Selamat Tahun baru 🙂 yup, semoga tercapai apa yang kita semua hajatkan… keamanan sejagat… Thanks 4 being my fwen too ~

  4. BuDakHutaN says:

    NeoruL~tul gak tu, bleh jadikan kerjaya sampingan=tambah income… hehehe… bila aku naik pelamin? ajak ko ntuk kita sama2 nek pelamin? atau ko tengok jak aku nek pelamin?…konpius aku dengan kenyataan ko ni… hahahaha….

  5. :: hayati :: says:

    oooo azam thn ni nk kamera bru rupenye…hehe

  6. BuDakHutaN says:

    hayati~ahaks.. cam tau tau plak… heharap akan dapat 🙂

Tinggalkan Komen Kepada HoneyBUZZin Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!