Keranamu kekasih…

Sayang…sayang… oh my sayang. Apa khabar kamu di sana? “Saya janji bila awak dah lulus nanti, awak boleh sarungkan cincin tu pada jari manis saya” Kata si gadis manis, wajahnya yang ayu seiras Lisa Surihani, membuatkan jiwa rawan, hati tertawan. Owh! (hehehe…memang pun Lisa Surihani lah tu beb!), dia pegang watak Ayu dalam Lagenda Budak Setan yang bakal keluar pawagam pada 3hb Jun ni. Eh… ada versi 3D tak? hahaha

Satu filem adaptasi dari novelis Ahadiat Akashah, novel yang popular “Lagenda Budak Setan”.  Bersiri-siri si budak Setan ni. Setakat melihat preview atau trailer filem ni, macam siuk kan… lagu runut / OST nya, cambest owh! JIWANG…ahaks. Nak buat review lebih, lebih pun tak bleh gak, kena tunggu dan tengok di pawagam. Sama ada ia akan jadi yang terbaik, tercantik dan akan jadik lagenda…atau akhirnya … jatuh… okie

p/s:

Sama seperti  kehidupan… dalam cinta juga ada pasang surutnya, kena bijak memilih haluan. Berenang di gelora rintangan dan dugaan, usah biarkan ia hanyut dan terus lemas… sesuatu harus berubah….

kenapa plak tetiba berjiwangan ni…hahaha. Mungkin sebab dah nak masuk musim cuti panjang perskolahan pertengahan tahun, dan ramai pasangan kekasih yang akan berkahwin.. owh! kamu bila lagi?

ahaks… Salam Isnin untuk semua ~_^

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!