Salam Lebaran 2010

Assalamualaikum … Salam Lebaran, Salam Aidilfitri 2010 kepada semua saudara mara, Pakcik-Makcik, Nenek dan sepupu dan seangkatan dengannya serta semua pembaca blog ni. Terlebih dahulu, maaf Zahir dan Batin. Dah lama tak update blog  ni… atukkkui! bersawang yang amat. Ok! mau rajin sudah sa ni… hehehe. Kita mulakan dengan berita / cerita bergambar sempena Aidilfitri ni… yeah (walaupun dah nak masuk penghujung Syawal)

PAGI AIDILFITRI – 1 Syawal

Tidak seperti kebiasaan, Syawal kali ini, persediaan telah dibuat lebih awal. Perjalanan ke Masjid Kg. Jaya Bakti awal dari selalu. Kabus dan embun masih lagi menyelubungi. Perut sempat dialas dengan Kelupis dan Pais serta kuih-muih dan minuman panas di dapur.

Lori dari estet / kampung berhampiran mula datang membawa jemaah masing. Satu rutin yang selalu kelihatan di pagi 1 syawal. Nenek pun akan mula lah menyampaikan ‘khutbah’ awal…“Nah… ramai sudah orang datang. Penuhlah masjid tu nanti… Jangan kamu betabiat…lambat”

kami… kebiasaannya hanya akan menyakat nenek… hahaha… bagi nenek melatah

Tema baju ? Hijau Lumut ! cayalah…

Bertakbir, solat sunat Aidilfitri dan mendengar Khutbah… kali ni kami sempat berada di kelompok terawal, dengan saf yang lebih hadapan di Masjid Kg.Jaya Bakti yang baru selesai di ubahsuai. Lafaz takbir Aidilfitri … mencuit rasa di hati… syahdu…

Dalam perjalanan balik dari masjid ke rumah, suasana amat seronok! siuk! ramai urang dengan pakaian warna warni. ada jua muka aku.. kekeke

melihat orang yang lalu lalang… sempat jua bersalam – salaman

beraksi di depan rumah nenek ~_^ jejaka macho-lah! tapi aku jua yg teda dalam gambar..hahaha

Ke Tanah Perkuburan – Pagi 1 Syawal… selesai Solat Sunat Aidilfitri

Bacaan Yassin dan Tahlil Ringkas….Sedekah kepada Allahyarham datuk… Imam Hj Maidin Bin Jalalain

Nenda tercinta…

14hb April 1997…13 tahun telah berlalu…Imbauan kenangan bersama arwah ‘Nenek Janggut’ masih segar dalam ingatan…sebak… rindu… air mata….

Baiklah… selesai cerita bergambar ntuk pagi 1 Syawal ~_^ . Kepada semua saudara mara yang jauh dan dekat serta mereka yang dari zaman lampau atau masa akan datang yang melihat koleksi cerita dan gambar kat sini…

“kita bersaudara… kekalkan dan utuhkan lah jalinan persaudaraan dan ukhwah sesama kita”

Salam lebaran 2010

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!