Panduan Untuk Mereka Yang Berhajat – 1

Dari Blogger (blogspot) ke WordPress? Ada baieeek punya kah? Secara jujur, aku rasa Blogspot masih terbaik untuk pelantar mereka yang berblog, dan WordPress.com (lebih kurang gak cam blogger) / WordPress.org (lagi better!) untuk mereka yang mahu website dan blog pada waktu yang sama…hahaha… faham tak murid2? Ok, dalam episod kali ni, aku cubalah kongsi pengalaman berhijrah dari Blogspot ke WordPress (wordpress.org)

Baiklah Panduan / Tutorial Berpindah dari Blogger ke WordPress ni aku cuba huraikan dari tajuk ke tajuk dengan mudah agar mudah difahami. Kalau anda sudah advance dan lebih mahir, maka ini bukan untuk anda, tetapi anda amatlah dialu-alukan untuk memberikan komen, panduan dan pembetulan jika ada sebarang kesilapan dalam penjelasan yang diberikan. ayuh..kita mulakan ~_^ (amaran: ini entry yang panjang, sila sediakan milo ais)

APA ITU WORDPRESS ? [dot] COM atau [dot]ORG

WORDPRESS.COM – Url anda akan kelihatan seperti ini [http://budak.wordpress.com]. Tetapi boleh juga menggunakan Custom Domain (beli domain, dan host di WordPress.com) . Contoh, [http://www.budakbudak.com]

Tidak jauh berbeza daripada Blogger. Ianya dihost secara percuma, segala kerja belakang tabir diuruskan oleh mereka.

Jika anda mahir mengubahsuai kod CSS, anda boleh mengubahnya. Tetapi tidak boleh mengupload plugin atau menggunakan Custom Theme. Sebarang bentuk iklan juga tidak boleh disiarkan. Hanya dengan menaiktaraf blog /web anda ke VIP Program, barulah anda boleh melakukan segalanya.

WORDPRESS.ORG – Dengan menggunakan  Domain dan Hosting anda sendiri, maka anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap blog/website anda. Mengubahsuai kod, memuat-naik/upload theme dan plugin. Siarkan Iklan (nuffnang, Advertlets,adsense,bidvertiser,innity…dll).. Selagi kreativiti dan pengetahuan anda tidak terbatas, selagi itulah anda boleh memaksimumkan web/blog anda.

Benar, jika anda serius di dunia siber, maka ini sesuai untuk anda. Kerana ianya melibatkan KOS domain, dan hosting serta mungkin juga theme yang anda beli. (psst…aku guna ni…cuba dulu baru tahu ~_^)

RANCANG / FIKIRKAN / BUAT PILIHAN

Ok.. perlukah aku terangkan proses pemilihan / pembelian Domain dan Hosting ? Alamak, rasanya itu sesuai untuk tajuk besar yang lain… kita tumpukan dengan penghijrahan, dengan anggapan anda telahpun mempunyai hosting dan domain anda sendiri.

Langkah1- PASTIKAN DOMAIN DITETAPKAN / SETTING ke WEB HOST

Jika anda memberi domain secara berasingan dengan hosting, maka langkah ini amat perlu. Sila pastikan Nameserver untuk domain anda disambungkan / di ‘point’ ke web host anda. Sila rujuk dengan pembekal hosting. Sekiranya anda membeli Domain dan Hosting serentak, ianya automatik disetkan, tetapi sekiranya anda tidak berpuas hati, boleh juga melakukan pemeriksaan tetapan.

Oh ya, jika anda membeli hosting dan domain berasingan , dan anda menetapkan sendiri nameserver itu, sila JANGAN PANIK. Ianya akan mengambil masa dari 6 jam ke 72 jam untuk proses propagates (penyambungan tetapan). Kadang-kadang ia hanya mengambil masa 2 jam!.

2. Langkah2- AKAUN CPANEL dan Fantastico

Log Masuk ke akaun Cpanel anda, dan cari Fantastico De Luxe. Yup, dengan menatang ni, korang boleh melakukan kerja-kerja memasang / menyediakan web/blog WordPress kamurang.  Bagaimana caranya? Tengok ni…

Lepas korang klik pada WordPress tu, korang akan diminta untuk mengis butir-butir berkenaan web/blog yang korang nak buat tu. Namanya, Login , Kata Laluan dan Email. lengkapkan dan pastikan korang tulis di mana-mana kata laluan tu, karang lupa la plak! Okes… mudah yang amat kan?! Eh, tapi … ini untuk mereka yang memasang WordPress secara kosong, maksudnya, bukan berpindah dari blogger… dan untuk sambungan Tutorial yang tidak hebat ini.. tunggu entry selanjutnya.. orait geng ~_^

p/s : aku pun newbie gak…hahaha

2 Responses to Panduan Untuk Mereka Yang Berhajat – 1

  1. Mmmm…. tips yang baik untuk semua blogger-blogger terutamanya yang masih fresh dengan blog and blogging…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!