CEREKA ITU FIKSYEN?

Sudah dua minggu Julia demam. Demam seperti hendak tumbuh gigi. Setiap hari Julia merengek dan berguling-guling di atas lantai ruang tamu. Dahlia runsing hati dengan tingkah anaknya yang berambut ikal dan montel ini. Sesekali dilihatnya Julia bercakap seorang diri….Unik.

Oh, ini hanya cerita rekaan… sebuah cereka dan mungkin juga fiksyen. Sambungannya? Pasti ada. Dan boleh sahaja kalian membuat spekulasi atau teori konspirasi. Wah! Osama masih belum mati dan kini dikatakan berada di sekitar kota London. “Osama is still alive and he is in London!”. Kecut perut Amerika jika cerita rekaan ini sebuah realiti. Tetapi jika daripada awal ‘mitos’ Osama itu juga satu cerita rekaan maka kita semua dalam landasan fiksyen yang difantasikan.

Cereka dan fiksyen? Sama tapi tidak serupa? Atau sama bezanya senipis beza fiksyen dan fantasi. Satu garapan kisah berlandaskan imaginasi dalam ruang dimensi yang apa sahaja boleh jadi.

Sekarang dalam proses menghadam “Transgenesis: Bisikan Rimba” karya Amir Husaini. Sebuah novel dalam genre fiksyen sains dan fantasi. Hebat! Jika peradaban manusia mampu menguasai teknologi pengubahsuaian genetik dan pengklonan. Pastinya akan wujud manusia dengan keupayaan luar biasa. Bayangkan sahaja jika genetik manusia diubahsuai dan dimanipulasikan dengan genetik haiwan seperti harimau bintang. Tidak cukup dengan itu, bagaimana jika genetik kita disusun sehingga menjadi hampir sempurna. Segala kekurangan dibaik pulih seperti tahap kecerdasan minda, ketangkasan dan juga rupa paras yang menarik. Menarik!

Masih belum klimaks! Sesuatu harus dilakukan. Bukan sekadar cerita rekaan atau fiksyen dan bukan juga fantasi, ia harus dijadikan realiti.

Nota:

Menunggu Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid untuk sampai ke tangan.

Giliran seterusnya untuk di’makan’ –

Gerhana karya M.F Kencana & Nissa Yusof

Ghaib ke Kemboja karya M.F Kencana

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!