Bunga : Bukan NORA ELENA

Foto ini diambil sewaktu melawat Desa Dairy Farm, Kundasang ,Sabah bersama-sama dengan Siti Saleha aka Nora Elena keluarga yang tercinta. Desa Dairy Farm merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang ala-ala lembu putih tompok hitam New Zealand. Kawasan kaki gunung Kinabalu itu mempunyai pemandangan yang cukup menarik dan indah. Udaranya juga segar, cuma sekali sekala hidung akan dihidangkan dengan aroma yang semula jadi. Tahi lembu… erk!

Sungguh cantik dan mempersonakan bunga itu tetapi sayang ianya telah ternoda. Dilema dan sulit, dan itu jugalah tunjang kisah lara Nora Elena, si gadis manis yang telah diperkosa atau bahasa mudahnya dirogol, kira-kira 10 tahun yang lalu…. Nora Elena dirogol sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menaiki basikal. Kurang ajar!

Gambar terakhir mangsa sebelum kejadian ngeri itu?

Fenomena Nora Elena semakin hangat. Ramai orang yang berbicara dan membuat spekulasi mengenai nasib malang si gadis manis yang ayu ini serta kesan kepada perjalanan hidupnya akibat noda dari sejarah silamnya. Rentetan perjalanan suka, duka, manis dan pahit seorang gadis yang pernah menjadi mangsa rogol… Nora Elena.

Gambar kenangan Nora Elena bersama dengan rakan karibnya.

Baiklah, rasanya tidak perlu lagi aku perkenalkan, pasti ramai yang sudah tahu dan maklum drama bersiri Melayu ini, Nora Elena.  Sebuah drama adaptasi novel Kasih Yang Suci, penulis Meen Zulaikha, terbitan Alaf21,Karangkraf. Drama ini mengisi Slot Akasia Tv3 – Isnin hingga Khamis, pada pukul 7 – 8 malam dan disiarkan bermula dari 9 Mei 2011 hingga  Jun 2011. 25 Episod secara keseluruhannya.

SINOPSIS :

Nora Elena (Siti Saleha) adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? Dan siapakah Yvonne (Wan Sharmila)? Adakah Amir yang merogol Nora?

Pelakon utama – Siti Saleha sebagai Nora Elena dan Aaron Aziz sebagai Seth Tan ( bukan Syaitan aaa… )

Antara pelakon yang turut menjayakan drama ini ialah Miera Liyana sebagai Maria Tan, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila ,Ana Dahlia sebagai Azira

Mahu menonton Nora Elena secara Online dalam internet? Tak payah download, tonton sahaja di www.tonton.com.my

Mahu membaca Novel Kasih Yang Suci secara online ? memang ada, tapi bukankah elok kalau beli sahaja novelnya dengan Alaf21.

Nota : Sepatutnya hari Jumaat, hari Foto…  alahai.

One Response to Bunga : Bukan NORA ELENA

  1. NoorVictory says:

    Saya ambil gambar bunga yg cantik ini, ya? =)

Tinggalkan Komen Kepada NoorVictory Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!