HIDUP SEPERTI MEMANCING

Memancing? Sangat ramai peminat tegarnya. Apabila ditanya apakah yang seronoknya dengan memancing? Jawapan umum yang diberikan pastinya keseronokan disaat adrenalin memuncak dan jantung berdegup kencang, tangan giat memutar ‘roller’ pancing atau menarik tali pancing apabila mata kail dimakan ikan. Lagi besar ikan yang berjaya dipancing, maka lagi besarlah cabaran tarikannya. Bayangkan pertarungan untuk menaikkan ikan seberat lebih 20kg! Lebih-lebih lagi jika lubuk memancing atau takat ikan yang banyak telah ditemui.

Persediaan untuk memancing bukan hanya setakat kelengkapan dan perkakasan memancing serta umpannya, tetapi juga mental dan kemahiran. Kelengkapan boleh dibeli dan kemahiran boleh dipelajari daripada pakar-pakar. Pengalaman juga akan menjadikan kita seorang pemancing yang berkemahiran. Tidak guna punya peralatan mahal dan kemahiran tinggi jika mental dan sikap dibawah paras waras.

Seronok melihat pemancing dari luar negara, bersikap profesional dengan mengamalkan kaedah pancing, tangkap dan lepas. Ikan-ikan yang kecil, terkawal dan unik akan dilepaskan agar dapat meneruskan evolusi pembiakan dan pembesaran. Oleh itu khazanah hidupan maritim akan terkawal dan tidak akan pupus. Disiplin…

Kaitan dengan kehidupan? Fikir-fikirkan….

Nota:
Lokasi memancing – Kuala Penyu, Sabah.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!