Bukan Seperti Yang Kamu Fikir!

Pernah atau tidak kamu merasakan hidup ini seperti tahi? Berbau busuk, meloyakan, najis, lembik dan cair… tidak bermakna. Hanya dibuang bersepah dan diterobos ke dalam lubang jamban sahaja layaknya.  Atau merasakan semua yang disekeliling kamu setaraf tahi dan hanya kamu sahajalah tahi yang suci? Bengap! itu virus benci dan angkuh yang bernanah di kepala dan otak kau. Benar kita punya hak rasa untuk membenci dan angkuh, tapi sila tangani dengan akal dan kewarasan. Kebejatan minda dan jiwamu yang didodoikan dengan kesempurnaan paras, hierarki dan mewah dunia. Oh! benarkah kamu seperti apa yang kamu fikir? atau itu hanya ekstasi diri… khayal dalam fantasi.

ini-bukan-najis

Betul ! Aku, dia, kau, mereka, kamu dan semuanya bukanlah sempurna. Kita punya dosa dan khilaf seorang khalifah yang kadang terpesong melencong. Adab , susila, budi dan tutur yang membezakan. Warna kulit usah didiskriminasi. Darjat pangkat usah jadi penongkat hidungmu. Oh! kamu si penghitung salah dan dosa orang di sekelilingmu… oleh itu, kamu tak perlu gusar dengan tingkahmu yang ‘baik’ dan ‘benar’… kamu kan dari golongan Yang Mulia dan  tinggi ilmu serta sekolahnya. Kamu tahu segala. Apalah sangat yang ada pada mereka, hanya tahu membaca dan mengira… tanpa segulung kertas atau jubah yang disewa… pandang sahaja mereka dengan sinis dan batuk-batuk kecil serta jelingan dari rambut ke kaki… “picisan!”

Adakah itu dalam fikiranku atau kamu? kusam dengan pintalan celaru kebobrokan nilai budi bahasa

Serius… harmoni itu kan molek. Senyuman asli membawa ceria. Membantu pula jiwa senang. Seronok melihat kebahagian dan tawa orang di sekelilingmu. Gembira untuk memberi sekadar yang kamu mampu. Sekelumit kesedihan yang hilang dari sahabat dan teman pasti kelegaan menemanimu… kerana bila diri di selubungi sayu dan sepi… kamu juga mengharapkan teman yang bisa membuat hatimu girang…

harapan dan kemahuan

hanya nukilan hasil ketukan jari jemari ke papan kekunci… bila akal sarat fikiran.

7 Responses to Bukan Seperti Yang Kamu Fikir!

  1. yatimie says:

    bila aku lihat benda yg melingkar tu,rasa mcm pernah jumpa,terfikr sejenak, macam rumah sejenis binatang yg aku pun xtau namanya…..dah lama x jumpa…dulu time kecik2 aku selalu runtuhkan rumah binatang tu, banyak sangat kat pantai depan rumah aku lepas air surut, geram tapi cantik sangat, bestnya time tu…

    • budakhutaN says:

      ada bah nama tu binatang, macam bentuk2 ketam sket… kalau tak silap la… selalu tutup balik lubang yang dia dah siap korek.. hahaha… nakal owh!

  2. erm…aku suke ayat ko rem..suke suke..mmg camni lah ayat2 orang yang suke bace novel kan..aku paham 😉

    anyway..jgn pandang rendah atas kebolehan orang lain. masing2 punya kelebihan masing2..entahlah ade jugak orang yang berpangkat tinggi tu rasa cam dia kat zon selesa dan selalu pandang sinis kat orang2 yang setaraf cam dia..

    bukankah setiap orang ada role masing2 dalam kehidupan ni? saling bergantungan atas satu sama lain. yang besar masih perlukan yang kecil untuk berdiri..yang kecil masih perlukan yang besar untuk bangun..?

  3. rem, kamu pegang kah itu munyet yang sangat kecil tu? kalau jumpe, kasik hantar di semenanjung ya, aku mahuu ciummm

Tinggalkan Komen Kepada budakhutaN Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!