Kisah si Belacan & si Paku

Oh, saya tidak tahu bahasa orang putih” ulas si Paku bila dia didatangi dua gadis omputih yang datang menggoda dan menyapanya dalam bahasa inggeris. Belacan dan Paku tersipu-sipu malu…tapi anak mata mereka masih melirik ke arah gadis dari Malaysia di belakang mereka.

Ini memang cantik… tapi tidak secantik orang Malaysia tu”  si Paku memecahkan suasana kekok tadi dengan kata-kata yang membuatkan keadaan lebih kritikal. Mujur kedua gadis omputih tu tak faham sebutir pun ayat yang keluar dari mulut si Paku. Kalau tidak… hehehe

adei! karang bertambah panjang lah plak karangan aku ni. OK! Video Lucah …eh…Lucu dari Belalang dan Paku ni rasanya dah mula tersebar seawal Julai yang lalu. Tapi aku baru tertengok tadi. Atukui! memang sedap lah… hahaha. Lawak juga lah dorang ni. Tapi aku kagum dengan usaha murni durang untuk berbahasa Melayu. Cayalah!

Siapa Belacan dan Paku ni?

Mereka berdua ni berasal dari Amerika Syarikat atau nama omputihnya … USA … United States Of America…uiks! Belacan ni dari Utah dan si Paku plak berasal dari Arizona. Umur dorang setakat ni 22 tahun (eh… samalah umur kami…kuikuikui). Belacan dan Paku memulakan latihan dorang di USA tu pada Ogos 2007 dan ke Malaysia pada September 2007. Paku memulakan tugas selaku sukarelawan di Bintulu terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh Belacan yang datang kemudian setelah ditempatkan sementara di Singapura.

Di Bintulu dorang belajar bahasa Melayu dan juga bahasa etnik Iban di sana sambil melakukan kerja-kerja sukarelawan.Rajin amat dorang ni. Tahun 2009 dorang balik ke USA, dan kini bekerja di Utah, dalam bidang tugas yang memerlukan orang yang faham bahasa Melayu (eh… kerja apa dorang ni… CIA? FBI? ka Google). Sebab rindukan suasana Malaysia…dorang pun mengaktifkan diri dengan mengupload video dorang berbahasa melayu ke You Tube. fulamaks! siuk…

Kami berdua belajar Bahasa Malaysia di Sarawak tahun ’08-’09. Kami kerja sebagai sukarelawan sana. Kami sangat minat Malaysia serta Sarawak dan fikir orang Malaysia memang best lah

itu kata-kata yang dorang taip sana Laman Facebook dorang.. ala..kamurang cari jak Belacan dan Paku.Mesti jumpa punyalah. Macam dorang ada rancangan mau buat video baru lagi tu.. hehehe…tunggguuu. Tapi pelat melayu dorang macam ada aura-aura Sabahan … banyak betul ‘bah’ nya… hahaha

Bah… kalau kamurang malas mau cari di you tube… sa bagi satu link, lepas tu nanti kamurang boleh nampak juga tu video dorang yang lain… setakat hari ni ada 9 (sembilan) saja video dari durang.

Tajuk-Tajuk Video oleh Belacan & Paku: (ada link)

1. Kantoi Orang Putih Defend Boyfriend Zee Avi
2. Tarian Mat Salleh : Belacan dan Paku
3. Belacan & Paku Membuat Laman Web di Facebook
4. Belacan & Paku Cakap Pasal Orang Malaysia
5. Belacan & Paku Nak Idea Baru
6. Belacan & Paku Ucap Terima Kasih
7. Belacan & Paku Jalan-Jalan
8. Belacan Rindu Paku Yang Di Bulan
9. Paku Pulang Dari Bulan Jumpa Belacan

p/s: sa mengantuk sudah ni! … Belacan oh belacan… paku oh paku… hahaha

-info Belacan dan Paku:http://aciapai.blogspot.com/2010/07/belacan-dan-paku.html

10 Responses to Kisah si Belacan & si Paku

  1. aciapai says:

    hey Budakhutan 🙂

    Thanks sebab sudi “berjalan” di blog saya…Belacan sama Paku memang lucu bha….btw saya suka kamu minta kebenaran dari saya untuk info mengenai Belacan dan Paku ini…..;)

    • budakhutaN says:

      halu Aciapai~ ahaks, link kamu pun saya ada letak di entry tu…hehehe… ~_^ ok bah kalau kau…

    • Zaman says:

      Guna B.Melayu dengan betul…jangan campur aduk dengan bahasa asing…

      • budakhutaN says:

        Penggunaan kosa kata, tatabahasa dan nahu bahasa melayu yang betul seharusnya diamal serta dipraktikkan. Lenggok bahasa, telor serta pertuturan komunikasi kita seharian lebih bersifat santai dan berubah-ubah mengikut kawasan, penutur juga pengaruh pembolehubah yang lain.
        Yang harus dijaga adalah jati diri serta adab susila ke’melayu’an kita.

  2. weh !! perasan ok umor ko 22 ! hahaha rase nak lempang laju2 je ;P

    alamak aku terminat plak dengan paku dan belacan ni..ni yang nak wat entri nih hahahahahah cilok idea remy haha

    dorang pakai kain pelaykat macam comel ek ;P wink3

    • budakhutaN says:

      Ala… umur aku 22 la… hikhikhik. Ko heart drop ngan dorang yeak… kalu cenggitu..jom kita pakai kain pelekat… ahaks

  3. Zaman says:

    dorang tu apa? Tulis B.Melayu pun salah! Memalukan

    • budakhutaN says:

      Syabas saudara Zaman kerana jadi orang yang sungguh bertamadun dan bersopan santun.

    • BapaKambing says:

      dorang = dia + orang2 = orang yang lebih dari satu bukan kambing(haiwan) atau benda. atau boleh juga di maksudkan sebagai MEREKA dalam bahasa Malaysia.

      ini merupakan bahasa santai orang2 sabah yang sama juga dengan pengunaan : saye-orang2 semenanjung, kawe-kelantan, kamek- sarawak, ceq-penang, sia/saya-sabah, aku-majeroti dll…..yang lain cari sendiri.

      kepelbagaian dalam menguasai sleng atau loghat2 yang terdapat di Malaysia merupakan suatu kelebihan yang bukan semua ada.

      CONTOH: macam belacan & paku,im proud to be malaysian yay!

Tinggalkan Komen Kepada BapaKambing Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!