Sampainya Hati Mu…

wak… takkan wak nak tinggalkan kita? Kenapa menyepi tanpa berita? Kenapa cinta awak kepada kita tak lagi seperti dulu? Sayang awak kepada kita dah berkurang? atau awak dah jumpa cinta baru?… atau memang saya bukan lagi cinta hati awak?… Ya! awak tak sayangkan saya lagikan!
Sebak di dalam hati membuatkan aku tak dapat meneruskan kata-kata. Mahu saja aku menghamburkan semua yang terbuku di hati ini. Aku tunduk menahan rasa, rembesan air mata mengalir perlahan ketika aku memejamkan mata dan aku biarkan ia menitik ke bumi. Terbayang semua kenangan manis bersama si dia, seolah wayang gambar yang berputar di kotak memori…
————————————-
Selamat hari Dua ntuk semua ^_^ … ahaks
kalau blog aku ni seorang gadis…mungkin ayat2 di atas tu lah yang cik blog aku ni akan luahkan tahun lalu. Rasa terpinggir dan kesepian… aku mengaku bersalah dan akan aku tebus kesalahanku itu sayang… ~_^ …
Sedar tak sedar dah masuk hari ke lima di tahun 2010. Sungguh pantas masa berlalu, pejam celik, pejam celik… tup tup dah lima hari… fuh. Yup, semestinya ramai yang masih dalam mood tahun baru dengan semangat kental untuk mencapai azam tahun ni. Erk ! azam tahun lepas dah tercapai ka tidak? Adei… aku? banyak yang tergendala dan tak tercapai. Maka kebanyakan daripada senarai perkara2 yang mau dicapai tu kena bawak tahun ni…heharap semuanya akan berjalan dengan lancar tahun ni… Amin…
p/s: Mata hati tidak pernah berdusta…

2 Responses to Sampainya Hati Mu…

  1. C.Alv.B says:

    Wah.. so jiwang juga ni..hehehe..apa2 pun yg penting azam baru terus baru dan ada improvasi kan? hehehe…selamat tahun baru ya..

  2. BuDakHutaN says:

    Alv~ Ahaks..selamat tahun baru sis 🙂

Tinggalkan Komen Kepada BuDakHutaN Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!