Satu.Satu.SatuSatu

budakhutan-1-1-11

Assalamualaikum… Salam di permulaan dekad yang baru. 1.1.2011. Apa khabar semua orang? Macam mana dengan senarai Azam tahun baru? panjangkah? Wah! Bila di hitung kira pencapaian dalam sedekad yang lalu, pasti masih kurang berpuas hati. Tahun 2000 ke 2010, dari zaman menjadi pelajar sehingga ke era jadi pekerja. Banyak suka, duka,baik,buruk dan pengalaman yang dikutip. Yang berlalu jadikan teladan dan pengajaran kepada aku, dia dan kamu dalam meniti hidup yang mendatang. Pasti menjadi PERMULAAN YANG HEBAT !

Satu.Satu.SatuSatu , cantik menarik tu nombor. Bikin hati tertarik.

Koleksi coretan aku di Facebook sepanjang 2010:-

“Ditelan kebengkalan, di luah kesedakan, dikunyah tergigit lidah, dihadam luka berdarah”

“Manis manis si buah manggis, Elok di makan dengan si gadis, gadis manis jangan menangis, Elok lagi senyuman yang manis”~pantun

“Elok peri tunduk padi, Baik lentur lurus pasti, Elok peri baik budi, Baik tutur jaga hati”~ pantun

“sengal bebal kekal dangkal nakal berakal tawakal terkawal… Tinggal tunggal janggal … Soal aral? Cekal..”

“kalau takut dilambung ombak.. Jangan sombong tak usah berlagak..”

ok ..ok… kalau mau di kasi senarai, memang panjang ni. Tapi itu adalah antara pilihan coretan aku sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri. Semua hakcipta terpelihara tau… hehehe. Daripada episod tenggelam yang telah berlalu, selepas ni kena bangkit. Melompat pagar, meredah hutan belantara,  merentasi lautan bergelora, merungkai simpulan ceritera hidup penuh pancaroba…

p/s:  yangkusukakusuka bermula !

2 Responses to Satu.Satu.SatuSatu

  1. YANGSUKASUKA TU BLOG APE WEHH ? WEHHH WELCOME BACK..SEMOGA BERLAKU YANG BAIK BAIK UNTUK TAHUN NI..=) PENGANTIN BARU LAGI KO NI HIHI..MESTI BUSY URUSKAN LIFE BARU KAN? SEMOGA CERIA SELALU BEB !

    • budakhutaN says:

      Yangkusukakusuka tu fokus ntuk kpop,jpop n pop2 sekitar asia ni..n bebenda lain yg aku suka selain dari kebudakanhutan ni.. hehehe..tenkiu2 di atas ucapan itu… ~_^

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!