Sutera Bidadari

Terperangkap  di dalam dua dimensi masa berbeza. Si gadis punya kemelut bagaikan puteri. Laksamana Sunan punya galas berat di atas pundaknya. “Awan… kalau dapat ku capai, maka saktilah hamba“. Dengan teguh tawakal serta kukuhnya iman, luntur jiwa hitam. Mekarlah cinta sang ratu.”Taktala cinta berbisik, suaranya memuji tuhan. Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan“.  Namun tiadalah dapat dua jiwa yang penuh cinta untuk terus berkasih sayang hingga ke akhir nyawa bersama. Suri hati menemui penciptanya, Rabbul Izzati. Mula terungkap hijab sang pencinta. “Dendam itu bara, marah itu api“. Hati yang penuh lara kerana hilang cinta, dibiuskan dengan zikir munajat, memuji kebesaran Yang Esa dan selawat ke atas rasul Allah. Dan tidak sesekali disesali dugaan Ilahi kerana itu cinta sufi.”Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit“. Adakah mungkin hadir bidadari yang dapat mengetuk pintu hati. Yang elok tingkah dan luhur pekertinya. Harum kasihnya selembut sutera bidadari.”Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini“.

Alhamdulillah, novel terkini novelis Ramlee Awang Murshid iaitu Sutera Bidadari sudah berjaya dimiliki. Terima kasih diucapkan kepada sahabat di Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (kelabram.com) iaitu kak Elle yang mendapatkan novel Sutera Bidadari edisi terhad yang berkulit keras dan edisi biasa yang berkulit nipis. Syukran jazilan atas hadiah sumbangan sebuah lagi novel Sutera Bidadari daripada Kak Arms, Papa Ibad dan Kak Sue. Oleh itu, dua buah novel kelima dari siri ceritera epik thriller Bagaikan Puteri dengan tandatangan penulisnya kini menjadi koleksi.

Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke atas Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Mula membaca dan memasuki kembali alam cereka yang pasti menjanjikan gejolak emosi sehingga noktah terakhir. Insya Allah, setelah selesai membaca aku akan membuat ringkasan dan memberikan pendapat mengenai kesinambungan kisah kembara Laksamana Sunan ini.

Padamnya hasrat yang bernyala, bila diri tenggelam punca

~ Tombiruo Terakhir

Nota : Terima kasih di atas pemberian topi kelabram yang memikat ~_^

2 Responses to Sutera Bidadari

  1. miss dila says:

    nk edisi terhad tu…

Tinggalkan Komen Kepada budakhutaN Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!