Giuk Buku Habis Duit !

buku-novel-budakhutan-ogos-2010

Salam malam.. eh… awal pagi !

Oh, ini kemaskini ringkas dan pantas.. kerana mata dan otak perlu direhatkan.

Al-kisahnya, ke Kedai Buku. Terlalu mengikut nafsu serakah (eh…cam lain plak!), 5 buah buku menjadi mangsa kekejaman serta kerakusan untuk ditelanjangi (ades…stop2… macam menyimpang plak ni tau!). Dek hasutan dan kemahuan untuk mengorek lebih dalam lagi tentang sejarah , cerita dan fiksyen…  aku terlupa untuk mandi wajib. Eh! bukanlah… aku terlupa untuk mengira baki duit yang ada di dalam dompet dan kocek.

Sewaktu hendak membayar, baru teringat… alamaks! kuyakkk…

Alhamdulillah… ngam2 tu pulus yang ada dalam poket. Ngam2 juga ada tu kad keahlian… ada la juga diskaun sikit. Tinggal RM 15 lagi… atukui!

Ok …ok… bilang ringkas… macam panjang sudah ni tau… inilah buku dan penulisnya (yang aku beli)

1) Hush, Hush ( A Fallen Angel… A Forbidden Love) oleh Becca Fitzpatrick

2) Mantera Hitam oleh Serunai Faqir

3) Imam Syafie ( Pejuang Kebenaran ) oleh Abdul Latip Talib

4) Perang Badar (Perang Penentuan) oleh Abdul Latip Talib

5) Hulagu Khan ( Khabar Hitam dari Timur) oleh Abdul Latip Talib

woah! siuknya banyak mau di hadam otak ni. Mau mulakan dengan Mantera Hitam, lepas tu yang bacaan berbentuk keagamaan tu ntuk time Ramadhan nanti. Yang omputih tu, last sekali lah…

bah… sia tia mau lama ni… sa mau tidur …hehehe

2 Responses to Giuk Buku Habis Duit !

  1. sia mau pinjam buku itu!! 😉 lalalalaa jelessssssssssssssssss…hahaha takde fulusss ke, ngorat laa awek kedai buku tu..mesti dia bagi free of cass wehhh

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!