Maka : Hikayat Merong Mahawangsa

Berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa tadi… fuh! Lima jari aku bagi naik… eh, alamak… terlebih sudah. Kamurang sudah tengok ka belum? Untuk meraikan kreativiti dan pembaharuan dalam industri perfileman tempatan… Hikayat Merong Mahawangsa terletak dalam kategori wajib tonton. Itu pendapat aku… mau aku kasi cerita sinopsis cerita ni? kekeke… tia la siuk nanti kamurang meninguk di panggungkan. Disebabkan oleh pihak panggung yang canggung tadi, sound filem tu kedengaran terlalu kuat… sehingga ke tahap yang tidak menyelesakan… ganggu fokus…

Dari segi jalan cerita, kisah epik ini sedikit tersimpang dari genre epik seperti Spartacus, Cleopatra , Troy dan yang sewaktu dengannya. Kenapa? penceritaan yang sedikit bercelaru dengan sesekali hilang fokus. Naratif pantas di awal babak, sepantas montaj ringkas yang singgah di Rom dan China… Suara si tukang naratif ? macam tia siuk di dengar…  Hikayat Merong Mahawangsa dibayangi kisah cinta ekspres Putera Rom si Marcus dan Puteri China… bukan Ching Ching… Kisah seteru Pak Kesum dan Taji (geng Garuda) juga punya kisah untuk diceritakan… Kisah ibu Merong, Lang lakonan Umie Aida juga punya ruang untuk dikembangkan… Kita kehilangan separuh dari cerita hidup Merong Mahawangsa… cerita ni… macam tidak mau disambung lagi…

Babak -babak ? wow! Babak pertarungan menarik dan banyak. Aksi tempur yang tidak terlalu kaku. Darah berpercikan secara berleluasa… hehehe.

Babak romantik ? sedikit menjadi… babak lawak… banyak, dan memang menarik… satu panggung boleh gelak.

Stephen Rahman Hughes ( Merong Mahawangsa ) dan Gavin Stenhouse (Marcus) punya keserasian dan berdialog dengan begitu lancar dan pro sekali. Khir Rahman (Kamawas) dari puak Garudajuga punya lakonan yang mantap. Babak yang pasti penonton tak boleh lupa bila Kamawas cuba ambil kesempatan dan mahu ‘bersuka ria’ dengan Puteri China lakonan Jing Lu…( lawa jua aweks ni). Babak Jing Lu mandi macam bogel dalam filem ni mungkin akan mengundang kritikan dari mereka yang berfikiran ‘jauh’.. alahai…

ok..apa lagi aaa… oh ya! kualiti CGI dan syot filem? … alamaks! betullah… untuk sesuatu yang epik, teknik CGI yang biasa-biasa bukan tia bulih pakaitapi kena brush up lagi… proses pewarnaan filem dan efek… kadangkala terlalu kelam dan ketara … untuk punya syot menarik, sesuatu yang lebih realistik akan lebih memantapkan sesebuah filem epik… perahu, tongkang, kapal layar… senjata… dan juga bala tentera serta kostum dan aksesori lain… harus sepadan dan ‘cantik’ serta sesuai mengikut zaman tersebut…. kalau budget filem ni dalam 20 juta… rasanya, banyak lagi yang boleh buat…

tapi itu pendapat aku… korang tengok dulu… dan aku mungkin mau tengok sekali lagi… nanti…

harap2 akan ada versi yang panjang…. versi yang lebih menarik… dengan potongan antara babak yang lebih smooth…

oh… ayat aku hampir tunggang langgang… kemengantukan melanda… dan jari jemari masih mengetuk keyboard…

p/s : eh… lama tak update.

4 Responses to Maka : Hikayat Merong Mahawangsa

  1. shazly says:

    taip Empayar Islam Benua Siam untuk mengetahui realiti sejarah melayu yang telah dimanipulasikan penjajah.Kostum merendahkan martabat merong mahawangsa yang juga merupakan Sultan Muzaffar syah 1.Berkahwin dengan Syarifah Maryam berketurunan Rasulullah.Rujuk blog ini..anda akan buka mata terhadap realiti sejarah yang sebenar!

    • budakhutaN says:

      Satu pendedahan dan siasatan / kajian yang amat memberansangkan. Sudut pandang ilmuwan tempatan… melalui pembacaan, rujukan dan lisan… harap tidak dipengaruhi berat emosi.

  2. Sheila99 says:

    Memang superb Hikayat Merong Mahawangsa. Tak sedar masa berlalu sebab tiada langsung scene yang bosan. Semuanya meronton penonton untuk terus duduk dikerusi.Syabas KRU… !!! Memang tabik spring. Buat “Budak Hutan”, awak tinggal kat KL ker? 😉

Tinggalkan Komen Kepada Sheila99 Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!