P.RAMLEE & SALOMA

pemenang2-bintang-pramlee-n-saloma-sabah-budakhutan

Kota Kinabalu – 30.07.2010 . Bertempat di Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu. Pertandingan Bintang P.Ramlee & Saloma , Peringkat Zon Sabah bagi tahun 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan mencungkil bakat terpendam di kalangan pendengar setia SabahFM , SabahVFM, TawauFM, SandakanFM dan Labuan FM ini telah berjaya menarik lebih kurang 1000 orang. Hujan yang turun renyai tidak menghalang peminat setia radio tempatan untuk hadir memeriahkan serta memberikan sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding.

Seramai 12 peserta akhir dari peringkat saringan bersaing untuk bergelar Bintang P. Ramlee dan Bintang Saloma bagi peringkat zon negeri Sabah. Berikut merupakan senarai nama peserta dengan lagu yang mereka dendangkan :-

1)  Hadi Jaidi Ariffin (Keningau) – ‘Bunyi Gitar’

2)  Azizah Binti Azman (Kota Kinabalu) – ‘Istana Cinta’

3)  Zakaria Hj Buang (Sandakan) – ‘Kisah Rumah Tangga’

4)  Noor Aisah Maidin (Kota Kinabalu) – ‘Bila Larut Malam’

5) Fairuz Misran (Papar) – ‘Dengar Ini Cerita’

6)  Mohd Syazrul Nizam (Labuan) – ‘Barang Yang Lepas’

7)  Zuraidah Ahmad (Kota Kinabalu) – ‘Darah Muda’

8 ) Sharierama Bin Sianma (Tawau) – ‘Hanya Dikau’

9)  Azeani Ag.Ismail (Kota Kinabalu) -‘Jikalau Abang Merindu’

10)Musrah Pangut  (Kota Belud) -‘Getaran Jiwa’

11)Rafidah Asgali (Sandakan) -‘Madah Pujangga’

12)Azzayanty Aljan (Labuan) – ‘Bintang Malam’

Mengiringi persembahan nyanyian secara langsung setiap peserta adalah kombo RTM Sabah. Persembahan nyanyian yang disampaikan oleh setiap peserta menghiburkan dan ada yang mencuit hati. Gelagat , gaya , suara dan pakaian peserta mengimbau kembali zaman kegemilangan di era P.Ramlee dan Saloma.

pengacara-bintang-pramlee-n-saloma-sabah-budakhutan-s

Pengacara : Lai dan Moon ( Dj SabahFM)

Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut ialah , Yang Berhormat Datuk Haji Hajiji Bin Hj Nor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Yang berbahagia En.Zubad Ibrahim, Pengarah Penyiaran Sabah turut hadir. Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Y.B Datuk Haji Hajiji Bin Hj Nor. Johan pertandingan Bintang P.Ramlee dan Saloma Peringkat Zon Sabah akan mewakili Sabah ke Peringkat Kebangsaan.

Pemenang Bintang P.Ramlee :-

JOHAN – Fairuz Misran , NAIB JOHAN – Mohd Syazrul Nizam dan KETIGA – Zakaria Haji Buang

johan-bintang-pramlee-n-saloma-sabah-budakhutan-s

Pemenang Bintang Saloma :-

JOHAN – Azzayanty Aljan , NAIB JOHAN – Azizah Azman dan KETIGA – Azeani Ag.Ismail

pemenang2-bintang-pramlee-n-saloma-sabah-budakhutan_0

peserta-bintang-pramlee-n-saloma-sabah-2010-budakhutan

Acara berakhir  pukul 10.30 malam. Peminat dan penonton yang hadir bersurai sambil ada yang bersiul melagukan lagu Dengar Ini Cerita dendangan Fairuz Misran. Barangkali teringat tingkah dan rupanya yang seakan-akan seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Semoga beliau akan dapat terus memberikan persembahan yang terbaik di peringkat seterusnya.

fairuz-misran-johan-bintang-pramlee-sabah-2010-budakhutan_0

Ahaks! sempat upload video – Sure orang cari punya. Video Johan aka Juara Bintang P.Ramlee & Saloma Peringkat Zon Sabah, Fairuz Misran dengan lagunya – ‘Dengar Ini Cerita’

p/s : woooah! macam lain la plak bila mau cuba2 buat macam suratkhabar kunun… hahaha. Bah… kita sukung bah artis – artis tempatan. Kalau bukan kita… siapa lagi kan.

bintang-pramlee-dan-saloma-sabah-2010-budakhutan

nah! kenapa kau tekan itu lonceng!?

10 Responses to P.RAMLEE & SALOMA

  1. kelupis says:

    Terima kasih, info yg baik!;)

  2. lizz says:

    wooo. kenape xtau pertandingan cam ni?promo pun xder kat tv.patutnye pertandingan camni lah yg patut dihebahkan.huhuhu

  3. vivi says:

    kalau ada tiket free kompom aku pegi masa ni.hee

  4. Nice blog. I just bookmarked you on my bloglines.

    Sent from my iPad 4G

Tinggalkan Komen Kepada lizz Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!