Bakar + Api

Hari Rabu? Hanya berbaki 1 minit sahaja lagi sebelum menjelang hari Khamis. Apa yang ada pada hari Khamis? Heboh – 3.30 minit pagi ini akan ada serangan ke atas laman web milik kerajaan Malaysia oleh kumpulan penggodam aka hackers yang menggelarkan diri mereka Anonymous . Kumpulan dengan lambang topeng V untuk Vendetta. Tujuan serangan adalah untuk memberi pengajaran kepada kerajaan di atas beberapa tindakan menyekat kebebasan penyampaian maklumat alam siber serta perkongsian fail dalam talian.

Dengan motto, “We are anonymous, we are Legion, we do not forgive, we do not forget, expect us” mereka dijangka akan memulakan serangan dengan kaedah DDOS – Distributed Denial of Service Attack ( Serangan Penafian Dalam Perkhidmatan secara Berserak/Teragih). DDOS adalah salah satu daripada jenis serangan  DOS, serangan terhadap sistem komputer atau pelayan (server) dalam sesebuah rangkaian atau jaringan komputer dengan menghabiskan sumber/membebankan sehingga hilang keupayaan untuk berfungsi dan gagal memberikan perkhidmatan serta tidak boleh dicapai.

Beberapa contoh serangan DoS. (kaedah dan cara  menghacking)~sumber Wikipedia

ICMP (Internet Control Message Protocol) Flood – terbahagi kepada beberapa nama gelaran serangan mengikut jenis iaitu Smurf Flood, Ping Flood, Ping of Death dan Syn Flood. Serangan utama adalah dengan membanjiri komputer pelayan(server) dalam rangkaian dan pembekal perkhidmatan. Duplikasi fail berulang, saiz yang besar serta lambakan dokumentasi komputer palsu secara mendadak merupaka ciri serangan ini.

Teardrop Attack –  penghantaran paket IP (Internet Protocol) yang bertindih dan saiz yang besar dengan offset yang mengelirukan.

dan banyak lagi cara. Geng Anonymous juga dikatakan telah menggodam rangkaian Sony Playstation (sumber-PCMAG) baru-baru ini  dan juga pernah menyerang beberapa laman web berkepentingan di beberapa buah negara. Contoh – USA

Berita paling menarik, dikatakan sebanyak 41 orang ahli Anonymous telah ditangkap, 32 daripadanya telah ditahan oleh beberapa agensi perundangan Eropah. Lebih kurang 11 orang merupakan pesalah juvenil semuda 15 tahun. Mungkin ada yang lebih muda daripada itu. Wah ! hebatnya mereka. ~ sumber UK.International Business Time

Tetapi, mungkin sahaja ini satu propaganda oleh beberapa individu atau kumpulan tempatan dari Malaysia sendiri kerana tidak berpuas hati dengan tindakan penyekatan beberapa laman web penyedia perkhidmatan perkongsian fail dalam talian baru-baru ini. Banyak kebarangkalian yang boleh terjadi, kumpulan-kumpulan penggodam atau hackers ini mungkin sahaja akan saling bersaing untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Atau mungkin sahaja berlaku peperangan di alam maya di antara tentera penggodam / hackers ‘putih’ dan ‘hitam’. Menarik! Mereka yang bertugas di Cybersecurity mungkin sedang ‘berkawal’ sekarang.

p/s: Apa pun tak boleh!

2 Responses to Bakar + Api

  1. Kebanyakannya dari site tu kena DoS jer. Senang kot dengan DoS. Tapi nampak sangat website Malaysia ni lemah.

    • budakhutaN says:

      Satu latihan dan kesedaran untuk pihak Cyber Security Malaysia belajar dan menambahkan sistem pertahanan siber negara.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!